Monday, December 19, 2016

Seoul -> Busan - Day 8 The Munmyo Shrine

Assalamualaikum..

Destinasi kami ke tempat yang tak pernah orang nak view.. ni merupakan cadangan aku sebab tempat ni free dan viewnya merupakan bekas peninggalan sejarah lama Korea Selatan. tempatnya juga berdekatan dengan Sungkyunkwan University.. Dah tentu la area Univ yang aku pergi.. Hahaha.. cuci mata sekejap.. aku suka sebenarnya dengan rekaan bangunan lama korea ni walaupun hakikatnya lebih kurang sama je seni bina dengan tempat sejarah lama korea yang lain..

The Munmyo Shrine ni merupakan tempat bekas peninggalan kuil khususnya untuk Confucius, ulama besar dan pengikut2nya yang lain. Pada masa lalu, ia juga dikenali dengan nama Munseonwangmyo. Semasa dinasti Joseon, bangunan ni telah digunakan sebagai institusi pendidikan.
 

Ni la pemandangan pertama aku..

Tempat ni mula dibina pada tahun 1398 iaitu pada tahun ke-7 pemerintahan Raja Taejo. Raja Taejo merupakan raja pertama Disnasti Joseon yang memerintah pada tahun 1392-1398. Lamakan bangunan ni terbina dan dijaga baik.. Tak sia2 aku sampai sini..dapat juga ilmu pengetahuan sejarah..

ni mungkin tempat perpustakaan..

Poko Ginkgo di hadapan Myeongnyundang..

Di depan Myeongnyundang terdapat beberapa pokok iaitu pokok ginkgo ditetapkan sebagai Monumen Semula Jadi.


Reka bentuk tempat ni sangat jelas dan mudah. Kebanyakannya telah dibina semula pada tahun 1606. Selama bertahun-tahun ia telah dibina semula dan dibaiki banyak kali. Dengan penambaikan terakhir yang berlaku pada tahun 1869 semasa pemerintahan King Gojong.


Nak bagi input lebih tapi aku sendiri pun macam blur juga nak terangkan.. Hahaha.. korang bole la google nama tempat ni kalau nak tahu sejarah lebih lanjut..


suka warna2 ni..



Tempat ni dibahagikan 2 kawasan.. takde la besar mana pun.. sekejap je korang pusing2 dah siap.. tempat ni sesuai untuk korang nak bergambar dengan latarbelakang tradisional korea.. nak pakai hanbok pun bole.. sebab tempat ni tak ramai orang tau..


aku rasa ni tempat bilik darjah kot..

aku pantang dengan tempat macam ni..

kat pintu pun nak selfie..

seni bina yang masih utuh dengan budaya tersendiri

berhati2 la dengan pintu lama  ni ye..


belakang tu gereja ok.. 

tengok... suka lagi dengan seni bina dan warnanya..


pengantin pun ada ambil kat sini.. 

fikirkan bila nak ambil Master kat Sungkyunkwan University



Dah settle ambil beberapa gambar dengan suasana yang nyaman, kami pun keluar dan ambil gambar kat batu yang tertulis "Sungkyunkwan University".. bajet nak sambung master kat sini.. Hahaha.. *berangan je lebih...*

Pergi daftar sana!!!

Pengcahayan terlebih pula.. hehe..

Pendapat aklu tempat ni ok kalau korang yang suka tengok dan ambil gambar bangunan tradisional la.. dan tak nak bersesak dengan orang yang ramai.. TAPI!! Ada tapinya tu... tempat ni akan ramai time season Spring (Cherry Blossom) dan kemuncak Autumn.. Aku dah usha kat IG, memang cantik tempat ni untuk 2 season tu.. dan rata2nya yang ramai adalah student... Ok.. dah bole repeat lagi ke sini next year ok.. Misi ke korea lagi la ni nampaknya... Hahaha..

Macam mana nak ke The Munmyo Shrine:
Metro subway : Hyehwa Station, Exit 4.
Walk towards Sungkyunkwan University. (15min)

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law