Monday, August 10, 2015

Lama Menyepi => Ke Korea Ke Kita

Assalammualaikum...


Lama sudah saya menyepikan diri kan.. Hehehe.. Sejak habis belajar ni, mood nak berblogging semakin merundum semangatnya.. Bukannya tiada talian internet, tapi tahap KEMALASAN berlipat kali ganda macam lemak-lemak tepu kan perut.. Hehe.. *Gurau je*.. 

Kenapa tetiba saya nak menulis blog ni kembali??? Why??? Wae??? Sebab saya bahagia.. Bakal menjejakkan kaki ke Bumi Sonata.. Yup!! Yup!! Next month saya akan bercuti ke Korea.. Mesti ramai yang blur kenapa cik tuan tanah tetiba nak ke Korea??? 

Korang yang jawab mesti sebab : 

1. Peminat KPOP Idol ni..
2. Peminat Drama Korea ni..
3. Sila ulang kembali jawapan no 1..
4. Sila ulang kembali jawapan no. 2..

Ni la picture terbaru cik tuan tanah.. Alhamdulillah.. 

Hahaha.. Actually memang tu la jawapan saya.. Sejak bila minat?? Sejak setahun yang lepas.. Niat hati asalnya memang nak bercuti ke luar negara tahun ni cuma tak terjangka destinasinya ke Korea.. Planning asal just nak travel ke Bali or Khrabi je, ni pula dah tersasar jauh.. 

Saya memang minat travel tapi bukan kaki travel.. Lagipun dengan keadaan ekonomi negara kita ni memang kena cut bajet dalam semua hal.. Nafsu memang sentiasa kena kawal tapi saya masih belajar mengawal nafsu shopping.. Hahaha.. 

Bagaimana saya bole terbabit dalam planning ni?? Disebabkan minat or obses terhadap Korea, maka dengan minda yang waras, saya pun buat keputusan nak travel ke sana.. Nak melihat sendiri kehidupan reality mereka.. Adakah sama seperti dalam lakonan??? dan saya memang suka dengan budaya mereka dan kepesatan membangun negara mereka.. Ni kiranya melancong sambil belajar budaya hidup mereka.. Mana tahu tup2 saya dapat jodoh orang sana.... Maunya saya tak melonjak kegembiraan.. Hehehe.. 

Next entry la akan update lagi.. ni update pun just nak hilangkan rasa boring dan menyapu habuk yang sudah bergunung-ganang dalam blog ni ha.. Ye.. saya janji nnti saya update dari semasa untuk entry istimewa travel ke Korea ye... 

Adios..Anneyong... Assalamualaikum.. 


No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law