Wednesday, December 7, 2016

Seoul -> Busan - Day 7 Ssamzie-gil Road, Insadong

Assalamualaikum..

Tada!!! Pagi ni dah tengok Seoul semula.. dengan agenda gila kami pun bersambung.. Hehe.. pagi ni aku tengok ramalan cuaca, memang hujan.. rencana tetap diteruskan.. memandangkan kebanyakkan aktiviti kami semuanya open... takde berbumbung, so, kami redha dan redah jer la.. sebab masa itu emas.. setiap detik di sini kena nikmati sebaik-baiknya..

Pagi ni kami ke SSamzie-gil Road, Insadong.. Insadong ni popular juga dikalangan pelancong sebab banyak kedai jual cendermata yang murah dan terbaik yang melambangkan Korea.. First time aku dengan wawa ke sini.. So, macam biasa di waktu hujan, kami la pasangan romantic bekongsi payung.. Hahaha

Nampak tak jalan basah.. lebat juga hujan ni..

Memandangkan hari ni hari ahad, so, ramai la orang bercuti ambil kesempatan untuk keluar walaupun dalam hujan... so, kami sampai jer sini, survey dulu harga cenderhati.. niat memang nak beli kat Namdaemun Market jer sebab aku tahu kat situ tempat paling murah nak beli cenderhati.. Jom kita tengok apa yang ada...

Pilih je nak yang mana.. harga kira murah juga..

cik wawa tengah busy survey harga tu..

Insadong banyak cenderhati yang unik sikit

aku pun survey cap tu juga..

new design but very expensive.. sehelai 10, 00 won..


nak je aku rembat 1 helai, tapi fikir bajet.. terus tak jadi.. hahaha

sangat berbaloi kalau beli yang ni..

ni pun ok.. sepapan 7,000 won

Ni untuk cop nama dalam hangul.. mahal wei.. usha juga masa kat sini..

Kami berjalan separuh jalan terus jumpa Ssamzie-gil Shopping Mall, so, kami pun terus masuk memandangkan hujan semakin lebat.. tapi tak mematahkan semangat kami nak selfie dalam hujan.. hahaha.. buat tak tahu je orang local pandang kami main hujan..


Muka happy dalam kesejukkan..

sampai sini dah.. landmark utama di Insadong..

Di sini pun harus ambil selfie juga naa..

Kami terus masuk ke Mall.. nak buat tour dan lepak kat cafe sekejap sementara menunggu hujan reda.. ikutkan hati nak jer selfie kat tengah2 mall tu tapi memandangkan hujan semakin lebat dan rasanya orang ramai berkumpul kat tempat berteduh, dan jangan menggatai nak buat perangai tak senonoh, makanya aku pun membatalkan niat tu.. hahaha..

Kalau tak hujan dah sah aku duduk bersila kat tengah2 tu..


Bila kami masuk mall ni, memang jangkaan kami betul la.. tempat ni menjadi tumpuang pelancong lebih2 lagi msia.. ramai juga warga senegara aku berada di sini.. memandang sambil tersenyum je aku... ada dari seusia kanak2 sehingga warga tua.. kebanyakkannya mengikut tour dari pemerhatian aku.. kami teruskan perjalanan melihat sekeliling mall sambil tangan snap beberapa keping gambar..

Selepas berjalan di bawah, kami terus ke tingkat atas sekali.. sebab dah target nak pergi POOP Cafe.. memandangkan tengah hujan di luar, better lepak situ untuk hangatkan badan dan sambil minum coffee.. macam best jer planning aku ni.. Hahaha.. 

Meh tengok apa yang ada di tingkat atas ni before kita lepak2 naaa.. masa ni hujan semakin reda.. tapi macam akan hujan lebat semula.. sementara tengah tak lebat, kami terus rebut peluang bergambar...



Kat Namsan Tower ada kunci love tapi kat sini ada button love..

pemandangan yang cantik bagi aku..

Kalau tak hujan, lama dah kat sini.. duk berpossing sakan nanti.. sebab tu agaknya hujan semakin lebat, tak bagi kami lama2 kat sini la tu.. ok, next destinasi....

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law