Wednesday, October 28, 2015

Seoul Day 1 - PART 4 - Kimchi Class

Assalammualaikum.. Hye2 Korang..

Sekembalinya aku di Myeongdong.. Bukan nak bershopping tapi nak pergi ke Kimchi Class..Niat aku nak melancong ke Korea ni bukan sebab suka2 sahaja tapi nak tahu dan belajar budaya kehidupan masyarakat di sana. That why la aku sanggup bayar mahal2 semata-mata nak masuk kimchi kelas.. 1 dunia dah tahu yang kimchi ni merupakan makanan wajib bagi orang korea..Pengetahuan yang bukan senang nak dapat kan.. Masa agak mencemburui kami sebab betul2 pukul 6 pm kami sampai di Seoul Kimchi Academy House.. Main redah juga nak ke situ sebab kak emi pun tak pernah pergi ke sana.. Hehehe..

Masuk je.. Cikgu korea ni dah sibuk melayann customer from China.. Beliau pun meminta kami memilih Hanbok untuk bergambar.. Bukan free tapi dah siap sekali dengann pakej Kimchi Class.. Aku apa lagi teruja la dan mencari hanbok yang cantik.. Ok.. Rambang mata.. Memandangkan aku ni kecik kemetod, maka banyak la hanbok yang agak besar pada aku.. Mula la aku stress, cari mana yang ok.. And the last, jumpa tapi singkat la hanbok.. Nak pakai pun blur2 sebab tak faham nak pakai macam mana...
Annyeongheseo...
Kecomelan sentiasa ada..

Hanbok ni ada banyak design tau.. sama la macam baju kurung kita.. yang aku tahu setakat ni, kain gaun bahagian dalam tu ada 2 jenis, ada yang jenis tali nipis dan korang kena lipatkan dan ikat di atas buah dada anda.. dan yang moden pula, ada zip di belakang dan bertali nipis..  Lepas dah siap sarung bahagian dalam, sarung pula bahagian baju luarannya.. Yang baju luaran ni pun pelbagai degisn.. Tengok je la beza hanbok aku dengan kawan aku ni bawah ni.. 
Muka keceriaan sebelum masuk kelas
kehenseman terselah di wajah budak lelaki itu


Kekonon la tu..

Selesai je buat photoshot sendiri, kami pun dipanggil oleh cikgu cantik untuk bersedia membuat kimchi.. Pulangkan semula hanbok dan pakai apron pula.. Standby dah kami depan meja belajar.. Kami juga ditemani 2 orang gadis cantik dari China.. Cikgu peramah, kawan baru dari china pun peramah.. Terus tak segan nak buat kimchi.. Hehe... Pengalaman baru dan kawan baru..
Mengambil tempat memasing..

Selesai sesi mengenal diri masing2.. Cikgu pun mula mengajar dan memperkenalkan bahan2 yang diperlukan.. Kubis dah tersedia dengan disapu dengan garam di seluruh batang daun dan di biarkan selama 4 jam.. lepas tu air garam akan keluar dan bilas sebanyak 3 kali dan perah kubis tu macam korang perah kain.. So, disebabkan kubis dah tersedia, kami tinggal gunakan sahaja.. bahan2 lagi, 2 kepingan lobak putih besar dan 3 helai daun bawang..
salam hormat pada cikgu dan kawan2..
cikgu gigih menerangkan dalam 2 bahasa

Bahan untuk paste ialah 1 sudu sos ikan, 3 sudu Korea Chili Flake, 1 sudu tepung pulut, 1 sudu bawang putih dan halia kisar.. dan bahan2 lain lagi lupa dah.. Hahaha.. xpe.. korang yang mana nak belajar buat kimchi, search jer kat Google... semua di hujung jari anda..
bermula la memotong lobak putih
Potong nipis2 je cik akk.. cikgu pun turut membantu memotong.. hehe
Serius betul muka akak sorang ni kan..

Memang reatilinya, nak belajar buat kimchi kat rumah sendiri pun dah bole.. Tapi aku nak rasai sendiri pengalaman dan bahan semua from Korea.. Tak lama pun belajar buat kimchi ni.. luangkan masa selama sejam je.. Potong lobak dan daun bawang tu panjang2 dan 1 inci untuk daun bawang.. Aku punya fokus belajar, sampaikan tak sempat nak menjawab pertanyaan kawan sebelah.. Hahaha..
Errr.. apa yang aku buat?? macam tu ke???
Gaul jangan tak gaul.. kasi sebati naaaa..

Selepas masukkan semua bahan paste tadi, sekarang waktu menggaulakan kesemua bahan untuk kasi sebati.. Yang mana suka pedas tu, bole la tambahkan Chili dalam 4 or 5 sudu.. Gaul cik kak.. jangan tak gaul.. Lupa pula, kak emi la yang jadi mangsa kami untuk translate.. Cikgu tak cakap english.. Only korea and mandarin.. 
Gaul lagi kasi sampai merah itu lobak..

Siap gaul semua tu, ambil kubis yang dah bilas tadi.. Lepas tu lapiskan bahan di gaul tu di setiap lapisan dan helaian kubis.. sapukan dari hujung rambut kubis sampai la ke pangkal kubis..
Lapis2 kubis tu di masukkan dengan semua bahan tadi
Gulung dan gulung...
Bila kimchi dah siap, cikgu minta aku masukkan dalam plastik untuk bi bawa pulang.. Yelah.. dah penat2 ko buat, takkan nak tinggalkan di situ kan.. mesti la membazir.. Rasanya?? Belum bole rasa sangat sebab kena perap paling kurang semalaman la.. Hehe.. Habis la beg aku nanti bau kimchi.. 
Dah bole bawa balik Malaysia..

Pengalaman aku belajar kimchi ni sangat memuaskan.. bermula dengan pakai hanbok dan belajar mebuat kimchi.. Cikgunya pun sporting dan peramah.. Lepas buat kimchi, kawan dari China nak buat Tteokbokki (Hot & Spicy Rice Cake).. Kami pun free2 je la tengok dan belajar.. Hehehe.. Next time datang bole shopping jer kat Myeongdong ni.. Let's go to shopping.. 

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law