Saturday, October 24, 2015

Bye-bye Jeju Island.. Welcome to Seoul..

Assalamualaikum.. 

Hari terakhir di Jeju.. Sekejapnya masa berlalu.. Rasa tu memang tak puas la duduk di sini.. Banyak lagi tempat yang cantik dan menarik yang belum sempat aku terokai.. Akibat hujan yang lebat semalam, i mean hari ke 2 berada di Jeju, so, aktiviti pun terbatas.. Hari ni cuaca cerah, kami pulun la sebaik mungkin.. Bila dah nak petang, rasa macam nak je aku tambah hari kat Jeju ni.. Hehehe..

Tapi memandangkan tiket flight dah beli, kena la balik Seoul juga kan,,, Apa yang aku bole simpulkan selama 3 hari 2 malam, aku memang tak puas berjalan.. Jeju Island adalah suatu tempat yang sangat cantik dan menarik.. Persekitaran yang bersih, masyarakat yang peramah, suasana yang nyaman.. Majoriti masyarakat di Jeju, adalah warga emas.. Aku kagum dengan warga emas di sini terutamanya mak cik2.. Dieorang lebih cenderung melakukan aktiviti menyelam untuk mencari rumpai laut, siput atau abalone.. Berbading dengan kaum lelaki yang turun ke laut sebagai nelayan. Lepas tu, aku ada la terserempak dengan sekumpulan mak cik2 ni keluar dengan kawan2 untuk minum2 di waktu malam.. Bukan naik kenderaan tapi berjalan kaki sahaja.. kekuatan fizikal yang hebat pada pandangan aku.. Kalau kat negara kita, mana ada mak cik2 nak buat macam tu..

Flight aku malam, so, lewat petang tu dah kena ada la kat Airport.. Kami sampai di hostel pun dekat pukul 4.. Cari makan jap, pastu lepak2 kat hostel sementara menunggu teksi.. Kami pun dah check out pagi tu sebelum kami berjalan dan simpan beg gedabak ni dalam stor.. Senang nanti, dah tak perlu nak risau kalau terlambat kan.. Meh tengok dulu apa yang ada.. *mood sedih....*

Sempat snap sebelum berlepas..
Banyak informasi dan kenangan di sini... Penggunaan PC FREE ok..

Sementara orang lain tengah makan, aku sempat la melencong ke beberapa kedai cenderhati.. Aku memang nak beli 1 cenderhati untuk diri sendiri memandangkan aku dah berada di Jeju.. Nak beli barang yang memang tak kan dapat di mana2 dan menjadi simbol Jeju... Apa yang aku beli??? 

 Tadaa!!! Berkira2 tau nak beli pak cik ni.. 


Kenapa aku beli cenderhati tu?? Kan buruk dan merupakan patung.. Ok.. Senang je jawapan aku, aku nak cenderhati melambangkan Jeju Island.. 2 patung ni memang menjadi simbol di Jeju dan hanya penduduk di sini sahaja yang buat.. Lagi satu, patung ni diperbuat daripada batu air laut Jeju.. Nampak tak keistimewaan cenderhati ni??? 1 key chin ni berharga 1000 won.. aku beli 2 je.. plan nak beli 1 tapi disebabkan 2 ni adalah berbeza, kena la ambil 2 juga.. Ok.. Move to fligh.. baru terhegeh2 nak balik hostel semula sebab masing2 dah menunggu.. Huhu..

Masuk je Airport, rasa sedih bukan main.. rasa macam nak patah balik jer.. Tu yang lepas check in beg besar, kami pun merayap sekejap.. take a picture sebagai kenangan sebab masa sampai hari tu, tak sempat nak snap.. Berjalan tengok kawasan dan apa yang ada di sini.. flight aku pukul 8, so, berjalan2 pun dah dekat pukul 7.20.. bergegas la jawabnya nak mencari pintu gate.. 

Bye2.. InsyaAllah, next year will me meet again with u.. Jeju International Airport

Lepas check in beg besar.. naik Eastar Jet lagi..
Ahjumma tu sibuk je kami nak inter frame..
Nak tinggalkan kesan tapak kasut,, Mana tahu dapat jodoh di sini..

Ntah kenapa bermula dari KLIA 2 sehingga la pulang ke Seoul, aku punya pintu gate jauh nun di sana.. penat nak berjalan beb.. Takdenya dapat yang dekat2.. Ceh.. nasib baik ada la tempat duduk kosong.. Yang bestnya kat Jeju Airport ni ada plug merata2 tempat.. tapi yang masih berfungsi tu aku tak tahu la kan.. dan bukan sahaja plug, USB plug pun ada.. Kemudahan yang sangat tip top..

Sebelah kerusi aku je..

Ni part sedih aku.. tengah duduk syok main tab.. terlupa pula handphone aku diletakkan di celah perut.. sekali nak bangun... PANG.... Berderai handphone aku jatuh.. bateri confirm la terbuka, dan skrin depan pun tertanggal.. nasib baik tak berkecai skrin tu.. Think positif, betulkan balik dan berharap, handphone kembali pulih,, Ternyata aku silap.. Handphone boleh hidup tapi skrinnya dah tak berfungsi.. Makanya, memang tak boleh touch la,, Sob.. Sob.. macam mane aku nak snap picture and update kat FB & IG? macam mana aku nak call family? macam mana aku nak hidup tanpa handphone selama 5 hari lagi? Tengok balik kat beg, nasib baik ada stanby 1 lagi handphone jika berlaku kecemasan, boleh digunakan.. Tapi handphone biasa la,,  Pastu dalam keadaan hati yang sayu, flight delay pulak,, nasib baik only 10 minit jer.. 

Masuk kapal terbang dengan hati yang gunda gelana.. sekali sampai je depan kapal.. aku terus senyum lebar.. Nampak seorang pramugara yang hensem dan tall.. Senyuman dan suaranya mengetarkan jiwa beb.. Cair terus aku.. Hahaha.. tu baru aku yang tengok, belum lagi mak cik2 dan wanita lain.. giler ko tak kacak.. oppa pertama hensem yang aku jumpa depan mata.. Hahaha.. Friendly lagi tu.. pastu caring dan pandai ambil hati penumpang... bole dijadikan bakal menantu ni.. Kak emi dan duk senyum2 je dengan aku,, kami berdua ni memang dah tahu apa yag disenyumkan.. ibarat ada telepati antara kami.. Hahaha.. ingatkan tak nak tido, nak tengok sepuas2 muka oppa ni,, last2, aku tertido.. sampai ke di Gimpo Airport, kami adalah orang last sekali keluar kapal.. Tahu dah, mesti kak emi nak snap picture dengan oppa pramugara kan.. Aku pun apalagi nak menumpang sekali la.. Hahaha.. Dengan muka tak malu kami pi tanya, akhirnya... .....


Ni la oppa Eastar Jet kesayangan kami. Maaf muka aku kurang Nur... Hahaha

Kak emi ni punya dengki, dia menolak aku sikit ke depan pintu kapal sebab nak ambil gamabr berdua dengan oppa,.. Hahaha.. sunguh kejam akk ye.. tu oppa saya la.. Nak tahu apa jadi kat bawah, pak cik yang bawa shultter bus, dah dok bising2 kat bawah sebab kami lambat... Dia pula kena menunggu dan tu merupakan shultter bas terakhir untuk flight kami.. Ha! Ko! Masing2 punya dah kelam kabut la jadinya.. Tapi oppa sentiasa di hati.. 

Aku pun terfikir, apa agaknya oppa ni fikir pasal perangai kiteorang ni kan.. Niat kami satu je, nak jadikan kenangan gambar ni sebab belum tentu dapat jumpa lagi kan.. kami kan orang jauh.. Hehehe... Alhamdulilah.. Sampai sudah di Gimpo International Airport dan masanya untuk ke Seoul.. Bye2...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law