Assalamualikum semua.. Annyeonghaseo!!
Setelah beberapa minggu berlalu
dan berehat, kini kembali la aku dengan kesibukkan bekerja untuk mencari sesuap
nasi.. Cewah.. Ayat mendalam tu.. Hehe.. Padahal bercuti baru 2 week je..
Ok, tak nak cakap banyak, kali ni
entry pasal perkhidmatan Travelkaja sebagai pemandu pelacong aku sepanjang
perjalana di Korea.. Alhamdulillah, aku bersyukur dapat kenal dengan owner
agensi ni, iaitu Kak Hamizah a.k.a kak Emi.. Kak emi ni seorang yang friendly,
ramah, suka menolong, banyak cerita, muka comel macam baby face dan yang
penting kak emi pandai jaga aku dengan kwn2 aku sepanjang percutian kami..
Senang cakap, perkhidmatan yang diberikan tip top la pada aku.. Nak kenal siapa
kak emi ni?? Meh, aku perkenalkan..
Logo agensi Travelkaja
Tu la orangnya pakai
tudung biru gelap.. baby face kan?
Sepanjang perjalanan aku di
Korea, kak emi ni la tempat kami bergantung sebab akak ni bole berbahasa
Korea walaupun tak mahir seperti orang korea.. Hehe.. Tapi jangan pula
bertubi-tubi tanya dia dalam bahasa korea, kang berpeluh-peluh pula kak emi nak
menjawab.. Kak emi ni memang ramah orangnya, senang nak berurusan, bole
menerima pendapat kita, sporting dan sangat menjaga kami dengan baiknya.. Tu
dari segi personaliti kak emi sebagai tour guideline kami.. Takdenya nak segan2
minta tolong ambilkan gambar or minta kak emi transelatekan bahasa korea..
Hahaha..
Agensi Travelkaja ni menyediakan
pelbagai pakej melancong ke Korea dengan harga yang berpatutan. Lagi untung
bila korang dah set tarikh dan beli tiket flight yang Airasia buat promosi..
Sangat berbaloi.. Kiranya bila korang dah set tarikh, senang la kak emi nak
buat jadual dia.. Pakej yang aku pilih ni adalah yang paling panjang dan
mahal.. Bayangkan 8 hari 6 malam aku melacong, maunya tak berhabis duit.. Tapi
puas la dengan harga yang diberikan..
Jadual perjalanan dan tempat
lawatan menjadi perkara paling penting kan? So, korang yang memang kena ada planning
nak travel, kena la buat search dulu tempat2
menarik. If korang tak tahu, kak emi memang sudah sediakan pakej
sekali.. Tapi kami pula yang buat jadual sendiri, memberikan nama destinasi dan
kak emi yang akan susun jadual mengikut waktu bersesuaian. Sebabnya, kak emi
sudah tahu selok belok di Seoul. Pakej aku ambik ni RM 2,900.00 tanpa tiket
flight dan makanan.. berpatutan kan untuk 8D6N..
Selain destinasi yang
menjadikan tarikan pelancongan, kami juga membuat perminataan untuk trip KPOP
Entertaiment.. Al maklumla aku dgn kwn aku ni fan kpop yang berbeza.. Dan yang aku rasa
berbaloi dengan perkhidmatan kak emi adalah kelajuan kaki kak emi.. Hehe..
Sungguh pantas kak emi berjalan kaki.. lebih2 lagi time mengejar nak tukar line
subway.. Dan yang lagi seronoknya kami diberikan peluang untuk merasa semua
jenis perkhidmatan awam di Korea dan Jeju.. Bermula dengan Jumbo Taxi, Bus,
Taxi, Subway, dan Ferry.. Basikal je tak sempat nak try sebab kekangan masa..
Ha! Bercakap pasal Jeju, lupa nak
bagitahu yang pakej aku ni memang dah termasuk pergi ke Jeju Island.. Kak emi
ada juga cerita, jarang la customer dia request nak ke Jeju Island, kebiasaanya
ke Seoul sahaja.. Alhamdulillah, di Jeju pun kak emi mahir selok belok di
sana.. Even dah lama dia tak ke sana.. Hehe..
Kak emi juga senang untuk mencarikan kami makanan yang halal dan bole
dimakan.. So, tak perlu la risau pasal makanan.. 1 lagi yang bestnya kak emi
ni, dia banyak memberikan infomasi berguna kepada kami dan menceritakan tempat
yang kami pergi.. Kadangkala ada sesetengah tour takde pun nak cerita sejarah
tempat tu, pandai2 la korang tahu sendiri.. Susah senang di sana, kami dan
kak emi tanggung bersama.. dan kak emi memang sangat take care dengan kami..
kenapa aku cakap macam tu?? Tengok je la gambar di bawah, dalam hujan pun
masing2 still happy..
Panjang berjela
aku story mory tapi kesimpulannya sama je, perkhidmatan dari Travelkaja memang
terbaik.. Aku memang cadangkan agensi ni kepada kwn2 yang palnning nak ke
Korea.. tapi kak emi masih ada syarat la, dia takkan terima group travel lelaki
dan group yang kurang 4 orang.. paling minimum pun 4 orang ke atas.. So, kalau
korang nak tahu lebih lanjut, bole la usha IG Kak emi.. Search je nama
Travelkaja.. mesti jumpa punya.. pastu bole la dm or whatsapp untuk dapatkan
informasi lanjut..
Harap apa yang
aku story ni sedikit sebanyak membantu korang la yang memang ada plan nak
melancong ke Korea.. Ni kirannya salah satu pilihan agensi yang korang bole
percayai..Ni link kalau nak tahu lebih lanjut lagi,Travelkaja .. Sampai disini sahaja story
aku.. kang sat lagi banyak lagi story tergendala pasal perjalanan aku kat Korea yang belum siap update.. Bye.. Annyeong..
No comments:
Post a Comment