Friday, October 30, 2015

Seoul Day 2 - PART 1 - Nami island

Assalamualaikum.. 

Sekejap je dah hari ke 5 di Korea ni.. Bangun awal ok.. Hari jadual penuh juga.. First destination is Nami Island.. Tempat wajib dilawati bila berada di Korea.. Tempat popular Drama 'Winter Sonata' suatu ketika dulu.. Memandangkan Nami Island ni luar daripada Seoul.. Maka kena la bersiap awal and take breakfast.. Kami keluar dari hostel dalam pukul 8 lebih, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih la.. Pulau Nami terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Terdapat dua cara untuk ke sini. Yang pertama dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. Kedua dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti.. Pilihan kami melalui cara kedua..
Menunggu train nak ke Nami Island

Nak ke Nami Island ni, guna train @ Subway.. lebih kurang sejam lebih dari Seoul.. Lepas tu naik teksi pergi ke jeti ferry baru la sampai ke Nami Island.. Nak tahu lebih lanjut pasal Nami Island, korang bole Google la
Siapa yang berani, bole try ni.. tak payah bersesak2 nak ferry
I nampak bendera Malaysia!!
 
 Pintu masuk nak tunggu Ferry.. Tak sabar nak masuk Nami Island
 Time tunggu Ferry nank sampai..

Naik fery ni tak sampai 30 minit... rasanya la lebih kurang 15 minit je.. Hehe.. Ferry sederhana besar.. Aku berdiri kat luar je.. Nak ambil udara air di pulau Nami dan melihat keindahan sekeliling.. Walapun masa tu dah mula panas.. Lebih kurang pukul 10.30 pagi
 Masih belum nampak di mana Nami Island..
Tada!! Sampai pun di Nami Island
Welcome to the Nami Island..
Kaki tak dapat masuk sebab kurang ketinggian.. Hahaha

Masuk je pintu utama Nami, terus cari pokok yang menjadi simbol Nami Island.. Haha.. Orang lain sibuk masuk tempat lain, kami sibuk bergambar di pokok2 dulu.. Bukan senang nak bergambar berlatar belakangkan tiada orang ni.. Akhirnya tercapai juga impian nak bergambar sorang2.. Hahaha.. Kak emi layankan je la kerenah aku bergambar..
Welcome to Nami Island!!
Sihat lagi pokok tu daripada aku...
Jom ikut aku tawan Nami Island!
Orang belakang tu nak lompat sebenarnya..

Nami Island ni luas sebenarnya.. Kalau korang yang betul2 nak menikmati keindahan Nami Island ni memang ke 1 day la.. Dari pagi sampai lewat petang.. Aku memang tak bole la sebab petang dah ada jadual lain.. Banyak tempat juga hari ni.. So, nikmati semampu yang bole dengan masa yang singkat..
Kreatif.. ada toilet dan informasi pasal Nami Island

Aku tak tahu dalam gambar ni aku fokus kat mana..
Bersama si ding dong pemukul .........
Apa yang anda nampak dalam gambar ni??
Panas2 di Nami Island...

Tengah meeting sesuatu yang sangat serius...
Dan pokok lagi.. lagi...

Memangkan aku pergi ni musim daun tengah gugur.. Maka ada la juga terjumpa daun tapi kan masa ni masih sikit lagi daun nak bertukar warna.. So, agak teruja sangat la nak bergambar dengan daun2 tu.. Sungguh popular daun bertukar warna ni,. semua orang nak bergambar dengan dia.. Hahaha.. Aku ada juga perhatikan sekumpulan auntie ni dari China.. Slamber dek jer dia bergambar dengan kawan2nya.. Siap berbaring dan melompat2 lagi.. Aku dengan kawan aku pula yang segan2.. Hahaha.. Last2, aku pun ambil kesempatan membuat gaya ntah apa2.. Korang tengok la sendiri..
Muka teruja sangat jumpa pokok yang daunya dah bertukar warna
Nampak tak bila aku dah slamber berpossing...
Gaya santai 2 orang sekawan menikmati cuaca musim summer
Love yang tak berapa nak menjadi
Di Nami Island ni pun ada juga beberapa haiwan yang korang boleh jumpa.. Antaranya burung unta, ikan dalam tasik, tupai... Biasa la tempat nature ni akan jumpa beberapa serangga dan butterfly.. ni pun baru sikit berjalan dan banyak bergambar.. 

Sekor burung unta sedang berjalan

Wujud ke ikan di celah poko teratai??



Dah jauh perjalanan.. mula la aku bertanya pada kak emi.. su nak cari tempat yang ada patung dan poster drama 'Winter Sonata' tu.. Hehehe.. Jalan punya jalan... Jumpa juga akhirnya.. Wajib la bergambar dekat Poster dan patung Hero and Heroin dalam drama tu.. Maka dengan itu, aku pun menjadi orang pertama sampai dan terus bagi kamera pada kak emi.. Tunggu juga turn pelancong lain nak bergambar.. 
Maaf possing agak kurang sopan.. Hahaha
Sekali Thailand mai daa...

Ha!! Tempat wajib ni...
Basikal yang digunakan semasa drama Winter Sonata


Ketuk dik.. jangan tak ketuk..

Alhamdulilah.. Lama dah berjalan, kami pun nak rehat sekejap.. Kak emi pi makan nasi goncang, kawan aku dgn adiknya pi makan kat restoran halal Asia.. Aku pula duduk lepak sini.. Sementara melihat gelagat orang lain sambil snap2 gambar.. Hehehe.. Perut lapar pun xpe.. Aku pun ada la bawa bekalan biskut sikit..
Lepak sini kejap.. nak tengok persembahan apa..
Sempat lagi pi beli susu.. Haus punya pasal..

Tak lama la aku duduk situ dalam 20 minit kemudian persembahan bermula.. aku dah copkan tempat duduk dieorang.. Nasib baik betul2 ngam masa dieorang sampai.. Kami bertuah sebab datang Nami Island hari tu ada persembahan alat muzik antarabangsa.. Muzik yang dibawakan pun sangat merdu alunannya sampaikan aku pun nak terlena.. Hahaha.. faham2 je la watu tengahari.. duduk bawah pokok.. nyaman di tiup angin sambil mendengar alunan muzik.. kan lengkap tu suasana nak beradu... Hahaha..
Persembahan muzikal dari pelbagai negara.. Sangat menarik
Setiap negara ada alat muzik tradisional yang tersendiri

Kami takde la duduk tengok sampai habis.. cukup la mendengar 2 lagu dan mula berangkat ke tempat lain.. bagi peluang pada pelancong lain kan.. Actually bole jer korang nak sewa basikal di sini.. Tapi memandangkan aku rasa, masa tak banyak.. so, aku pun tak sewa.. sayang kan.. nak buat macam mana, kang bawa basikal nak berhenti2 ambil gambar.. payah juga tu.. Kami pun pusing ke laluan bawah untuk melihat pulau dan apa yang ada lagi di situ..
Cantik.. lagi cantik bila daun tu dah bertukar warna
Melihat mereka bermain..

Meninggalkan jejak tapak kasut di sini bersama daun

Di kawasan bawah ni, kasawan berjalan kaki dan berbasikal.. Kalau korang pi dan lalu sini, akan nampak banyak basikal couple.. Hehehe.. Comel jer tengok telatah mereka... ada juga yang berkeluarga.. Panjang juga laluan ni... Penat berjalan tapi seronok sebab angin sentiasa ada..
Best je duduk lepak kat sini.. rasa tak nak gerak lagi... sob..sob..

Dah nak sampai ke pintu utama Nami Island
Ambil kenangan bersama sebelum meninggalkan mereka..
Bye2 Nami Island.. Ada rezeki jumpa lagi..
Turn mereka pula datang ke Nami Island

Masa mereka pi makan, aku sempat la berjalan sendirian dan mencari souvenior untuk dibawa balik.. Actually berkenan dengan t-shirt tapi memandangkan ianya mahal.. tak jadi beli... round lagi kedai lain dan akhirnya jumpa FZ ni jer.. Ok la.. Yang penting ada trademark "Nami Island Korea" dan "Made in Korea".. Hehehe.. Tak sempat pun nak masuk banyak2 kedai.. Next time la.. Ntah bila la next time aku ni nak sampai Korea lagi..

Lepas ni kami pun bergerak terus maju ke Namdaemun Market memandangkan kasut adik kawan aku ni dah tertanggal tapaknya.. Kesian dia.. Ok.. kali ni kena shopping habis2an..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law