Saturday, October 24, 2015

Seoul Day 1 - PART 2 - Woollim Enter. & NIT Cafe & BBQ Restoran

Assalamualaikum..


Setelah penat menunggu idol sampaikan tak terjumpa CNBlue, aku pun berpaling tadah pergi ke Woollim.. Untung nasib dapat la jumpa INFINITE or LOVELYZ ke kan... Ceh berangan je lebih.. orang tu pun bukan kenal ko pun.. Hehehe.. Agak jauh juga la dari subway nak ke Woollim ni.. bila dan masuk laluan yang betul, tak jumpa pula bangunan Woollim.. aku rasa dah 3 kali aku pusing2 dekat situ.. Rupanya informasi yang kami guna tu, penulisnya salah taip 'kiri' dan 'kanan'.. Hampeh.. Setelah bersusah payah datang jauh, akhirnya sampai di Woollim.. Suasana tempat memang sunyi sepi seperti ketiadaan artis di bangunan ni.. agak jauh juga daripada jalan besar.. Excited aku jangan di kata la.. penat semua hilang bila tengok bangunan yang nak dituju tu dah ada di depan mata.. Hehe.

Tengah musim Infinite Bear.. Poster sebesar alam..
Selalu usha kat gambar, sekarang di depan mata
Here i'm!!! Very excied..

Sebelah pintu masuk Woollim ni ada satu kedai cenderhati Infinite.. Kebetulan masa aku pergi ni masih dalam promosi Infinite Bear.. Kedai di tingkat 1, NIT Shop namaya.. Sebab apa NIT, tu aku kurang pasti.. Di ground floor tu bole la korang nak ambil gambar berlatar belakangkan tangga, gambar, poster dan bear Infinite.. Aku sangat sukakan decoration dan tangganya.. Comel2 dan kreatif.. walaupun hanya pandangan biasa je bagi orang lain.. Boleh dikatakan setiap sudut inci aku ambik gambar tau.. sambil2 tu tengok juga dekat2.. Hehe.. Tak nak cerita panjang, tengok je la gambar.. aku rasa Infinite masa ni takde di sini.. Takde rezeki nak berjumpa la tu.. 
Tengok la tangga dia tu... 
Signature yang tak kan dilepaskan..
Love of them!!
Infinite Bear Hoya je yang tinggal.. Yeollie punya mana???
Nampak tak kecomelan gambar di dinding... Hehehe.. 
Suka sangat agaknya aku dengan tangga..
Ni gambar era lagu Nothing Over.. rasanya dah lama punya gambar.. 
See!!! Tangga.. sejak duduk Seoul, tangga tak dapat dipisahkan..
Lukisan gambar yang biasa.. sebab aku pernah jumpa yang lagi cantik.. Hahaha.. 
Sorry Dongwoo.. U punya kepala i terpotong... yang penting myYeollie.. Hehe
Tangga lagi.. ke NIT Shop.. 

Maaf di dalam NIT Shop tak dibenarkan mengambil gambar.. So, apa yang aku dapat gambarkan, cederhati INFINITE semuanya.. ada juga yang mahal dan paling murah pun pen la.. Hehehe.. setiap sudut ada banyak bear yang memakai custom baju setiap era lagu mereka.. Comel je teddy bear tu.. nasib baik bajet aku ciput je.. just beli ball pen utk aku dan my friend dan memo pad je.. Tahan je tangan ni nak capai2 benda kat situ.. Nafsu membuak2.. tapi tetapkan iman dan ambil apa yang perlu terus bayar.. dan terus turun.. tak bole lama2.. Hehe.. Sebelum keluar dari Woollim, sempat lagi snap2 tu..
Pintu utama Woollim.. 
Pembiasan cermin dan cahaya telah tenggelamkan gambar.. Ciskek..
No parking ok.. 

Lepas melawat kawasan, cik kak ni pun nak lepak juga kat NIT Coffee Cafe.. Seberang jalan je dari bangunan Woollim.. Usha2 juga, bila agaknya dapat jumpa my yeollie oppa ni ye??? Merenung nasib sendiri untuk berjumpa kekasih gelap yang belum kunjung tiba.. Lepak2 minum Coffee.. NIT Coffee ni simple je dokorasinya.. Baranng pun tak banyak.. Ruangan cafe luar dan nampak kosong sedikit.. Konsep yang simple dan selesa dan luas.. Malu nak ambil gambar dalam cafe tu.. 
Maaf gambar agak blur seketika.. 
First time guna alat oder tu.. selalu nampak dalam tv je.. Alarm oder dah siap akan bergegar..
Ni la hasil gigih aku nak berjimat,, beli apa yang bole digunakan sahaja.. 

Tengah hari buta minum air panas.. apa la aku ni.. Beli Americano Coffee.. Memang kaw2 la punya coffee
Tak lama la lepak sini.. sebab banyak lagi destinasi kami.. Dalam 40 minit je.. Pastu tu tengok oppa Infinite takde kunjung tiba, kami pun bergegas ke destinasi seterusnya iaitu BBQ Restoran.. Buat apa pi sana kan??? BBQ Restoran ni adalah kepunyaa appa Yeollie.. Tu yang nak sangat pergi.. Tak jumpa oppa tapi dapat jumpa app pun dah kira ok.. Kena naik subway semula dan berjalan lagi.. 

Nasib baik la BBQ restoran ni betul2 tepi laluan masuk subway.. keluar je dari subway tengok kiri sikit dah nampak.. Meh usha sekejap.. Tak bole la juga ni... Jadual masa dah lari sebab menunggu di KBS pagi tadi..
Ni la muka depan BBQ Restoran.. 

Di sini agak kelakar sikit. aku yang beria2 nak sampai sini, aku pula yang lupa dan malu nak bergambar dengan ayah dan ibu yeollie.. padahal dieorang ada je kat kaunter tu.. Kak emi pun acah2 nak tengok menu.. Actually, kalau nak minum tu bole lagi la dan makan salad je.. tapi aku was2 sikit.. Tu yang snap picture sekejap dan cakap dengan kak emi, jom balik.. Hahaha.. Bengong kan aku ni.. Maybe sebab masih blur dan tak percaya.. Malu pun ada juga.. Takpe la, suasana di dalam restoran masa tu memang agak sunyi sebab tak ramai pelanggan.. ada je sebenarnya peluang tapi aku ni la bangang tahap demi pi lepaskan.. ..

Tadaa!! Nampak tak poster yeollie sebesar alam tu.. My oppa..
Last picture BBQ Chicken Restoran..

Dengan hati yang bercelaru.. aku pun keluar dan meneruskan perjalanan ke Namsan Tower.. Perut tak makan lagi ni.. aduhyai lapar tahap giler2 tapi nasib baik ada bekalan biskut.. Jom ke next destinasi!! Jangan tanya lagi.. muka masih sedih dengan apa yang aku buat dekat diri sendiri.. Bye2

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law