Tuesday, December 29, 2015

Kawan baru dari Oversea gitu...

Assalamualaikum.. Halooo.. Halooo...Hye.. Anyeonghaseyo...

Sekejap jer kan masa berlalu.. Tup.. Tup.. Lagi 2 hari dah nak masuk tahun baru.. Fasa baru?? Belum lagi ok.. Hehe.. Alhamdulilah.. apa yang diimpikan, dapat la juga dicapai.. even tak semua... dan ada la juga hal yang tak diduga pun terjadi..

Nak cerita pun terlalu banyak.. dan lebih kepada personal yang aku rasa tak perlu nak tahu.. ditambah lagi dengan kekangan masa.. Alhamdulilah.. apa yang aku lalui sepanjang tahun 2015 ni banyak yang mengajar erti kehidupan sebagai seorang manusia.. dan aku masih diberikan kekuatan untuk menghadapinya.. kan dah menyeleweng.. Haha..

Actually nak bagitahu trip ke Korea aku yang lepas, aku ada terjumpa seorang pramugara yang hensem.. Of course la memandang hanya pada yang hensem sahaja... Hahaha.. Takde la.. First time masuk perut kapal terbang terus terpandang wajahnya yang tersenyum berseri2.. Maunya hati seorang wanita tak tertawan.. Cewah.... Siapa dia? Last sekali nanti aku bagi gambar ye.. Masalahnya bukan aku sorang je yang asyik usha dia je, dari mak cik, wanita, hingga ke budak perempuan pun memandang dia tanpa jemu... 

Aku lagi tertarik dengan sikap peramahnya dan kesenangan dia melayan kerenah penumpang.. Ada sekali tu, seorang budak kecil ni menangis sebab tak dapat duduk dengan maknya tapi duduk dengan ayahnya.. Dia pun secara automatik datang ke tempat tu dan memujuk budak kecil tu... Alahai sweetnya... *tersenyum sorang2 bila teringat kenangan tu*... Hehehe.. Dan kak emi pun main peranan.. Baik hati kak emi tukar tempat duduk dia untuk budak kecil tu... Jelez tau aku sebab nasib kak emi baik.. sob..sob..sob.. Apa2 pun, before kami keluar dari perut, sengaja jer kami keluar paling last sekali sebab nak bergambar.. Ingatkan ambil gambar tu sebagai kenangan sebab fikir tak jumpa lagi... Tapi alangkah indahnya bila kami bertemu di alam maya... Jeng.. Jeng.. Jeng... 

 Tepi pun tepi la.. yang penting muka dia jelas..

Ok.. part yang bertemu di alam maya ni, dia yang mulakan dulu.. siapa suruh like and komen kat ig aku dan gambar diri sendiri.. Kan aku dah jadi kawan dia.. Hahaha.. Yang tu lain kali cerita la... Macam dah panjang pula aku cerita.. Apa2 pun bertuah la sebab dapat kawan baru dari negara luar.. Mengenal budaya orang luar.. dan dia seorang kawan yang sangat peramah... Nice to meet u Chan.. ^_^

Ikhsan dari Instagram Chan...
Ikhsan dari FB Chan..

Maybe next time bila aku turun Korea bole jumpa dia lagi kan.. Sebagai kawan la... Bukan sebagai ................... Hahaha.. Tapi kalau betul pun kira ok apa... *Berangan jer lebih*.. Ok.. Bye...

Monday, December 21, 2015

Kenangan 2015.. Melangkah ke 2016

Assalamualaikum..

Hye korang... Memandangkan dah masuk bulan december, maka mesti ramai akan bertanya apa azam tahun baru?? dah terlaksana ke keazaman tahun 2015?? Hehe.. Apa kata diri anda?? *krik...krik...krik..*

Sebenarnya tahun 2015 (tahun ni) banyak kenangan manis dan pahit.. banyak pengalaman yang aku dapat.. banyak ujian dan cabaran yang aku tempuhi.. adakalanya ia membuatkan aku bertambah stress.. masalah peribadi, masalah kerja, masalah keluarga dan macam2 masalah lagi la.. dan yang paling terbaik yang dapat aku catat kenangan terindah adalah travel ke Korea...


Bukan mudah untuk aku buat keputusan tu.. dan bukan mudah untuk menyakinkan family about dunia Korea dan kawan travel yang baru kenal dan agensi pelancongan (kak emi).. aku tak rasa menyesal langsung aku korbankan banyak duit untuk melancong.. *actually bajet tu untuk kahwin.. Hahaha.. jauh dah tersasar.. *

Dan bab kahwin ni pun, 1 masalah yang tak berkesudahan selagi aku tak berkahwin kan.. Buat masa sekarang aku ambil jalan mudah.. malas nak fikirkan memandangkan aku memang langsung tiada calon.. *calon angan2 tu memang ada tapi mostly type korean boy.. Hahaha..* Siapa yang berkenan, bole isi borang di bawah ye.. hehehe..

Target aku next year (2016) nak melancong ke Korea again.. Why??? sebab utama, ada banyak tempat lagi tak sempat pergi.. dan sebab ke 2, aku dah jatuh cinta dengan bumi sonata.. Selesa kot hidup kat sana.. urusan semua jadi mudah.. dapat cuci mata.. dapat jana pendapatan sebab mata wang won pun besar.. mostly masyarakat yang mesra.. banyak tempat yang sangat cantik.. bukan tak nak melancong ke negara lain.. cuma kalau bole biarla aku memuaskan kehendak ke korea dulu... untung nasib dapat oppa muslim.. Ceh.. berangan jer lebih.. 

Yee.. aku tahu bukan mudah nak kumpul duit dalam masa beberapa bulan memandangkan gaji aku pun ciput jer.. so, aku kena la bekerja keras.. kena tahan segala kemarahan dan kerenah bos.. ingatkan nak pindah kerja lain tapi bila fikir ekonomi negara yang semakin tenat, aku putuskan biarkan la dulu surat resign tersimpan dalam handbag.. 
Cuma tak banyak pun apa yang diazamkan.. Kalau jodoh sampai dan ada yang datang melamar aku, InsyaAllah.. akan dipertimbangkan.. malas dah nak bercinta apabila usia semakin membesar saban tahun.. kalau jumpa yang terbaik, lebih baik rembat terus peluang depan mata kan?? hehe.. So, takde harapan untuk berkahwin tetapi harapan dapat melancong ke Busan, Jeju Island dan Seoul lagi sekali untuk masa terdekat tahun depan.. Bye..

Friday, December 4, 2015

Dah tiada geng KPOP

Assalamualaikum...

Termenung seketika depan pc ni nak menaip apa sebenarnya.. Mencuri masa bekerja untuk update blog sebab bila dah balik rumah, dah takde life.. Hahaha.. Sebenarnya entri kali ni, untuk kawan baik merangkap menceria aku dalam office.. Jodoh kami tak panjang atas sebab kerja..

Budak ni beza 5 tahun daripada aku, bole dipanggil adik juga la.. *pssstt.. nnanti dia perasan pula.. hehe..* Namaya Qila.. biasa la bila jadi rakan sekerja ni macam2 perangai kita jumpa.. ada yang baik dan ada yang kurang.. tapi so far, sepanjang aku kerja di company ni, takde la yang buruk2.. Qila ni kalau orang tak rapat dan kenal dia, memang nampak dia macam pemalu dan pendiam.. *Sama perangai macam aku*.. Hehehe.. Tapi bila dah rapat, riuh sekampung budak ni.. 


Dia ni la penyebab aku minat dengan KPOP.. dulu ada la minat masa zaman belajar tapi takde la sampai ke tahap parah macam sekarang.. Dia la yang memperkenalkan aku dengan dunia Inspirit dan mengenali INFINITE.. dan dunia Korean Drama.. dan Variety Show Korea.. Kiranya virus dunia korea la yang di bawa sampaikan aku sanggup terbang ke korea.. Hahaha.. Thanks very much my dear.. awak la yang menceriakan hidup akak sepanjang awak bekerja dengan akak.. Banyak kenangan dan story yang dapat dicipta bersama.. 

Tapi malang sekali jodoh kita bekerja 1 bumbung tak panjang.. Confirm la lepas ni takde la nak dengar suara akak yang merdu ni update pasal entertainment korea.. Sob..sob..sob.. dah takde la kamu nak dapat drama2 korea baru dari akak... tak dapat la akak nak gedik2 santai dengan kamu bila cerita pasal Infinite dan Inspirit... Huaaaaa.. Meraung daku.. *macam jauh sangat je kita ni kan Qila.. *.. Thanks sebab bagi hadiah untuk akak masa birthday akak.. Terharu la sebab dah dah tua2 ni mana la ada orang nak bagi akak hadiah.. even benda tu kecil tapi sangat bermakna tau.. 


Akak doakan kamu berjaya mengejar cita2 dan impian kamu dan InsyaAllah, nanti ada masa kita date ye... Baru beberapa hari kamu takde, dah rasa rindu.. sayu je tengok meja kamu tu kosong tanpa penyeri.. dan jangan lupa kahwin nanti inform awal2.. Akak tak nak la cakap panjang lebar tapi point takde.. Cuma akak nak bagitahu teman kpop akak dah takde 1 office tak bermakna kita lost contact, akak akan still story mory dengan kamu anything about kpop.. mana tahu kalau dapat tengok konsert Infinite together2... hahaha.. *macam la Infinite ada nak buat World Tour Infinite Effect kat Malaysia*.. 


Dan akhir kata, Jangan dilupakan daku dan apa yang kamu belajar semasa bekerja di office lama.. Tu semua pengalaman dunia pekerjaan sebenar.. dan pengalaman tu la yang menguatkan lagi diri untuk menjalani kehidupan masa depan.. Mana tahu Qila akan dapat kerja yang lebih baik daripada sebelum ni..  Dan ingat yang kamu penyebar dunia kpop kepada akak.. Hehehe... Miss u every night dan love u always.. Sarangahae.. Haeng-unel bileoyo.. Josimhaeyo.. Jal gayo..
© . | Blogger Template by Enny Law