Tuesday, November 23, 2010

Terkandas atau Mengkandaskan diri sendiri????

Assalamualaikum.... 

Hati tengah meronta-ronta mahu PULANG!!!!!! Tue la yang dikatakan hati saya.. Baiklah,saya telah TERKANDAS atau dengan kata lain, menyembunyikan diri SERTA MERTA di bumi Sintok.. Pada tanggal 3 november yang lalu, laluan keluar dari UUM telah diTUTUP.. Ini bermakna bukan mudah untuk mahasisawa/si keluar melarikan diri mereka daripada bencana alam BANJIR..

Ramai mahasiswa/si yang kelam kabut mencari tiket baru untuk pulang ke kampung halaman tercinta masing-masing... Sebabnya, tak tahan nak duduk lama kat dalam hutan.. Mana taknya, final exam telah ditunda selepas raya haji.. Menjadikan cuti study week panjang setelah diplus dengan cuti KECEMASAN... Hehehe... Saya???? Hahahaha... Rilex je masa tu... Tak fikir pun nak tukar tiket atau cari tiket baru.. (Padahal dalam hati dah @#*$%! kat pengurusan uum sebab final exam ditunda)... Geram + panas hati juga.. Tapi nak buat macam mana, Tuhan nak memberi ujian kepada hambaNya... 
Semasa budak-budak sibukkan diri mengemas segala baju yang hendak dibawa pulang.. Buku??? Langsung tak bawak.. Majoritinya la.. Hehehe.. Dieorang terpaksa pergi ke Sahab Perdana (busten Alor Setar), dengan menggunakan laluan alternatif... Menyumbangkan banyak belanja kerana melalui jalan yang jauh.. Dah la tambang kereta sapu ke Kuala Perlis untuk sebuah kereta RM100.. Baiklah, saya tak sanggup untuk berbuat demikian kerana duit ptptn dah hampir kering.. Al maklum la, saya ni bukanya anak Dato', sesuka hati nak mintak mak bapak duit.. Saya budak baik.. Cuma time terdesak je, dengan muka temboknya pergi meminta.. Hahaha.. Kembali ke perjalanan semula.. Lepas sampai ke Kuala Perlis, dieorang perlu ambik bas ke Sahab.. Tambang
ke sana  RM10 seorang.. Total sekarang??? Sila kira yea readers.. hehehe.. Bak

kata kawan saya, 'hanya bas yang gagah sahaja boleh mengharungi banjir, kalau tak, memang akan terkandas di tepi-tepi jalan'... Saya no komen la sebab saya tak dapat merasa berada di tengah-tengah kebanjiran.. Hehehe.. Setelah berada di Sahab Perdana, barulah dieorang bole menarik nafas kelegaan dan bernyanyi riang ria kegembiraan untuk mengambil kesempatan bercuti panjang... 

Kisah saya pulak, still berada di dalam uum..Nasib baik sepanjang jalan keluar ke uum ditutup, cafe dpp saya buka.. Takde la mati kelaparan.. Dan khabar-kahabr angin  yang mengatakan bekalan makanan, air bersih dan karen akan dicatu, adalah DUSTA semata-mata.. Semuanya ok.. Tak rugi pun kalau tak balik.. Setelah banjir surut di kawasan yang penting, saya dan kawan-kawan pergi mencari kereta sewa untuk berjalan ke Alor Setar sambil melihat keadaan selepas banjir.. Alhamdulilah, semua jalan dah ok.. Kesian kat mangsa banjir, banyak barang-barang mereka terpaksa dibuang kerana rosak akibat banjir.. terutamanya perabot dan baju...Dan yang menjadikan kami TIDAK gembira keluar pada masa tu, kerana 1 peristiwa yang TIDAK DIJANGKA telah berlaku.. Kereta yang kami sewa telah DISAMAN!!! Yahooo!! Dush!! Rasa macam nak bagi satu TUMBUKAN SERANGAN kepada pak polis trafik.. Kami disaman ape? Parking ditempat yang betul.. SALAH...Bengong la polis tu, dah sekali saman, lepas tu kami tak alihkan kereta, so dengan bangganya, die menyaman sekali LAGI.. Saya raya pak polisi tu mengalami rabun yang sangat tinggi.. Tak nampak, kertas SAMAN yang pertama ke? Tension + panas hati betul masa tu.. Tapi kami dengan muka tak bersalah , tak bagitahu pun kat pemilik kereta sewa yang kereta die kena SAMA sebanyak DUA (2) KALI..Hahaha.. Ok, saman tu pun kami dah selesaikan..Bangganya..

Tue la antara kenangan saya ketika MENGKANDASKAN DIRI dalam hutan sintok yang aman permai dengan binatang-binatang yang pandai... Hehehe.. Dengan muka tembok lagi sekali saya pergi ke kaunter tiket di Changlun, untuk bertanya sama ada bole tak saya menukar tarikh tiket lebih awal.. Alhamdulilah, mood mak cik kaunter tu agak baik hati, saya dapat tukar tiket dari 15hb ke 10hb november.. So, takde la istilah 'Tiket BURN' lagi.. Huhuhu.. Mari la pulang... Balik kampung!!..... Adios...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law