Wednesday, October 14, 2015

Jeju Island PART 2 - Seongsan Ilchulbong

Assalamualaikum.. Annyeonghaseo..

Pagi ni aku bangun lambat!! Buat malu je kak emi yang kena kejutkan. Padahal aku dah set alarm kat handphone tapi aku rasa langsung tak sedar. Nasib baik kak emi faham, biasa la penat semalam sampai kat Jeju tak hilang lagi. Tu yang penat lebih, tambahan belum pernah lalui apa yang aku lalui di hari pertama.

Dalam pukul 9 pagi, kami semua dah siap2 bersolek, wangi2, dengan hati yang riang ria nak menakluki bumi Jeju turun ke lobby hostel untuk breakfast. Turun je kat lobby, tengok luar…………………………………… OK fine, HUJAN. Terus mood nak berjalan dah merundum ke 70%. Payung sememangnya dah standby dalam beg, bak kata pepatah melayu “sediakan payung sebelum hujan”. Tenangkan hati, teruskan juga la jadual perjalanan aku. Ambil mood semua dengan mengisi perut yang berkeroncong kat pantry.
Roti bakar 2 keping, jem dan kopi ‘o’

Cukup la tu untuk alas perut. Destinasi kami akan ke Seongsan Ilchulbong. Perjalanan nak ke sana memakan masa hampir sejam lebih mengikut pengiraan aku dari hostel. Plan asal nak berjalan kaki sahaja ke bas terminal tapi disebabkan hujan, kami pun menahan teksi.
Hujan yang turun bagaikan mutiara…..

Sampai je di terminal bas, kak emi terus ke kaunter untuk beli tiket. Bila dah beli tiket, terus ke bas. Nasib kami baik sebab tak ditinggalkan.. Hampir ditinggalkan sebenarnya. Huhu.. perjalanan makan masa sejam, so sempat la kalau nak topup tidur lebih2 lagi diwaktu hujan macam ni.. sejuk dan nyaman.

Aku kagum dengan perkhidmatan pengangkutan awam di sini. Before sampai ke setiap bustop, akan ada suara yang memberitahu next destinasi,tapi masih ada tulisan dalam bahasa inggeris untuk pelancong. Lonceng bas diletakkan di tepi tingkap dan ketinggian paras kepala penumpang sahaja. Dalam bas tu, aku tabik la dengan muda mudi di sana sebab adapnya. Setiap kali warga tua naik bas, masing2 akan menjalarkan leher untuk memberikan tempat duduk kepada warga tua.. kebanyakkan masyarakat di jeju ni, adalah warga emas.. 

Hujan lebat sampai tak nampak pemandangan di luar.. Syok tido ni..

Muka happy nak daki bukit tinggi.. huhu

Hujan semakin lebat sebenarnya, so nak batalkan perjalanan pun dah tak bole, akhirnya kami decide untuk teruskan juga.. payung memang ada tapi bila dah hujan lebat dengan bawa beg besar lagi, dengan angin laut yang agak mengganas. korang akan rasa seperti mau menaggis sahaja.. Demi nak menawan Seongsan Ilchulbong, tetap teguhkan hati dan kuatkan semangat ok.. 

Bas berhenti agak jauh juga daripada destinasi kami, so nak tak nak kena juga meredah hujan.. kasut??? jangan cerita, dah bole bela ikan lagi dalam tu.. rasanya penggunaan payung tak relevan sebab asyik nak tercabut, akhirnya kami singgah 1 kedai ni.. Ahjumma tu pun menawarkan baju hujan.. Tu sahaja pilihan yang ada, kami pun tak banyak bicara, beli terus.. Harga 2,000 Won utk 1 baju hujan.. yang penting dapat cover beg dan kamera dah cukup bagi aku.. Perjalan diteruskan lagi.. 
Akhirmya sampai jua.. 

Walaupun hujan lebat, tetap tak mematahkan semangat..

Ianya juga dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak, lokasi ini telah diiktiraf antara 7 keajaiban dunia dan merupakan tapak warisan pertama di Korea yang diiktiraf UNESCO bersama dengan Manjanggul Lawa Tunnel. 

Seongsan Ilchulbong muncul di permukaan lautan selepas letusan gunung berapi lebih 100,000 tahun dahulu. Terletak di hujung timur Pulau Jejudo, terdapat kawah yang besar di puncak gunung Seongsan Ilchulbong Peak. Keluasan kawah adalah 600m lebar dan 90m tinggi. Dikelilingi oleh 99 batu tajam di sekitarnya menjadikan kawah ini kelihatan seperti mahkota semulajadi yang menarik.

Hujan lebat pun dah tak kira, janji dapat sampai ke puncak.. Hati masa tu memang dah basah macam jalan tu sebab cuaca tak mengizinkan.. Namun, dah berjalan sejauh ni takkan nak give up macam tu je kan.. sekali mendaki,. rasa macam kaki ni dah kejang.. punya la tinggi, asal pandang tangga je, dah jadi lembik.. sakit tetap sakit, tapi tetap teruskan perjalanan mendaki.. korang belek la gambar yang menunjukkan kekgigihan kami mendaki dalam hujan..

Permulaaan pendakian

Muka happy walaupun dalam hujan
Again tangga??
Baru suku pendakian dah berhenti.. apa la minah ni..


View dari sini pun dah cantik.. Meh tengok view dari atas pula..



Sempat snap je cerita sejarah batu..

Dengan gigihnya kami meredah hujan dan angin, akhirnya!!!! Sampai di puncak Seongsan Ilchulbong!! Rasa nak menjerit pun ada.. Sunggah cantik sangat pemandangan dari atas ni.. If tak hujan, aku rasa lagi cantik viewnya.. Indah ciptaan Allah... Tiada tandingan.. Rasa sejuk bila dah kat atas ni.. meh, tengok apa je yang sempat aku snap..



Bila dah sampai atas ni, akan nampak 2 pemadangan.. Depan tu pemandangan Jeju... Korang akan nampak bangun dan laut yang luas..  View sangat cantik cuma gambar tak berapa cantik sebab skrin kamera masuk air.. Sanggup korban kamera utk ambil gambar sebagai kenangan.. Next trip kena pergi if tak hujan ok..

 Selfie tetap tak dapat dipisahkan..


Pemandangan bahagian belakang pula adalah gunung ganang yang menghijau.. Sungguh cantik.. kami sendiri lama juga berada di atas.. lebih kurang 20 minit baru la nak turun semula.. kalau tak hujan, dah macam2 pose agaknya aku buat.. Huhu




Masih ada juga pelancong yang macam kami.. 

Dah puas tengok pemandangan atas, kami pun mula la turun.. turun tu memang laju la memasing.. nak sampai awal sebab masing2 perut dah lapar.. jam pun dah menunjukkan dalam pukul 1 pm.. sempat lagi la aku ni take the picture dalam emnurun tangga tu.. Sayang sekali sebab tak dapat turun ke pantai sebelah bawahnya.. Angin terlalu kuat.. Rasanya belum sempat jejak ke bawah, aku dah tumbang di tiup angin lalu jatuh tergolek macam nangka busuk.. *imaginasi terlebih..*


Deruan ombak pun dah menakutkan..



Depan pintu tiket..

UNESCO pun tanda.. 

Muka dah letih.. kaki dah tegang dan kebas, perut dah berkeroncong.. kami pun meninjau di kawasan terdekat.. hanya ada Dunkin Donut je yang pilihan senang dan tak perlu risau halal.. Apa lagi kami pun terjah la.. makan isi tangki perut dulu baru fikir masih nak teruskan perjalanan atau balik semula ke hostel memandangkan hujan tiada tanda nak berhenti.. 


Minum panas bagi segar sikit badan..

Lepas siap semua makan.. kami masih lepak lagi kat situ sebab nak decide nak ke mana lepas ni dalam keadaan hujan macam tu.. aku pun sampaikan pendapat, teruskan sahaja tempat seterusnya.. Plan asal nak ke Udo Beach tapi tak dapat sebab hujan.. So, pilihan seterusnya ke Seopjikoji.. Kak emi bagitahu, tempat ni pun akan menaiki tangga.. *Mulut terbuka sekejap*.. Hari ni memang keje mendaki tangga je la.. Pada aku, dah habis basah 1 badan, baik terus basahkan je.. Tu yang follow je.. 

Kami pun bersiap sedia untuk meredah hujan dan menahan teksi ke sana.. Sambung next entry ok.. Annyeong..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law