Assalamualaikum...
La.. baru perasan yang ada 1 entry tak di publish kan.. kan dah tak teratur aku punya story ni... Takpe.. layan kan je la dulu je.. nampak sangat faktor usia yang memepengaruhi aku..
Destinasi yang terakhir di Jeju ni adalah Jusangjeolli Cliffs.. Tempat ni terbentuk antara 250,000 ke 140,000 tahun lalu apabila gunung berapi Hallasan masih aktif.. Menurut ahli kaji bumi, ianya cecair lawa yang mengalir daripada gunung yang sedang meletus dan telah meluncur ke laut.. Sebaik saja lawa ni menyentuh permukaan air sejuk, ianya menjadi keras dan membeku.. Apa yang menarik tentang batu2 di sini adalah bentuk heksagon yang hampir sempurna di setiap sudut.. Begitu la sejarahnya yang aku baca di google.. Hehehe..
Perjalanan ke sini tak jauh sebenarnya.. rasanya tak sampai 1 jam dari Cheonjeyeon Waterfalls.. Kami menaiki teksi dari sana untuk ke sini.. Kebetulan masa kami sampai, tengah ramai orang dan pelancong dari dalam dan luar negara.. Lawatan budak sekolah pun ada tau..
dalam perjalanan..
Sampai je tak sempat nak snap picture dalam kawasan tu.. sebab ramai dah cop tempat dan berpossing.. nak tak nak aku kena terus berjalan ke tempat yang di tuju.. MasyaAllah.. Mnegucap aku bila sampai di depan laut.. Memang sangat cantik laut yang terbentang luas tu.. Kecantikkan alam semulajadi yang tiada tandingan.. Hanya di Jeju sahaja.. Tak menyesal rasanya aku pergi ke tempat macam ni.. Seumur hidup tak pernah tengok air laut secantik ini.. Dengan bentuk batunya yang istimewa dan sangat unik..
Cantik kan pemandangannya??
Sangat bersih tau..
Tengok la batunya yang berbentuk heksagon..
Laut yang terbentang luas.. Hanya laut biru...
Perasaan aku di sini sangat teruja.. Melihat keindahan alam.. Tempat ni takde la luas mana.. di sebabkan ramai orang, nak layan feel pun susah sikit sebab msing2 sibuk nak bergambar.. Hehehe.. Aku pun tak terkecuali ok..
Gambar sebagai kenangan..
Awat la muka aku macam tu?
Sudut lain pula..
Sudut yang ni aku sangat kagum..
Tengok la batunya tu..
setakat ni je bole zoom..
Jom balik..
Sempat la snap benda ni.. baca jer la..
Entry kali ni memang tak banyak menulis sebab hanya mampu melihat keindahan alam yang tak terkata.. tu yang tak tahu nak cerita apa.. Hahaha.. nak tahu lanjut lagi tempat ni bole la Google ye.. Bye...
No comments:
Post a Comment