Sunday, June 27, 2010

Percutian

Assalamualaikum semua....

Baiklah.. Ini adalah entri ke 2 saya dalam bulan 6.. So, kepada readers2 yang nak gelak, silakan gelak... T____T ... Saya amat sedar diri yang bulan 6 dah hampir ke hujung bulan tapi baru terhegeh-hegeh macam kucing miang nak menaip entri baru... Lalala.. Bukannye takde cerita untuk menaip entri, (padahal tue je la alasan yang biasa diberikan oleh Sue).. Tapi kemalasan yang tahap ape ntah, macam tahap dewi kot sampaikan begitu teruk sekali untuk menaip entri bagi tatapan readers yang takde la sebanyak mana... Sue, tak reti-reti nak move terus ke tajuk entri die pulak.. Ok! I'm Move!! 

Title pun korang dah sedia maklum kan.. PERCUTIAN yang saya bole katakan Agak seronok juga la... Hahaha.. Nie merupakan percutian yang singkat je dalam masa beberapa jam.. Takde la seperti seorang puteri yang bole bercuti berbulan-bulan ke marata-rata tempat.. Saya tak macam tue.. Sebab apa saya cakap macam tue, ia kerana hanya 4 orang dalam keluarga saya dan bergabung tenaga dengan keluarga bakal abang ipar saya.. So, percutian yang tak begitu memberangsangkan untuk menjadikan ianya suatu yang cukup indah.. 
Baiklah.. Saya, kakak, adik lelaki dan adik perempuan saya(dari family saya) + Abah, emak, bakal abang ipar dan adik perempuannya(dari family 'die').. Tue je yang dapat join program percutian nie.. Percutian kami ke pantai.. Saya memang excited giler ar macam kucing yang dapat daging ayam seketul.. Sebabnya, dah berapa tahun aku tak mandi pantai/laut.. Asyik-asyik mandi air terjun je.. Bosan dorr... Pagi-pagi lagi kami dah berangkat ke sana.. Arah tujuan kami adalah ke Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.. Dengan membawa sedikit bekalan.. Family sana dah banyak bawa makanan, ditambah pulak dieorang nak buat BBQ.. Tue la agenda yang saya nantikan.. Dalam perjalanan memang sesat sikit sebab dah lama tak pergi dan papan tanda pun tak tertulis secara spesifik ke Tangjung Balau.. Balik-balik nama Desaru je yang ada.. Best sangat ke tempat tue?

Bila sampai je, Wow!!! Dengan bataknya saya keluar terus untuk mengeluarkan barang-barang.. Bukan untuk terus ke pantai ok.. So far, pantainye takde la cantik sangat.. Tapi ok la.. Yang penting takde sampah sarap bersepah-sepah... Selepas meletakkan barang-barang, kaum adam bermula dengan menghidupkan api untuk buat BBQ.. Saya pulak, breakfast kejap dan lepas tue melayan adik lelaki dan perempuan untuk bermesra dengan air laut.. Masa tue, hati memang tak begitu teruja + ghairah untuk turut mandi sama.. Bila tengok adik-adik begitu seronok, hati pun mula tertarik dan BOOOMMMM!!!! Saya telah basah kuyup dengan air masin... Hahahaha... Begitu seronok sampai tak ingat nak menolong kakak untuk membakar udang + ayam BBQ tue.. Sorry sis and brother... 

Matahari pun dah memancar ke air laut beserta ombak yang tak begitu deras memukul pantai, saya pun mula la mensedarkan diri untuk naik semula ke persisiran pasir tempat perkhemahan bersama-sama adik bagi menjamah makanan tengahari... Dengan muka yang tak tahu malu, terus je menerkam seketul ayam... Lapar la lepas bergelut dengan air pantai yang masin tue.. Akak saya pun turut menjeling ke arah saya.. Hahaha... Saya tahu apa isyarat yang diberikannya.. hehehe.. Tak lama lepas tue, adik perempuan pun ajak turun lagi.. Pergh!! Penat ar nak melayan kerenah dieorg nie.. Lebih2 lagi dengan adik lelaki saya yang masih bertongkat.. Tapi semangatnya yang begitu kental dan ada berani untuk mandi pantai seperti dia sihat je.. Saya pulak yang jadi mangsanya dengan memegang tongkat seperti tugu negara.. Huh!! Tak berhati simpati betul la adik saya nie.. Nasib baik la mak saya takde, kalau tak jangan harap die dapat berbuat demikian.. Silap2 hari bulan kena hambat dengan mak saya..Hahaha.. 

Ok, Move lagi.. Setelah 1 jam bermesra dengan air laut dan turut serta adalah bakal abang ipar dengan adiknya... Kami pun naik semula ke tapak perkhemahan untuk mandi dan salin baju... Lepas salin baju, dan bergotong-royong untuk berkemas... Tak lama lepas tue, kami pun berangkat pulang dalam pukul 2 petang.. Cerita tamat... Hahaha... Belum tamat lagi la sebab belum ada gambar.. 


Huhuhu...

Adik perempuan saya..


Adik perempuan dan adik lelaki yang kehilangan tongkatnye..

Kaki saya berlumuran pasir..

Kaki saya kini berada di lautan...

Adik lelaki yang berpossing..

Pemandangan dari tapak perkhemahan.. Tak tahu khemah sape yg menyemak..

Air laut masin yang jernih kot...

Tadaaa!!! Nama saya....hahaha

Tue je la gambar yang sempat diambil.. Tengah taip entri dan berhenti seketika untuk edit photo.. Huhuhu.. Tue la saya.. Nak masukkan gambar, time tue la nak edit2.... Sorry, gambar BBQ takde sebab masa tue saya tak jadi juruphoto... Ok.. Sekarang cerita TAMAT... (Kulit saya dah gelap gara-gara mandi di pantai) T_______T.. Sob...Sob... =(

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law