Sunday, May 21, 2023

Seoul -> Busan - Day 13 Busan Tower & Yongdusan Park

Assalamualaikum..

Setelah penat berlari-lari semalam, akhirnya sampai juga ke Busan.. Sebenarnya lepas menonton Music Bank tu, kiteorang berlari ke Seoul Station.. sebab nak ambil luggage.. ikutkan peraturan tempat tu, paling lewat dieorg boleh simpan sampai pukul 7.30 pm.. Music Bank pula habis tepat 6.30 pm.. bayangkan sejam tu nak kena kerah tenaga.. Fuh! Nasib baik sempat.. kami sampai kat Seoul Station dalam pukul 7.15 pm.. Masa tu pun dah sesak.. ramai nak balik ke destinasi luar Seoul.. Train kami ke Busan pukul 8.30 pm.. Last minute beli takde no seat.. kami ingatkan kena la berdiri.. Rupa-rupanya just duduk kat mana-mana tempat kosong.. Agak lewat juga sampai motel.. lebih kurang dalam pukul 12 am.. Tapi dah bagitahu dengan tuan punya motel tu yang kami check in lewat.. hehe

Kira motel  tempat kami stay tu tak la jauh dari Busan Station.. Agak terkejut sebab persekitaran motel kami tu area bar & pub.. Hahaha.. tapi takpe la asalkan tak mengganggu perjalanan kami.. Bilik motel ok.. fasiliti bilik aku bagi tip top.. siap ada komputer 1 dalam bilik.. time tu la senang nak transfer gambar.. motel ni old school sikit.. ada juga breakfast tapi kami breakfast dalam bilik je.. 

Hari ke 2 kat Busan ni, kami tak banyak jalan sebab hujan.. so, sempat pergi beberapa tempat sahaja.. First kami ke Busan Tower.. Ikut la direction yang dah siap2 kami print.. Kami tak naik ke menara.. just buat tinjauan dari bawah.. menarik tempat ni.. antara tempat wajib bila sampai ke Busan ok..

Busan Tower belakang tu..

Ni kawasan sekeliling Busan tower.. masih area bawah lagi..


Siap ada jam bunga gergasi lagi..




 
takde orang nak selfie dengan i..


Bila korang sampai ke area kaunter tiket tu, korang bole la nampak pemandangan dari atas.. bole nampak hampir keseluruhan Busan tapi nampak kecil la.. sebab tak tinggi.. kalau naik menara lagi kecil tapi puas nampak semua... Ni kira pemandangan di waktu pagi kami..

pemandangan dari laman Busan Tower..

Yang ni di bawah tu..
 
di sini tetap ada Lock Love ok.. hehe.. 


Dalam tu kaunter tiket.. 

 

Sebelum sampai ke puncak Busan Tower ni, korang bole singgah rehat-rehat kat Yongdusan Park.. Tempat yang ada pavilion dan taman di sekitar sini.. 



Ni view dari pemandangan nak naik tangga.. Aku rasa kalau cerah, lagi canti view..




Kitaorang tak lama mana pun kat sini.. Duduk kejap ambik angin & lepak sekitar manara Busan ni je.. Cuaca pun masih medung.. Yelah masa ni kan ada ribut taufan kalau tak silap aku kat area Busan.. Cuma tempat yang kami pergi ni so far ok je.. Aku ni kalau jumpa pagar korea, memang totally ambik gambar.. Yelah setipa negara kan ada symbol tersendiri.. Ni kira boleh bangga la dah pijakkan kaki ke Busan.. Hahaha... Berpisah tiada betul aku ni dengan benda-benda simbolik ni..

Feeling mesti kena ada ni..

Muka tak ready pun wawa sempat ambik ya..



Macam yang aku cakap tadi, taman sini tak la luas mana.. Pusing sikit je dah habis.. So, kitaorg deside nak cari makan sambil terus ke destinasi seterusnya.. Ke mana kita selepas ni???? Nantikan ya... Bye...

Kembali atau tidak?

Assalamualaikum...

Hai you all.. Akhirnya setelah hampir 7 tahun aku menghilangkan diri dari dunia blogger ni, maka dengan ini kembalinya aku ke sini... Bukannya ada sebab lain pun cuma rindu nak menaip dan bercerita..

Dalam tempoh 7 tahun ni banyak benda aku lalui.. Era covid tu jangan cakap la semua benda dan orang terkesan aku confirm la TAK TERKECUALI... hehe..Banyak benda nak story mory ni.. bakat menulis ni pun dah lama terkubur.. Tak tahu la valid lagi ke penceritaan aku lepas ni.. Al maklum la skill dah lama tak diasah, ya makin tumpul.. giteww.. Hehe

Ok la.. Tak mau cerita panjang unttuk entri ni.. Kita kena move on ke cerita seterusnya dalam entri akan datang.. So, korang tunggu ya.. Errrrrmmmm Tapi ada lagi ke yang masih follow blog aku ni?? Masih ada yang nak baca ke??? Takpe la.. cukup la sekadar untuk coretan diari hidup aku di masa tua nanti.. 






© . | Blogger Template by Enny Law