Tuesday, July 23, 2013

Terbaru dari Hafiz Hamidun.. New baby born...

Assalamualaikum semua!!!


Korang sihat tak? selamat menjalani ibadah puasa... dah masuk ramadhan yang ke 13, baru terdetik dihati nak buat entri baru... huhu... masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa... jangan puasa yang yang yok sudah la...

Entri kali ni lebih berfokuskan kepada pembelian album baru... yeah!!! dalam pasaran album industri tempatan yg kurang memberangsangkan, Hafiz Hamidun *ikon dan salah satu calon bakal suamiku..#menggatal sekejap... huhu... telah memasang strategi pemasaran yg bijak... beliau telah pun melahirkan album terbaru iaitu Zikir Terapi Diri 2... Alhamdulillah... Saya buat oder melalui online je.. lagi mudah dan yang penting ada tandatangan Hafiz... Tu yg penting, nak request nama saya sekali tapi dah terlambat pula... *sadis jap...
Ni la Album beliau.. Tu name card kak anis salwati (kakak hafiz)
Saya membuat tempahan melalui kak anis sebab sebelum ni pun melalui dia.. Lagi senang dan mudah... Sampai pun cepat.. *tq kepada posmen yg menghantar*... Dalam album ZDT2 ni elemen kemelayuan dan nusantara menjadi konsep utamanya... Bak kata hafiz, "ianya lebih kepada melodi dodoi yang dah sebati dengan orang melayu"... Pandai2 je saya ni.. Tapi lebih kurang macam tu la katanya.. Zikir yang biasa kita dengar dengan melodi yang menenangkan akan membuatkan kita terbuai serta merelaxkan minda seketika... Malahan lantaran vokal dan suara hafiz juga cukup mantap... :) Kak anis ni ada buat Red Velvet Cake dan Rainbow Cake.. Berdasarkan gambar2nya, memang bole terliur la... Cuma saya tak berkesempatan nak merasa sebab cake ni kena self-collect dari rumah kak anis... Sigh--->siap promot lagi... :).. so, korang bole la tengok gambar cake tu kat fb Special Sugar...

Ni salah satu track zikir di dalam album yang menambat hatiku...

Dalam album ni terkandung 11 track zikir... Track no 9 yang menjadi sebutan ramai adalah Karimu Antallah.. Track ni telah dipersembahkan dalam MHI, MeleTOP dan Breakfast News NTV7 baru-baru ni... Track no 1 iaitu Rabbi Zidni merupakan track kegemaran hafiz... Tahukah anda... *cewah macam info yang sangat penting pulak*.. Zikir Rabbi Zidni sebenarnya telah dipersembahkan oleh Hafiz sendiri ketika membuat Konsert Zikir Terapi Diri di Johor Bharu (stadium MPJB) hujung bulan fabruari lalu... Hehe... Saya sendiri hadir ke konsert tu.. memang terbaik... :).. Track 11 iaitu zikir Habib adalah zikir kegemaran saya yang merupakan lagu bonus.. Melodinya sangat segar dan liriknya yang cukup syahdu.. Senang cerita semua zikir adalah kegemaran saya... 

Dipetik dari blog Budiey Hafiz mengulas, “Apa yang saya impikan adalah untuk menjadikan zikir ini satu fenomena serta ‘trend’ dan kalau boleh saya nak tengok dan dengar orang sentiasa berzikir walau dimana sekalipun. Contohnya, macam kita dengar orang menyanyi, dimana – mana sahaja pasti kita akan kedengaran suara – suara berkumandang jadi selepas ini tiada salahnya jika mereka semua berzikir sambil berjalan. Lebih membanggakan lagi jika mereka berzikir mengikut melodi ‘zikir terapi diri’ pastinya saya akan tersenyum gembira.”

Tahukah anda???? Lagi sekali info yang saya baca, video klip 'Rabbi Zidni' yang baru dilancarkan di youtube 2 hari lepas telah mencatat 16 000 lebih yang menontonnya... dan yang lagi menarik saya tahu, setakat ni sudah 15 000 pcs cd telah terjual padahal baru malam tadi hafiz membuat majlis pelancaran albumnya.. Tahniah dan syabas buat Hafiz Hamidun!!!... Dan lagi penting, saya la salah seorang penyumbang album tu terjual... Huhuhu..
 
Pembelian album dari kak anis sebelum ni...

Koleksi dari Artefffects... 

Tak dilupakan juga album baru Imam Muda Asyraf yang dilancarkan bulan lalu turut menjadi kegemaran saya.. kesemua track pun best.. my fav adalah Rahmatan Lil 'Alamin, Sohib Al-Ghuraba dan Habibatan Kalimatan... Tapi semuanya pun best.. Album IM Asyraf ada juga berkonsepkan zikir... Melodinya pun segar bugar juga kok... :) Ha! Yang album IM Asyraf tu saya beli memalui Arteffects International Sdn Bhd by husna... biasa la beli on9 je.. Sekarang ni menantikan DVD KZTDJB tu pulak... Dengar2 dalam proses untuk dikeluarkan... 

So, sesiapa yang ingin membeli secara on9 bole la call Arteffects iaitu 017-281 2978 menerusi sms atau whatsapp atau hubungi 03 – 7727 1297 atau boleh medapatkan CD yang dijual dengan harga RM21.90 dipasaran seluruh negara.Terus terang saya katakan memang rugi la siapa yang tak membelinya.. Bole dijadikan halwa telinga ketika memandu, nak tido, time study or 'jiwa kacau'... dan bole melatih kita untuk sentiasa berzikir dalam apa jua keadaan.. Tahniah sekali Hafiz Hamidun!!...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law