Selepas melepak lama kat Poop Cafe lelama, aku pun bergerak ke Cheongyecheon Stream.. Ingat nak bergambar kat tepi sungai tu sekali laluan ditutup disebabkan hujan yang lebat.. So, dapat ambil gambar dari atas jambatan jer la dengan hujan yang lebat plus angin yang agak kuat juga.. hehe.. hari ni kami kerjanya meredah hujan je..
derasnya air di situ..
Bila hati sudah kecewa tak dapat turun, kami pun singgah ke K-Style Hub.. tak jauh pun.. seberang situ je.. kami singgah nak berteduh, plus nak claim hadiah aku plus nak try hanbok kat sini sebab free selama 1 jam.. so, apa lagi, memandangkan kami pun dah kesejukkan, kami pun pantas la bergerak ke sana.. masuk dalam ni free je ok... kat K-Style Hub ni ada surau dan mostly memang pelancong datang untuk mendapatkan informasi, berehat, mengenali dan mendapatkan pengalaman belajar budaya korea termasuk pengalaman membuat makanan tradisional korea..
di mana2 sahaja, ada muka dia... ok..fine..
Kami terus ke level 2F (Tourist Information Center) .. kat level ni ada kaunter informasi yang bole berbahasa english, korea, chinese dan japan. Kemudahan utama kat level ni selain kaunter informasi, ada juga zon pemasaran perubatan pelancongan, surau, zon merasai Virtual Reality, zon kemudahan dan pengalaman Hallyu (K-STAR ZONE), dan lain-lain.
Standee Bing Bang!!!
Pusing2 kat level ni dan jumpa 1 tempat untuk kami bermain.. Haha.. maksud aku, Hallyu Zone la.. rasanya dekat sejam juga terperuk kat zone ni.. yelah menunggu giliran untuk bergambar dan bermain hologram semua ni.. dan nak pastikan gambar sempurna gitu.. biar nampak macam real.. hahaha..
With Big Bang!!!
Walaupun tak real tapi buat2 real jer..
Kat sini ada 3 zone untuk hologram.. korang bole pilih nak mencuba yang mana.. dan aku semestinya ambil Big Bang walaupun bukan peminat sangat.. Asalkan dalam gambar nak real, dah kira ok.. tak dapat jumpa the real person tapi setakat hologram pun ok kan.. agak lama juga kami kat zone ni.. Hahaha..
Ni bole nampak macam real kan..
Kat K-Style Hub ni pun korang bole sewa atau try hanbok.. bole bergambar juga tapi kena beratur la dan menunggu.. actually kami dah letak nama kat situ dapi terpaksa cancel sebab kena tunggu lagi 1 jam.. dah la kat luar hujan, nak menunggu kat sini, memang rasa macam buang masa.. so, kami keluar ke tempat lain.. maybe next time bole mencuba lagi.. kesian juga kat wawa sebab tak sempat nak bergambar pakai hanbok.. misi yang ni tak tercapai... sob..sob.. so, kami pun ambil keputusan keluar untuk ke tempat lain... ke mana kita lepas ni???
Macam Mana nak ke K-Style Hub:
Metro subway: Jonggak Station, Exit 5 @
Euljiro 1(il)-ga Station, Exit 2 @
Gwanghwamun Station, Exit 5
Macam Mana nak ke Cheongyecheon Stream:
Gwanghwamun Station, Exit 5
No comments:
Post a Comment