Sunday, May 21, 2023

Seoul -> Busan - Day 13 Busan Tower & Yongdusan Park

Assalamualaikum..

Setelah penat berlari-lari semalam, akhirnya sampai juga ke Busan.. Sebenarnya lepas menonton Music Bank tu, kiteorang berlari ke Seoul Station.. sebab nak ambil luggage.. ikutkan peraturan tempat tu, paling lewat dieorg boleh simpan sampai pukul 7.30 pm.. Music Bank pula habis tepat 6.30 pm.. bayangkan sejam tu nak kena kerah tenaga.. Fuh! Nasib baik sempat.. kami sampai kat Seoul Station dalam pukul 7.15 pm.. Masa tu pun dah sesak.. ramai nak balik ke destinasi luar Seoul.. Train kami ke Busan pukul 8.30 pm.. Last minute beli takde no seat.. kami ingatkan kena la berdiri.. Rupa-rupanya just duduk kat mana-mana tempat kosong.. Agak lewat juga sampai motel.. lebih kurang dalam pukul 12 am.. Tapi dah bagitahu dengan tuan punya motel tu yang kami check in lewat.. hehe

Kira motel  tempat kami stay tu tak la jauh dari Busan Station.. Agak terkejut sebab persekitaran motel kami tu area bar & pub.. Hahaha.. tapi takpe la asalkan tak mengganggu perjalanan kami.. Bilik motel ok.. fasiliti bilik aku bagi tip top.. siap ada komputer 1 dalam bilik.. time tu la senang nak transfer gambar.. motel ni old school sikit.. ada juga breakfast tapi kami breakfast dalam bilik je.. 

Hari ke 2 kat Busan ni, kami tak banyak jalan sebab hujan.. so, sempat pergi beberapa tempat sahaja.. First kami ke Busan Tower.. Ikut la direction yang dah siap2 kami print.. Kami tak naik ke menara.. just buat tinjauan dari bawah.. menarik tempat ni.. antara tempat wajib bila sampai ke Busan ok..

Busan Tower belakang tu..

Ni kawasan sekeliling Busan tower.. masih area bawah lagi..


Siap ada jam bunga gergasi lagi..




 
takde orang nak selfie dengan i..


Bila korang sampai ke area kaunter tiket tu, korang bole la nampak pemandangan dari atas.. bole nampak hampir keseluruhan Busan tapi nampak kecil la.. sebab tak tinggi.. kalau naik menara lagi kecil tapi puas nampak semua... Ni kira pemandangan di waktu pagi kami..

pemandangan dari laman Busan Tower..

Yang ni di bawah tu..
 
di sini tetap ada Lock Love ok.. hehe.. 


Dalam tu kaunter tiket.. 

 

Sebelum sampai ke puncak Busan Tower ni, korang bole singgah rehat-rehat kat Yongdusan Park.. Tempat yang ada pavilion dan taman di sekitar sini.. 



Ni view dari pemandangan nak naik tangga.. Aku rasa kalau cerah, lagi canti view..




Kitaorang tak lama mana pun kat sini.. Duduk kejap ambik angin & lepak sekitar manara Busan ni je.. Cuaca pun masih medung.. Yelah masa ni kan ada ribut taufan kalau tak silap aku kat area Busan.. Cuma tempat yang kami pergi ni so far ok je.. Aku ni kalau jumpa pagar korea, memang totally ambik gambar.. Yelah setipa negara kan ada symbol tersendiri.. Ni kira boleh bangga la dah pijakkan kaki ke Busan.. Hahaha... Berpisah tiada betul aku ni dengan benda-benda simbolik ni..

Feeling mesti kena ada ni..

Muka tak ready pun wawa sempat ambik ya..



Macam yang aku cakap tadi, taman sini tak la luas mana.. Pusing sikit je dah habis.. So, kitaorg deside nak cari makan sambil terus ke destinasi seterusnya.. Ke mana kita selepas ni???? Nantikan ya... Bye...

Kembali atau tidak?

Assalamualaikum...

Hai you all.. Akhirnya setelah hampir 7 tahun aku menghilangkan diri dari dunia blogger ni, maka dengan ini kembalinya aku ke sini... Bukannya ada sebab lain pun cuma rindu nak menaip dan bercerita..

Dalam tempoh 7 tahun ni banyak benda aku lalui.. Era covid tu jangan cakap la semua benda dan orang terkesan aku confirm la TAK TERKECUALI... hehe..Banyak benda nak story mory ni.. bakat menulis ni pun dah lama terkubur.. Tak tahu la valid lagi ke penceritaan aku lepas ni.. Al maklum la skill dah lama tak diasah, ya makin tumpul.. giteww.. Hehe

Ok la.. Tak mau cerita panjang unttuk entri ni.. Kita kena move on ke cerita seterusnya dalam entri akan datang.. So, korang tunggu ya.. Errrrrmmmm Tapi ada lagi ke yang masih follow blog aku ni?? Masih ada yang nak baca ke??? Takpe la.. cukup la sekadar untuk coretan diari hidup aku di masa tua nanti.. 






Tuesday, September 19, 2017

Seoul -> Busan - Day 12 MUSIC BANK LIVE Show

Assalamualaikum..

Surprise!!!! Rezeki kami tahun ni pergi korea dapat tiket percuma masuk tv show "Music Bank KBS"..  Seronok giler sebab ni antara target kami turun korea awal 2 minggu daripada planning asal.. sebenarnya kami menunggu tiket percuma dari KTO Malaysia sebab kami perasan setiap bulan dieorang akan bagi giveaway ni kepada tourism luar.. Tapi bila dah beli tiket, selidik punya selidik kami kecewa la sikit sebab bulan 9 atau bulan 10 tu takde pun giveaway..

Akhirnya kami pun redha la kan.. tapi pada masa yang sama kami pun usha la page fb Korea Tourism Organization (KTO) - VisitKorea ni.. sebab dieorang pun ada buat giveaway juga untuk tiket ni.. Last minute dieorg bagi tau.. lebih kurang seminggu nak event "Music Bank" baru dieorg bagi.. Aku dengan wa apa lagi join la giveaway tu.. Macam mana boleh dapat? Bagaimana caranya?

The best hadiah untuk trip kali ni..

1. Mulanya korang kena la "Like & Follow" fb page Korea Tourism Organization - VisitKorea

2. KTO-Korea ni akan up post sebulan sekali atau 2 bulan sekali untuk tiket free ni.. Kalau korang bertuah, dah ada di Korea apa salahnya grab pengalaman mengikuti program mtv show.. Lagi-lagi dapat free.. so, kat sini korang kena alert la dengan fb page ni..

3. Caranya senang je.. Bila korang dapat tahu post pasal giveaway tiket ni seperti gambar di bawah, korang cuma perlu emailkan butiran seperti nama, no pasport(4 nombor terakhir), tarikh lahir & alamat email korang.. Biasanya aku tambah 1 butiran iaitu kewarganeraan.. 

Ni la post yang aku dapat giveaway free tu..

4. Lepas email tu, korang tunggu la.. ni kira nasib atau tuah atau rezeki la.. sebab dieorang pilih "random" kan, kebetulan time Music Bank kiteorang dapat ni, takde la terlalu ramai group2 kpop idol yang besar2 buat come back tapi yang pasti ada INFINITE... Tercapai hajat nak jumpa "face to face" + nak dengar suara live dieorang ni.. 

Infinite sentiasa dihati.. tak malu pun guna beg ni kat sana.. Haha

5. Bila korang menang atau penonton bertuah, dieorang akan balas email penyertaan korang tu.. macam gambar di bawah.. Untuk bagitahu ambil tiket kat mana, nak masuk kat dewan mana.. pukul berapa kena ambil tiket dan pukul berapa kena tunggu depan pintu dewan.. Siap bagi map dan cara nak ke KBS tau..

Contoh macam ni..

6. Enjoy la "Music Bank" tu.. Hahaha.. 

Pada aku, seronok dapat join program macam ni.. bukan senang nak masuk dan bukan selalu dapat peluang.. walaupun aku cuma minat kat Infinite, tapi aku layan je semua group.. Join event ni pun salah 1 pengalaman yang korang takkan dapat kat negara sendiri.. korang akan nampak cara dieorang bekerja, macam mana crew2 produksi buat program "live" ni.. cara bekerja dieorang tak sama macam kat negara sendiri.. Hehehe.. 

Aku memang seronok sangat dan ni merupakan hadiah hari jadi aku yang terbaik buat setakat ni.. Kat dalam dewan tu korang bole la sorak2 sebut nama idol, bole tengok idol depan mata, dan macam2 lagi la.. tapi setiap program mesti ada peraturan kan? Ha! Ni nak bagitahu, dieorang punya security sangat tegas.. korang TAK DIBENARKAN MENAGMBIL GAMBAR & MERAKAM SEBARANG VIDEO SEPANJANG PROGRAM BERLANSUNG... Kalau terkantoi, memang guard terus pergi tempat kau, suruh padam gambar atau video dan serta merta suruh kau keluar dari dewan.. aku tak tipu, nampak sendiri depan mata masa program tu.. Terus kecut perut.. tak jadi nak buat kerja jahat.. so, enjoy je la dengan semua artis line up hari tu..

So, ni je la pengalaman & tips yang aku dapat bagi.. 1 lagi kalau korang tetiba saje datang kat luar dewan KBS, nampak ada banner KTO, korang bole la buat muka kesian nak minta tiket free selepas dieorang close counter.. tu kalau dapat la dan kebetulan staff yang jaga tu baik, korang bole dapat sebab mungkin ada pemenang yang tak tebus tiket.. 

Lepas balik msia, baru tahu yang KTO-VK ni ada buat juga giveaway untuk mtv "The Show SBS" pula.. aduhyai.. next time kena rebut peluang ni pula.. cari pengalaman join mtv broadcasting lain...

Friday, September 15, 2017

Seoul -> Busan - Day 12 KBS Building Meet KPOP IDOL

Assalamualaikum...

Yeah!!! Hari yang ditunggu menjelang tiba.. Hari jumaat awal pagi memang wajib ke sini.. kalau korang fans kpop idol.. kami malam tu pun tido lewat dan bangun awal pagi.. sebab setahu aku la kalau korang nak dapatkan tempat best untuk jumpa kpop idol kena datang awal sebab depan2 tu semua sudah penuh dengan masternim fans site.. camera memang semua DSLR dengan lens yang panjang2.. belum algi siap abwa kerusi comel untuk jadi tinggi seketika... Hahaha.

Aku sampai sini lebih kurang 6.30 pagi.. gerak tak awal sangat.. ikutkan nak gerak awal terlewat sedikit.. sebab mata mengantuk.. 2 jam je sempat tido akibat mengemas beg sebab lepas jumpa kpop idol buat recording Music Bank ni kami akan bergegas ke Seoul Station untuk simpan luggage.. petang nanti baru gerak ke Busan..

Alhamdulillah kali ni pergi dapat jumpa INFINITE.. walaupun tak terlalu dekat macam jumpa gyu hari tu.. Hahaha.. #memoridepan toilet.. Ramai juga group lama yang buat come back dan yang dalam promosi album.. antaranya yang aku ingat, Infinite, Monsta X, GOT7, Apink, Shinee, Ailee, SF9(Hot debut) {sempat jumpa kat 20Space Cafe}, Sanduel (B1A4) dan beberapa idol lagi.. Lupa sudah.. kornag bole tahu la sape idol untuk Music Bank on 07.10.2016 (Friday)..

 APINK..

 Monsta X
Monsta X ni kali ke 3 aku jumpa dalam temoh beberapa hari kat korea.. 1st jumpa Shownu kat recording Running Man depan mata tu.. dekat giler tapi masa tu blur.. kali ke 2 jumpa kat KWF di Changwon.. Ni la kali ke 3.. Jodoh panjang kot dengan dieorang.. Hehehe

 
Monsta X

 SF9

Of course la the best part aku nak jumpa INFINITE.. semua ahli depan mata tau.. serius happy giler kat situ.. rasa nak menjerit pun ada tapi sempat cover... hahaha.. mula-mula tu dongwoo dgn sungjong jalan depan, pastu belakang jauh sikit, sungyeol, woohyun dgn L.. Jauh lagi sikit kuar si gyu dengan hoya.. yang dieorang ni kuar jauh2 kenapa la.. dah ada yang tak sempat snap.. tapi masa tu jumpa L,memang giler hensem.. Haha.. 

 Dongwoo & Sungjong (INFINITE)

 INFINITE

 Sungyeol, Sungjong & Dongwoo (INFINITE)

 
 Hoya (INFINITE)

Selain itu, kami jumpa GOT7.. aku takde la minat sangat dieorang ni tapi kenal dalam 5 orang je daripada 7 orang.. jadi la tu kan.. Hahaha.. Bambam, mark memang hensem.. Hahaha.. paling kenal jackson la..

 GOT7

 GOT7

Ada lagi beberapa idol yang sempat rakam video tapi tak sempat masukkan dalam blog.. korang bole visit my ig ok.. paling dekat dengan kami Shinee sebab dieorang lalu laluan belakang.. hehe.. terperanjat kiteorang ni tetiba orang jerit2.. so, kami tak lama kat sini.. dalam pukul 9.30 dah gerak balik hotel.. nak check out & bergegas ke seoul station beli tiket ke busan dan simpan luggage.. sebabnya dalam pukul 3 kena ke sini balik.. sebabnya.. tunggu next entry ok.. :)
 


Seoul -> Busan - Day 11 Myeongdong Street (Last Shopping)

Assalamualaikum...

Ni malam terakhir kami di Myeongdong.. Lepas ni mesti akan rindu suasana kat sini.. Riuh rendah dengan pelbagai pelancong ada.. senang nak jumpa orang malaysia kat sini la.. pastu mata pun rambang dengan macam2.. Ok, memandangkan masa tak panjang, aku pun cari makanan yang aku nak sangat rasa.. senang cakap aku nak sangat makan ice cream rose tu.. 2015 pergi tak sempat rasa.. ni la masanya untuk aku menebus..

Ice cream rose ni memang makanan wajib korang rasa... sedap wooo tapi mahal sikit la..

Aku beli 3 perasa sebab nak lawa... Hahaha.. kenyang masuk perut..

Memandangkan kami perlukan masa lebih untuk mencari barang buat kali terakhir, maka kami tak banyak masa untuk food hunter.. wawa sempat la beli roti telur ni.. katanya sedap.. aku tak sempat rasa sebab masa tu tengah makan ice cream.. sekejap je budak ni makan..

makanan wajib korang rasa sebenarnya..

Ni gula-gula tradisional korea..sedap..

Ok.. kami pun takde la balik lewat sangat sebab kami berkejar nak ke Dongdaemun Design Plaza.. Nak beli barang kat panggung wayang.. Ni pun sebab wawa ada ambil oder untuk Tumble IKON.. kena beli popcorn kat panggung baru bole dapat Tumble tu.. So, kami terpaksa makan 2 popcorn besar tau.. 1 popcorn je dapat habis.. 1 lagi terpaksa bawa balik hotel.. nasib baik la hotel tak jauh so, balik nanti jalan kaki je.. berjalan memalam kat sini memang selamat.. lagi-lagi kawasan pelancongan, memang ada CCTV merata la jawabnya..

Ni la barang yang orang kirim.. barang aku cuma 3 je.. penuh 1 bagasi untuk barang orang kirim..

Next time kalau ke korea lagi memang tak la nak ambil oder.. tak sanggup nak angkut bagasi ke airport.. bila dah beberapa kali ke korea nanti mesti dah tak hairan dengan benda-benda ni semua.. Hahaha.. ibarat macam balik kampung je korea tu kan...
© . | Blogger Template by Enny Law