Ok.. Lepas check in kat Ramada Hotel, kami lepak2 kejap kat hostel.. kasi ambil feel katil dengan bantal tu.. hahaha.. lepas tu kami terus ke Gangnam.. Bukan nak cari oppa Gangnam style ok.. tapi nak pergi ke Kakao Friends Store & Ryan Cafe.. memandangkan Ryan ni sangat popular di Korea, dah semestinya kami akan terjah... ala.. ambil2 gambar jer.. nak beli barangan official, haih.. memang tak mampu la.. mahai nak.. sekadar mampu tengok2 je.. Hehehe
si big giant.. si Ryan dan his friends..
Kakao Friends Store ni yang aku tahu area Gangnam tapi sekarang dah banyak branch.. Macam Line Friends Store tu la.. Lagi 1, baru2 ni baru buka Museum Kakao Friends ni kat Seoul tau.. Aigo... time aku dah balik, time tu la banyak benda yang best2 dan trending nak muncul.. sadis la macam ni.. Kakao ni ada 3 level.. 1st level ada jual barangan macam stationery dan botol air dan juga Ryan yang besar2..
together happy with Muzi & Con..
2nd level pun ada jual barangan juga.. macam payung, t-shirt dan pelbagai barangan lain.. paling murah pun aku jumpa key chain span gambar Muzi.. haha..
Tobe sedih sebab kita pinjam kasut dia..
Hi awak yang comel tu..
bersama si apeach yang menggoda tu.. gedik naaa..
saje ye nak menjeling kat kita yang tengah date ni..
yang ni paling murah ok..
i pinjam earphone awak la..
3rd level pula ada cafe.. menjengah juga.. ingat nak ambil gambar kat sebelah si bear Ryan sekali dah ada orang duduk minum.. cis.. tak dapat i nak tunjuk pada hangpa semua.. kami tak beli apa2 pun, jejalan samping tengok2.. pastu ada la nampak si couple ni bawa bear Ryan yang agak besar.. maybe untuk gf dia la tu.. alahai untuknya awak.. Memang tak lama kat sini.. buat masa terbuang bila nak ambil gambar sebab kena beratur ye...
Lepas pergi ke Kakao Friends Store, kami singgah ke Innisfree sebab wawa ada nak beli barangan cosmetic dan sekali i terpandang 1 sudut untuk mencuba VR bersama Lee Min Ho.. apalagi si wawa ni kan peminat no 1 Lee Min Ho, of course la dia mencuba dulu and the baru i try.. ingatkan tak try sebab take time lebih kurang 7 minit.. tapi bila dengar wawa cite tu macam best je.. apa lagi try la.. Serius best sangat!! Dah rasa macam ko memang dating dengan Lee Min Ho tu.. Siap ada part dengan degupan jantung dia depan mata... Haha.. Bila pakai VR ni memang dah rasa macam 4D la.. pastu seolah2 Lee Min Ho tarik tangan ko... berlari bersama dia.. Ish.. nak ulang semula bole tak?? Gatai.. aku ada bagi video ni tapi korang cuma bole nampak reaksi aku je la..
Lepas dah penat bermain dekat Innisfree, kami cadang terus balik hotel.. memandangkan dah penat sebab berjalan jauh hari ni dengan usungan luggage tu kan.. dan kami perlu mencari exit yang terdekat untuk kami sampai ke station subway kerana masa nak check in tu, dah salah keluar exit.. agak jauh juga nak ke hotel.. tahu yang ada exit terdekat tapi terlupa nak ingat jalan sebab exit terdekat tu kena lalu underground shopping mall... aish.. balik tu memang blur2 la kami.. aku terus blur.. lagi 1, kami turun kat station lain dan keluar ikut station lain.. sudah... kiranya keluar dari train subway nak ke exit berdekatan dengan hotel, ambil masa lama la nak berjalan.. tapi tu semua pengalaman.. tak pernah dirasa sebelum ni lalu kat underground shopping mall station..
sempat beli ni kat GS25.. memang dah target nak try Line punya air tu..
coffe uyu!! new flavour..
Malam tu kami lepak kat hotel je sambil tengok tv.. si wawa dah busy dengan oder dia.. esok lusa dah nak shopping barangan yg customer dia oder.. so, kita ok la kami balik awal.. aku yang kebosanan ni... last2 layan tv sambil online.. ok, see u tommorow..
No comments:
Post a Comment