Saturday, October 16, 2010

Raya AIDILFITRI 2010

Assalamualaikum.. 

Ola.. Amigos!!! ... Hehe.. Raya tahun nie disambut dengan sederhana sahaja.. Bak kata-kata saya di entri yang lepas, Lebih afdal menyambut Aidilfitri dengan keadaan yang bersederhana.. :) 






Raya pertama until raya di rumah (saya tak ingat berada di rumah sampai raya ke berapa).. Hehehe.. Saya bersama-sama keluarga tercinta saling menziarahi sanak saudara.. Adat dan warisan turun temurun tidak bole dilupakan.. Sehinggakan saya melupakan seketika nota dan assgmnt yang menunggu.. So far setakat menziarahi sanak saudara, tiada yang berbeza, semuanya sama seperti tahun-tahun sebelum nie.. Disambung pulak dengan rombongan bakal keluarga abang ipar dan kakak ipar serta saudara mara yang lain bertandang ke rumah family saya.. Bertambah sibuk di dapur.. Menyediakan pelbagai juadah makanan dan mengisi balang kuih dan biskut yang sudah hilang ke perut para tetamu yang bertandang ke rumah.. Kenapa ayat saya semakin skema??? Oh!! Patut la dah ketandusan idea  + mengatuk rupanya... Hehehe.. JOM TIDO!!! Syhhhhh!!!! ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!
  
Belum masanya la.. Malam masih muda.. Berbalik ke cerita lama, saya sempat la curi masa untuk beraya  di rumah Ckg Hawa dan kawan-kawan saya di sekitar Kluang serta T6.. Terima kasih tak terhingga kpd Md Nur, Razali, Syazana dan Reha kerana sanggup datang ke rumah saya walaupun jauh.. Hehehe.. Tak lupa juga kpd kawan2 korang yang sudi layan saya sebagai kawan walaupun tak pernah kenal.. Hehehe.. Setelah jauh perjalanan beraya sehingga tak cukup masa untuk berehat, duit raya baru dapat RM ...... je... Sob.. sob.. Patutnye yang dah besar nie, yang dapat duit raya banyak2, untuk kemudahan bersama nanti.. hahaha... 








Setelah penat beraya di rumah dan memikirkan assgmnt yang tak siap-siap walaupun membawanye pulang ke rumah, saya pun dengan 40% rela hati melangkah pulang ke UUM.. Dengan harapan kepala tak nak tension untuk assgmnt sebab nak guna untuk mid term... Huhuhu... Bukan setakat dengan hal-hal akedemik, saya pulak terpaksa menghadiri jamuan raya untuk kelab dan dpp..Duit lagi!!!! Nasib baik ada sikit duit raya, bole la digunakan untuk jamuan tue.. Alah.. saya pergi jamuan pun biasa-biasa je.. Menjadi wajah semulajadi lebih baik sikit daripada wajah dimake up dengan tidak kena caranya dan tempat.. Jamuannya pun biasa je.. Juadah makanan seperti biasa... Tiada yang specialnya...





Pengakhiran bulan Syawal, saya pun bertandang ke rumah Pak Cik Majid (salah seorang anggota UK di UUM).. Beliau yang menjemput kawan saya serta saya.. Kat rumah dia, saya makan begitu banyak dan terlebih kenyang.. Rendang buatan pak cik Majid memang sedap selain masakan rendang mak saya.. Anak-anak beliau pun sudah serasi dengan kami.. Asyik nak gelak je bila berbual dengan anak bongsu pak cik.. Terima kasih buat Pak cik Majid sekeluarga.. :)

Bole dikatakan raya sakan juga la saya tahun nie walaupun pada awal Syawal, tiada MOOD raya... Adios... 

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law