Ok... cerita kita hari ni ringkas jer sebab plan asal dah tergendala.. Sepatutnya hari ni kami ada sesi bersama Tour yang si wawa menang hadiah ground package tu tapi tak jadi.. sebab kami dapat salah information yang bus ambil kami tunggu kami kat depan hotel padahal yang kami dapat inform, kami kena tunggu bas kat depan hotel lain yang berdepan dengan hotel kami.. aduh.. pening dah kan kepala tu.. hehe...
kita sarapan dulu ye..
Memandangkan kami tak jadi tour dengan agent.. makanya kami ambil keputusan untuk membuat 1 pusingan round dengan tiket free dari KTO.. naik Seoul City Bus.. ingatakan nak meraound dulu tapi fikir2 balik, baik turun kat Namdaemun sebab sekali nak shopping barang.. kang nanti dah takde masa pula.. tinggal 3 hari je kat Seoul ni.
Aku ni first time naik Seoul City Bus ni, so, agak blur2 la die turunkan kami kat mana.. pastu mencari juga arah nak ke Namdaemun Market.. Dulu pergi naik metro subway, keluar exit station depan mata tu dah Namdaemun Market.. yang kali ni kena mencari.. turun naik bukit sampai lalu lorong belakang kedai kami terjah.. Hahaha.. semua itu pengalaman kan.. akhirnya jumpa juga.. rasanya masuk ikut gate 6 atau 8.. eh, tak ingat dah..
Aku la yang banyak shopping sebab membeli barangan kawan2 kirim.. mula2 tu kami survey2 harga kat kebanyakkan kedai.. lagipun si wawa ni pun first time ke sini.. bila dah buat seround, so, datang semula ke kedai yang bole dapat murah.. beli la barang2 macam cenderhati freeze magnet, memo megnet, sudu+chopstick besi, sudu + chopstick kayu, hanbok (kanak2) dan yang peting t-shirt "I LOVE KOREA".. tu t-shirt la yang aku banyak borong, maunya dekat 15 helai tau..
Sambil-sambil duk kira-kira duit dan barang yang nak dibeli, sempat la lepak kejap kat tepi bangunan mall Namdeamun tu.. pastu ternampak pula banner budak-budak 24 boy ni.. snap la sikit.. haha..
Sambil-sambil duk kira-kira duit dan barang yang nak dibeli, sempat la lepak kejap kat tepi bangunan mall Namdeamun tu.. pastu ternampak pula banner budak-budak 24 boy ni.. snap la sikit.. haha..
Dah jejalan dan borong apa yang perlu, lupa dah nak snap gambar kat Namdaemun ni.. padahal memang planning nak snap picture kat sini sebagai kenangan tempat paling best shopping.. bila dah shopping sampai tak ingat dunia, lupa sudah semua tu.. hehe.. yang sempat snap adalah gambar sudu jer.. tu pun bila dah balik semula ke hotel.. sebab nak berjalan lagi dan malas nak pegang setimbun barang.. so, lepas shopping balik semula ke hotel..
comel kan???
Lepas lepak sekejap kat hotel dan wawa dapat note dari agent tour.. kiteorang tunggu tour kat tempat yang dijanjikan tapi tak jumpa pun.. so, kami pun blah la kan.. rupa-rupanya agent tour tunggu ka,i kat lobi hotel..dah salah tempat.. bila wawa bincang2 dengan agent, kami pun buat keputusan tukar ke hari esok sebab balik hotel pun dah tengahari.. so, kami pun ambil keputusan keluar balik dan naik Seoul City Bus untukn jejalan-jalan..
Sempat nampak banner bo gum ni..
beberapa second je sempat rakam..
Selepas buat seround dengan Seoul City Bus ni, kami pun dah tahu la kat mana check point yang bus ni berhenti.. next time bole la naik dan guna service bus ni cuma time petang-petang tu bus penuh juga.. maklum la banyak pelancong asing seperti kami pun guna perkhidmatan ni.. so, rasanya dalam pukul 4 atau 5 petang dah sampai ke last destinasi.. kami pun turun dan planning seterusnya kami akan terjah ke Dongja Art Hall untuk mencari my oppa INFINITE... Hahaha.. tak dapat pergi Infinite Fansign sbb event tu tertutup tapi kami try juga untuk terjah ke hall tu.. untung nasib dapat la jumpa kan depan2..
Mulanya macam blur tau nak masuk hotel tu sebab hotel besar kan.. asalnya kami stay kat luar, area kereta keluar masuk parking tapi kat luar sejuk.. so, si wawa ni pun ajak masuk dalam sebab nak pergi Starbucks cafe kat lobi hotel.. Dari situ aku tahu dah dia nak buat kerja giler.. haha.. kekonon tanya kat reception mana Art Hall.. sekali gadis kat kaunter pun bagitahu la.. kami pun dengan muka tak bersalah turun la ke bawah sebab hall tu memang kat tingkah bawah.. jejalan sekali nampak la 1 banner yang ada poster Infinite Fansign.. perasaan aku masa tu memang gementar giler.. dan harapan punya la tinggi nak jumpa dieorang ni..
Tunggu punya tunggu.. tak nampak-nampak bayang oppa ni.. so, kami memang menunggu kat area hall dan berdepan dengan toilet.. Kebetulan si wawa ni nak ke toilet dan aku memang stay je la kat luar sebab takde feeling nak ke sana.. sekali tengah syok main hp, BOMB!! Nampak Sunggyu nak ke toilet.. mulanya aku macam blur kejap.. Muka macam gyu je tu... HAHAHA.. nampak tak sengalnya aku ni.. terus aku bisik kat wa yang kebetulan baru berdiri kat sebelah aku.. aku apa lagi stand by la hp nak take video bila dia keluar toilet.. Masa tu memang nak menjerit juga sebab serius dekat giler nampak gyu.. tapi jerit dalam hati la sebab kang nanti kena halau dgn security... Hahaha
So, kat bawah ni la buktinya aku sempat rakam.. walaupun hanya beberapa saat.. Masa tu memang rasa nak menangis dan gelak pada masa yang sama sebab jumpa gyu kat depan toilet beb.. Haha..
Tenungan matanya tu menggoda beb..Mulanya macam blur tau nak masuk hotel tu sebab hotel besar kan.. asalnya kami stay kat luar, area kereta keluar masuk parking tapi kat luar sejuk.. so, si wawa ni pun ajak masuk dalam sebab nak pergi Starbucks cafe kat lobi hotel.. Dari situ aku tahu dah dia nak buat kerja giler.. haha.. kekonon tanya kat reception mana Art Hall.. sekali gadis kat kaunter pun bagitahu la.. kami pun dengan muka tak bersalah turun la ke bawah sebab hall tu memang kat tingkah bawah.. jejalan sekali nampak la 1 banner yang ada poster Infinite Fansign.. perasaan aku masa tu memang gementar giler.. dan harapan punya la tinggi nak jumpa dieorang ni..
Tunggu punya tunggu.. tak nampak-nampak bayang oppa ni.. so, kami memang menunggu kat area hall dan berdepan dengan toilet.. Kebetulan si wawa ni nak ke toilet dan aku memang stay je la kat luar sebab takde feeling nak ke sana.. sekali tengah syok main hp, BOMB!! Nampak Sunggyu nak ke toilet.. mulanya aku macam blur kejap.. Muka macam gyu je tu... HAHAHA.. nampak tak sengalnya aku ni.. terus aku bisik kat wa yang kebetulan baru berdiri kat sebelah aku.. aku apa lagi stand by la hp nak take video bila dia keluar toilet.. Masa tu memang nak menjerit juga sebab serius dekat giler nampak gyu.. tapi jerit dalam hati la sebab kang nanti kena halau dgn security... Hahaha
So, kat bawah ni la buktinya aku sempat rakam.. walaupun hanya beberapa saat.. Masa tu memang rasa nak menangis dan gelak pada masa yang sama sebab jumpa gyu kat depan toilet beb.. Haha..
Kami selepas tu pergi la ke area depan.. sebab kat situ ramai inspirit yang menunggu.. kami syak la maybe infinite akan lalu situ.. tunggu punya tunggu tak muncul-muncul. pastu tengok juga la perangai fans ni kejar mengejar turun naik tangga bergerak sekitar situ.. Agak kecewa juga la sebab kami salah tempat.. TT... lama juga kami menunggu tapi rasanya event dah mula dan dieorg mesti lalu jalan lain.. so, kami pun ambil keputusan balik hotel sebab masa tu aku dah rasa lain.. faham2 je la wahai wanita.. so, bila rasa dah tak selesa, aku cakap dengan wawa.. takpe la kita balik la sebab aku pun dah mula sengugut.. so, rasa macam kecewa sikit dan happy...
Esok ada tour, so kena la balik awal.. hehe.. Mood happy sebab jumpa gyu... OMG!!!! Macam tak bole tido lena je malam tu..
No comments:
Post a Comment