Kalau pergi Jeju ni,tak menikmati keindahan alam semulajadinya memang rugi la.. Sebab itu,kepada yang bukan peminat keindahan alamn tak digalakkan datang ke Jeju.. Hahaha... Sukahati aku jer buat statement macam ni.. Next destinasi aku ke Cheonjeyeon waterfall..
Tak jauh daripada Jusangjeolli Cliff terdapat air terjun yang terkenal di sini iaitu Cheonjeyeon waterfall.. Ia merupakan air terjun 3 tingkat yang terletak di Jungmun,tingkat pertama air daripada air terjun ini mengalir daripada bumbung gua. Meskipun cetek, kedalaman air di sini adalah 22 meter. So,pelawat memang tak dibenarkan berenang...
First time naik kat tempat macam ni..
Nampak tak keindahan air terjun pertama tu.. even jauh still cantik..
Nampak airnya biru sentiasa.. suasana memang nyaman
Gigih nak selfie juga even nampak sikit je air terjun..
kena naik jambatan batu ni dulu
Jambatan batu ni ada ukiran tau setiap kiri dan kanan palang batu.. creative sgt
Gambaran dari atas jambatan batu.. ngeri aku tgk tau
Air terjun pertama tadi sudah nampak kan.. walaupun jauh, aku teruja tengok sebab sini adalah antara tempat yang memang aku nak pergi.. Padahal kat negara sendiri, ada je banyak air terjun.. Hahaha.. Lain la air dan suasana di sana dan di sini.. Airnya super duber cantik... MasyaAllah, memang sungguh indah ciptaan Allah ni.. Beruntungnya aku dapat menikmatinya.. So, sekarang kami beralih ke air terjun ke 2.. Jom!! Phali.. phali...phali..
Kiri dan kanan berpagar.. Senyuman orang excited..
Air tejun ke 2 ni pun cantik juga.. Yang ni memang nampak lagi dekat cuma tak bole ke batu dan airnya sahaja.. sebab masih dalam ruangan berpagar.. Deruan air terjun yang sangat kuat dan airnya masih warna biru laut.. If kat Malaysia, airnya kan lain.. Sini memang jernih.. On the way ke level 2 ni, memang excited.. turun banyak anak tangga tapi azabnya nak naik.. Mintak nyawa la banyak2.. semput mak nak.. Faktor usia menjadikan aku lemah.. Cewah..
Selfie again.. mana bole tak selfie kat tempat cantik..
Zoom dekat tapi still nampak macam jauh... Hahaha
Ada signboard amaran di situ ok..
Selepas mendaki menaiki anak tangga yang ntah beratus.. akhirnya kami kembali ke tempat asal bermulanya air terjun ke 2.. penat tu jangan ditanya la sebab sejak sampai di jeju ni, kaki memang kena kuat dan jiwa kena kental untuk bertahan.. kak emi siap tanya, nak tengok lagi tak?? aku memang nak sebab setiap tingkat ni berbeza suasana air terjunnya.. kami pun dengan muka penat, kena menurun kembali ke bawah.. Sila ke tinglat 3.. Jom... Ha! Sebelum ke level 3, kami ternampak jambatan tu.. ada ukiran! sangat cantik even gambarnya kurang sopan.. Hehehe.. Aku memang tak dapat bayangkan macam mana dieorang bina jambatan yang siap berukiran batu sebergini.. kagum.. tu la yang aku mampu sampaikan..
Cantik kan? walaupun gambar kurang sopan...
Moh la kita turun ke level 3.. Muka penat tapi excited..
Sangat cantik!! Love it!!
Air terjun yang ke 3 ni.. memang takde serupa air terjun sebab ianya macam tasik.. Airnya sangat biru dan jernih.. Atasnya adalah jambatan jalan luar.. Maksud aku jalan raya.. bukan jambatan yang mula2 tadi ok.. yang part 3 ni, bole la korang lepak2 dan bermain batu.. maksud aku bole berjalan di atas batu cuma tidak dibenarkan berenang..
Tada!! Ni la tempatnya.. Airnya bagaikan cermin..
Muka bahagia.. best dapat buat rumah di sini..
Batunya pun takde berlumut dan berbentuk yang jarang dilihat..
Nak je aku rendam kaki kat dalam ni.. mesti segar kaki tu..
bermain dengan bayang2 sendiri..
Sebelah hujung sana dapat lihat seperti ada air terjun kan?
Budak kecil pun nak interprme juga..
Settle je naik tangga ni, kami pun keluar la.. jam pun menunjukkan ntah pukul berapa.. Hahaha.. Lupa sebab banyak sangat terminum semut.. Dah penat kan turun naik tangga, aku pun menyinggah sekejap kat kedai minuman area situ.. cari la something yang bole dibasahkan tekak.. nak beli ice cream tapi macam tak puas.. last2 aku nampak something.. Jus buah delima.. Sejuk je rasanya... mesti badan dan tekak jadi segarkan.. so, dengan muka excited nak mencuba, beli je la.. harga tak ingat.. rasanya dalam 1000 won..
95% buah delima.. Lupa nak bawa balik plastiknya..
Selepas lepak2 kejap, kami pun bergerak ke bustop untuk menaiki bas atau teksi ke destinasi seterusnya.. ke manakah aku???? Sila tunggu ke entry seterusnya ok.. Bila?? tunggu aku senang ok.... Hahaha... bye2...
No comments:
Post a Comment