Friday, September 15, 2017

Seoul -> Busan - Day 11 Cheongwadae Sarangchae, Ginseng HQ & Lunch

Assalamualaikum...

Lama dah entry ni tersimpan dalam draf.. Sibuk sampaikan takde masa nak menaip.. padahal hampir setahun  lebih juga story ni tergendala.. Ntah la sejak beberapa tahun ni mood nak berblog ni semakin tipis senipis kulit bawang kot.. Ok la tak nak cerita panjang, meh cik tuan tanah sambung cerita trip travel ke Korea ye..
Hari ke 11 ni kan dalam tour bersama agent.. kami di bawa ke Cheongwadae Sarangchae.. Kiranya tempat ni dalam kawasan palace juga.. seni bina palace lama dan kini dijadikan tempat tarikan pelancong.. aku lupa dah apa yang diterangkan oleh guide tu.. tapi yang seingat aku la di sini hanya ada 1 je rumah istana lama peninggalan yang masih dikekalkan bumbung berwarna biru.. 

Kawasan ni tak la sebesar mana.. sekejap je dah bole tawan lagi sekejap bila berjalan dengan tour.. kalau berjalan sendiri maunya berjam-jam dalam ni.. duk bergambar macam-macam gaya.. Hehehe


sempat selfie macam ni jer..


aku dengan tembok memang tak dapat dipisahkan..


Lepas tour dalam ni kami dibawa ke Ginseng HQ.. Dekat Ginseng HQ ni tak dibenarkan bergambar ataupun mengambil sebarang gambar.. disebabkan itu memang la takde apa nak story.. tapi bestnya kat sini kalau korang kaki minum minuman herba.. rata-rata yang ada ramai pelancong China, Hong Kong, Taiwan & Jepun sebab mereka ni memang lebih sukakan herba tradisional.. Memandangkan aku ni tak gemar benda-benda macam ni, so aku tengok2 je la sambil mendengar beberapa input.. Ada juga sale girl tu bagi minum air dengan sebiji ubat ni.. tapi aku ambil yang minuman.. untuk merasa kang tak minum cakap tak baik pula kan.. orang dah offer free.. 

Ni nama agent tour kami..

Lepas melawat Ginseng HQ, kami dibawa untuk makan tenghari.. Actually masa pagi untuk taklimat tu, agent tour ni sudah sedia maklum yang kami(aku & wawa) tak makan daging dan ayam.. menu pilihan takde lain selain bibimbap.. Awal-awal aku bagitahu yang restaurants ni memang NON HALAL.. so, kami bersangka baik la yang bagi servis tu takde la unsur-unsur HARAM.. kalau nak tunggu was-was maunya kami kelaparan nanti.. Ok, aku tak ingat nama kedai.. pastu lupa nak snap gambar luar kedai.. sempat snap dalam kedai sebab ada poster drama "Secret Garden".. Hehehe


Ni bibimbap kami.. dalam tu just sayur+telur+nasi je

Meh kita main gaul2..

So far, sedap tau bibimbap ni.. ni kalau ada daging lagi bertambah selera.. Hahaha.. Kami makan ramai tapi lepas makan nanti ada beberapa orang akan keluar group sebab mereka hanya menempah half day sahaja dengan agent tour ni.. kami pula sampai ke petang.. End of day la katakan.. Ok.. meh la kita ke entry seterusnya...

1 comment:

myRah said...

salam akak nak tanya :) kalau pergi music bank , kalau duduk luar takmsuk dalam venue pon kena ada tiket ke ?

© . | Blogger Template by Enny Law