Assalamualaikum.. Halo2 semua..
Ok.. kita sambung cerita... Now, I at Seoul!! Alhamdulillah.. Sampai dengan selamatnya di hostel.. Tapi malam tu memang seksa la nak ke hostel.. Dengan bawa beg debab gedabak tu naik subway, turun naik tangga bergerak tu biasa la.. yang tak biasanya mengangkat + mengheret beg sebesar alam tu seberat 13kg menaiki tangga dan menuruni tangga untuk ke line sebelah.. masa tu ntah kenapa subway yang kami naik berhenti di bukan hentian sepatutnya atas alasan perkhidmatan sudah ditutup.. Sadis sungguh.. aku ni dah la kurang zat protein.. minta nyawa la nak mengangkut beg seberat tu masa guna subway.. Apa2 pun tu la pengalaman aku sepanjang hidup.. sebelum ni hidup selesa, ada orang yang tolong angkatkan beg.. Now, ambik ko.. sendiri kena angkut.. Lepas je sampai hostel, lepas mandi and solat, apa lagi membuta la.. jam pun dah pukul 1 pagi..
Hari ni alhamdulillah cuaca di Seoul cerah.. pagi tu je sejuk.. Kami keluar takde la awal sangat.. dalam pukul 8.30 juga.. Tu pun dalam subway, bukan main ramai orang.. berkejaran masing2 nak pergi kerja.. Tempat pertama kami hari ni adalah KBS (Korean Broadcasting System).. Buat apa kat sini? Nak jumpa idol la.. Tapi kami bukan masuk dalam, hanya menunggu di luar.. tu pun kat pintu belakang.. Kebetulan hari ni, hari jumaat.. So, ada Music Bank Live petang.. Pagi tu mesti la ada idol yang datang buat latihan kan.. Tak percaya?? Layan gambar di bawah..
I'm Here!!!
Fans dari pelbagai negara pun ada tau..
Kami sampai sini pun dekat pukul 10 pagi.. spend dalam 2 jam juga la.. Tapi takde rezeki aku nak jumpa oppa Hyung Hwa (CNBlue) sebab dia dah sampai sana pukul 7 pagi.. Sadis la wei.. penat menunggu mana tahu CNBlue akan keluar makan ke apa ke.. Tapi takde juga.. Sedih kali ke 2.. Cuma ada la nampak beberapa orang idol seperti Jessi (Rapper popular Korea) *Picture tak sempat snap sebab laju je dia jalan*.. Wandy (ahli Red Velvet) dan Seventeen.. Yang Seventeen ni, even group ni tak berapa popular, fans tetap mengejar sampai ke kereta tu.. Siap menjerit2.. Aku yang tengok pun dah seriau.. Nasib baik aku tak macam tu.. Hahaha.. *poyo jer lebih, cuba bagi oppa sungyeol and L depan mata, confirm terjerit2 juga*..
Ahli Seventeen keluar.. Pi mana?? tak tahu..
Jarak ni je dapat tangkap..
Ni Wendy (ahli Red Velvet) - yang selubung kepala tu..
Bila kat sini, ada la bosan sikit sebab kita menunggu ketibaan artis yang tak tahu bila akan muncul.. So, time banyak lari la.. Sampaikan terlajak 30 minit.. sebab kami perasan fans depan pintu utama dah siap angkat kamera di tangan tu.. Makanya memang ada artis akan datang.. Kereta artis pun aku rasa dah sampai, tapi artisnya pula tak muncul2.. Aku ni yang kebosanan mencari mangsa.. Hahaha.. Ntah siapa2 la aku snap gambar.. takpe sebagai kenangan katanya.. Bukan selalu dapat juma warga Korea ni..
4 Orang ni popular sebab keluar masuk dari pintu KBS je.. hahaha
Ni awek cun mana ntah.. cantik beb.. tergoda i..
Bila rasanya dah lama sangat berdiri, kami pun ambil keputusan nak bergerak.. nak menunggu ketibaan artis memang agak parah la.. kang tak pasal2 lain2 tempat kena skip.. Bagi aku yang penting dah dapat jejakkan kaki di sini pun dah kira ok.. Kembali semula ke subway.. lunch maybe kat mana2 kot.. Perjalanan kami diteruskan ke Woollim Entertiment.. My wishlist tu.. Hahaha.. Jom!!!
Hi Seoul..
p/s : Untuk pengetahuan anda, Jam di setiap gambar merupakan watu di Malaysia.. Waktu di Korea adalah sejam awal.. contohnya, Jam malaysia pukul 11.00 pagi.. di Korea sudah pukul 12.00 tengahari..
No comments:
Post a Comment