Wednesday, October 14, 2015

Jeju Island PART 2 - Seopjikoji

Assalamualaikum.. 


Kesinambungan pula ok.. Selepas berhujan berbasah kuyup.. kami pun teruskan perjalanan ke Seopjikoji.. Seopjikoji (섭지 코지) pula terletak di timur Jeju.. Ianya adalah kawasan pantai dengan pemandangan laut dan tebing yang indah..Tempat ni juga pernah jadi  penggambaran drama Korea iaitu "All In". Terdapat laluan khusus untuk pelancong yang berjalan kaki di sekitarnya. Selain itu, terdapat sebuah gereja dan rumah api.


Seopjikoji ni tak jauh dari Seongsan Ilchulbong. So, naik teksi memang tak lama la.. Datang sini time hujan memang tak ramai orang la.. Yang datang pun bole dikira dengan jari.. Ada juga time tu pelacong dari China datang, tapi cuma sekejap je la sebab cuaca makin teruk.. Hujannya bukan hujan biasa, tapi aku rasa hujan tajam.. kenapa tajam? sebab air hujannya seperti batu yang dileparkan.. nak kata hujan batu, tak juga.. Seksa juga nak mendaki dan berjalan di situ.. Tapi demi keindahan yang terbentang luas, aku tetap gagahi.. 

 View yang sangat indah even dalam hujan
 Ombak mederu seperti drama 'Ombak Rindu' gitu..


 Yang ni aku tak dapat pastikan apa benda sejarahnya..


Berjalan dan terus berjalan.. Nak snap lagi dah tak bole sebab keadaan kamera makin teruk.. risau juga if next time dah tak bole guna.. So, kena la kurangkan ambil gambar.. Sadis sangat tau.. Akhirnya sampai juga di rumah api.. Pemandangan dari sini memang cukup cantik. Aku rasa kalau cuaca cerah, pastu tengok matahari terbenam, serius memang cantik.. Malang sekali trip kali ni hujan.. Hanya mampu melihat laut dan ombak dalam hujan sambil melayan perasaan seketika.. 

 Selfie again.. even gambar tak cantik tetap nak up..



 Yang ni aku rasa gereja.. nampak kabus je..



 Selfie tak menjadi.. Hahaha

Kenangan kami berempat

 Nampak tak jauhnya perjalanan..

 ani kedai cenderhati 
Cozy House pun ditutup

Penat dah berjalan dan turun naik tangga.. Kami pun decide nak balik hostel.. Cuaca pun masih hujan.. plan nak balik naik teksi sebab agak jauh.. bas pun takde.. bila sampai je pintu utama, hampeh, langsung takde teksi.. maka jawabnya kena la berjalan kaki untuk sampai ke jalan besar.. Takkan kiteorang nak tunggu pari2 datang dan bawa terbang kami ke jalan besar.. 

Betul2 pengalaman aku la sepanjang hidup tak pernah berjalan kaki sejauh ini dalam keadaan hujan lebat.. selama dekat 2 jam.. sejam rasanya dah bole sampai ke jalan besar tapi disebabkan kami bawah kuyup.. teksi pun tak nak berhenti.. Sangat tragik tau.. 

Nampak tak kami je yang berjalan

Perjalanan memnag jauh aku rasakan.. keadaan masa tu memang sangat teruk tapi kami still lalui dengan tenang.. sebab dah tak bole buat apa.. kena teruskan jua.. mata pun melilau mencari teksi.. ada tu bila kami dah berjalan jauh.. kak emi dah tahan tapi teksi tu tak nak pick up kami sebab kami basah lecun.. Lagi sedih dan tragik.. kami kena berjalan kaki lagi.. Aduh.. terasa macam menyesal pun ada sebab ikutkan hati sangat..

Dalam hati memang dah menyupah seranah ahjussi teksi tu.. bukan tak bole alas pun tempat duduk tu... ok su.. tenang.. berjalan dalam hujan bukan selalu dapat... harap tak demam la esoknya.. Berjalan dan terus berjalan akhirnya, ada la sebuah teksi ni berhenti dan ahjussi tu berhati mulia nak tumpangkan kami.. dengan syarat buka baju hujan.. dalam keadaan macam tu, kelam kabut la jadinya.. Alhamdulillah la.. Kami akhirnya dapat menaiki teksi untuk ke bus station berdekatan.. bole la kaki ni relax sekejap..

Setelah sampai ke bustop, terus tunggu bas untuk ke terminal bas dan balik ke hostel..gambar??? memang takde.. bateri kamera dah habis.. kamera handphone pun dah kabur.. so.. nak jadikan cerita kami selamat sampai hostel..

Sambung next entry pun malam ke 2 di Jeju Island ok... Bye.. 

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law