Friday, October 15, 2010

Baru TerUPTADE

Assalamualaikum.... Hai semua...

Fuhhhhhhhhhh!!!! Dah 1 bulan 15 hari saya tak menyentuh blog kesayangan saya nie... Naik bersesawang blog nie.. Padahal, dalam tempoh sebulan tue, sempat lagi menukar kulit blog yang lame ke wajah baru.. Serba coklat gitu... I like!!! Hahaha... Ingat FB ke, nak like like nie.. Huhuhu..Bukannya saya tak banyak history yang nak distorykan tapi masa yang selalu mencemburui saya.. So, selalu tergendala cerita-cerita yang menarik untuk dikongsikan serta digossipkan.. Al-maklumlah, blog saya bukannya ramai follow, so, takde la ketara sangat apabila saya tidak mengupdate blog selama sebulan 15 hari.. Pecah rekod tue.. hahaha...

Dalam bulan 9, saya takde la sibuk sesangat.. Just semangat nak balik rumah.. Musim beraya sakan... Ikutkan jadual perjalanan hari raya, saya tak mahu membawa segala macam buku atau nota slide untuk dibaca ketika musim raya... Tapi apekan daya saya.. Semangat bernekad nak bawak juga.. Hahaha.. Last2, bawak la beberapa nota serta assgmnt yang bakal dihantar naik cuti raya.. Tension sungguh apabila memikirkan assgmnt bercampur baur dengan nota yang perlu dibaca kerana ada mid term exam selepas kembalinya ke bumi Sintok... Fuhh!! Dasyat... Contohila saya apabila mengingatkan diri untuk tidak lupa kerja-kerja yang tertangguh... Hahaha.. Raya tahun nie tak berapa meriah seperti raya tahun-tahun lepas.. May be sebab keadaan adik lelaki saya yang tidak begitu baik serta kekurangan duit raya (bajet)... Hehehe.. Tapi Alhamdulilah.. semuanya berjalan dengan lancar dan diraikan secara sederhana sahaja.. Kan itu lebih afdal... :)

Selepas beraya dan kembali semula ke UUM, dengan jiwa yang kosong.. Arrrrgggggghhhhhh!!!!!! Jiwa dan hati dah tertinggal seketika di rumah... Hahaha.. Dah tue sekarang saya guna jiwa dan hati siapa pulak???? Jeng... jeng... jeng.... Kamu fikir la sendiri.. Huhuhu... Semenjak pulang ke bumi Sintok yang aman damai serta menghijau nie, kehidupan saya menjadi semakin sibuk... Betul tak tipu... B.U.S.Y sangat.. Sampaikan laptop kesayangan saya tidak sempat didodoikan untuk rehat.. DIA ASYIK BERGERAK AKTIF SEPERTI SEKARANG... Sukar untuk mentidurkannya akibat asyik bermain dan bermesra dengan fb... Hehehe... Bukan setakat usha fb, malah mencari bahan-bahan untuk menyiapkan assgmnt.. Mana taknya, dengan 2 midterm yang hampir tiba di++++++ dengan 3 assgmnt yang perlu dihantar berserta presentation... Rasa macam nak give up je drpd buat benda-benda nie semua.. Tapi ianye terhalang oleh niat suci lagi murni untuk tabah menghadapi segala cabaran CAMPUS LIFE... Tirulah semangat saya ini.. Hehehe.. Titik nokta untuk kelendar bulan 9...


Seterusnya kembali semula ke bulan 10.. Yea.. saya tahu sekarang dah bulan 10.. Bulan nie pun bole tahan sibuk juga... Mencari idea untuk menaip entri pun salah 1 daripada kesibukkan saya.. Hehehe.. Bulan nie ada projek besar yang minggu lepas berlaku.. Kalau nak tahu, nantikan entri lagi satu ea... hehehe.. Hujung bulan nie dah mula cuti kuliah, bermakna ada stdy week la.. So, dengan bangganya saya mengisytiharkan yang saya TIDAK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN untuk study week.. Sob.. Sob.. Sob.. Kepokaian duit poket telah berlaku.. So, perancangan saya hanya akan pulang pada Raya Aidiladha SAHAJA.. dan Cuti semester yang hanya beberapa minggu je.. Tak best!!!! 

Rasanya cukup la untuk update 1 entri nie.. 2 or 3 entri lagi bakal menyusul.. Tapi tak tahu bila akan diterbitkan... Hahaha.. Adios!! 

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law