Monday, February 10, 2014

Pengembaraan ke Marina Bay Part 2

Assalamualaikum...

Inilah cerita dari episod lepas Pengembaraan ke Marina Bay Part 1 .. Kali ni nak bersambung ke episod seterusnya.. Ha!! Bersambung berkenaan majlis perkahwinan yang kami pergi tu.. Sebenarnya kami memang la segan nak pergi, kita tak kenal pengantin mahupun ahli keluarga pengantin.. Macam pelik je bila kami berpakaian sebegitu pergi majlis kahwin.. Kan?? Gaya saya agak feminin, kira ok la.. tapi si shaffiq tu, santai na.. siap berseluar pendek.. dia sendiri segan nak pergi.. Tapi kami anggap ni suatu pengalaman yang berharga di tempat orang.. Bukan senang kita dapat join majlis orang.. Korang bole la skroll ke bawah untuk tengok apa yang sempat kami snap.. Sebelum terlupa, majlis ni di Geylang Serai.. dekat dengan area Badok juga la.. Saya pun tak pandai sangat nak cakap area mana.. tu je yang saya terperasan time lalu atas jalan raya.. Hehe.. Suka dengar papa zainol bercerita tetang singapore ni.. Mama zakiah pun tak kurang hebatnya bercerita dan banyak info yang saya dapat mengenai kerja beliau dan saya rasa malu bila berbicara dengan beliau.. 



Tema majlis ni, hijau, biru dan putih.. siap ada muzik ala jawa.. pemakaian baju pengantin pun seakan-akan jawa.. suatu kelainan la yang kami dapat tengok.. satu lagi, dieorang buat majlis di kolong apartment tau.. ni kira save bajet juga.. Papa bilang di singapore, minimum orang buat majlis kahwin lebih kurang 20k dollar SG.. itu kalau di tukar ke RM, maunya cecah 50K tau.. so, orang singapore, kena betul2 bajet untuk kahwin.. Hehehe.. Papa ni business man juga, sama macam mama, wedding planner tau.. so, majlis kahwin saya pula coming soon.. bole dapat diskaun kalau mama jadi wedding planner saya.. Hehehe.. 


Bersongkok tu papa zainol & sedang melayan hanset tu mama zakiah

saya pun sempat la snap picture dalam rumah papa..
Ni la pelan lokasi untuk menaiki MRT ke mana-mana destinasi

After balik dari jemputan tu, singgah kejap rumah papa zainol.. duduk santai-santai macam di rumah sendiri dan berkenalan dengan anak-anak beliau.. ada 3 orang anak je, semua puteri.. Gambar??? tak sempat snap sebab kami segan... hahaha.. Tapi memang comel2 anak papa zainol ni.. lepas relax-relax, kami pun bergerak ke trip yang sebenar iaitu Marina Bay dan Esplande (durian terbesar yang tak berbau) yang menjadi pemandu pelancong kami adalah papa zainol.. hehehe.. papa zainol ni mesra dan peramah tau.. rasanya macam semua orang dia kenal.. seronok tengok papa zainol yang suka buat networking.. 


 Setelah beberapa kali tukar MRT untuk ke Marina Bay, kami pun berjalan kaki juga nak ke sana.. Papa membawa kami memasuki ruangan shopping mall yang saya rasakan semua barangan dalam mall tu adalah yang branded dan mewah.. Walaupun ada diskaun tetapi tetap mahal ma... Kami??? hanya mampu cuci mata je... Kalau papa bawa kami tengok cenderhati, memang la kami bole shopping2.. ni, dalam shopping mall yang superb.. memang kami tak mampu.. hehehe.. 

Antara seni bina di area nak ke Marina Bay

Yeah!!! Kami dah nak dekat dengan kapal tu... 

Dari kejauhan dan nampak durian gergasi..

Perjalanan kami ke Marina Bay memang memerlukan tenaga yang banyak.. Pemandu pelancong kami adalah papa zainol.. Si Shaffiq ni dah pernah pergi Marina Bay tapi tak tahu la dia pernah ikut laluan yang papa zainol tunjuk ni atau tak.. Lupa pula nak bertanya.. Hehehe.. padahal sepanjang hari kami bersama.. Best lalu dalam Durian gergasi tu walaupun sekejap.. Hehe.. Selalu tengok dalam TV je, now dah depan mata ma... terbaik.. Adios..

#bersambungkepart3

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law