Pagi ni bangun tido awal juga sebab nak berjalan dengan tour.. hadiah ni dimenangi oleh wawa.. so, aku ni tumpang sekaki hadiah dia.. nampak muka tak tahu malu.. hahaha.. kira bertuah juga la i ni kan.. jimat sikit duit hotel dan makan hari ni.. so, kami pun tunggu kat lobi hotel.. akhirnya kami tunggu punya tunggu, jumpa la dengan Ms Sunny ni.. dia la yang bakal tour kami.. naik van dan die pun pergi la pick up beberapa lagi orang yang gunakan service tour dia.. Kalau korang nak tahu, bila korang join tour macam ni memang la akan jumpa pelbagai jenis bangsa.. so, nak tak nak kena la jadi friendly kan.. walaupun english ko tonggang terbalik.. Hahaha.. So tempat pertama kamipergi adalah ke Jogyesa Buddhist Temple.. Serius aku tak pernah pergi temple pun sebelum ni.. ni pengalaman pertama.. ni sekadar untuk melancong dan melihat budaya mereka.. Jangan la sampai nak terikut-ikut ye.. Hehe.. Meh view gambar di bawah ye..
terpegun dengan pokok bunga kuning tu..
Ms Sunny ada juga bagitahu beberapa fakta menarik pasal temple ni tapi aku sekadar dengar telinga kanan keluar telinga kiri je.. Hahaha.. pastu dia bagi kami beberapa minit untuk mengambil gambar atau meninjau beberapa view di sini.. so, aku nak terangkan pada korang pun aku dah tak ingat.. hahaha.. al maklum la sudah tua, banyak benda remeh temeh yang sudah dilupakan.. Hehehe..
I lahir tahun naga.. ok.. bye..
Selepas tengok view sini, kami pun bergegas ke Gyeongbokgung Palace.. Ke sini merupakan kali ke 2 aku pergi.. so, dah tahu la besar tempat ni dan view memang best di sini.. kebetulan wawa pula first time.. last time dia tak sempat ke sini.. kiranya ni peluang free la dia masuk sini.. hahaha.. so, pagi ni aku sempat la tengok ceremony changes guard.. last year tak sempat tengok..
Pintu utama..
Dah ramai menunggu nak tengok ceremony ni..
Selepas tengok ceremony tu, kami pun bergerak la ke dalam the palace ni..perasaan aku takde la excited sangat sebab dah tahu selok belok dalam ni.. Haha.. tapi still menikmati suasana keindahan dan kesenian di sini.. sempat la snap beberapa picture... bila jalan dengan tour ni, pergerakkan nak bergambar dengan gaya yang pelik2 agak terbatas dan juga kekangan masa..
nasib dapat gambar macam ni.. last year tak dapat..
Nasib tak ramai sangat orang..
Berjalan sambil mendengar apa yang Ms Sunny tu terangkan, aku dengan wawa pun sempat la snap beberapa gambar.. Kiranya tak semua tempat dia bawa sebab masa tak panjang dan ada banyak destinasi lain..
suka snap gambar macam ni..
tempat paling best nak berehat.. hahaha..
Kami ni masuk ikut pintu utama tapi keluar ikut pintu belakang.. sebab van parking area sana.. sempat kami bergambar ramai2 berlatarbelakangkan Blue House.. gambar kenangan ni..
Selepas ni kami akan ke destinasi seterusnya... ke mana kita ni????
No comments:
Post a Comment