Tuesday, May 25, 2010

Dilema

Assalamualaikum.... 

Pernahkan anda semua merasakan perasaan DILEMA? Sejak dua menjak ni, perasaan tue telah menerjah dalam diri aku secara tiba-tiba.. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak berapa nak baik akan berlaku.. Cuma aku tak pasti sama ada tekaan aku nie benar ataupun tidak.. 

Mesti korang semua nak mengetahui ape dilema yang aku alami kan?? Aku telah menjalinkan perhubungan persahabatan atau berkawan dengan seseorang sejak beberapa bulan yang lalu.. Semasa tempoh pengenalan dengan die, bagi aku itu suatu kenangan yang indah sebab aku tak pernah menjangkakan yang aku akan berkawan dengan dia... 

Dia pernah memberikan sesuatu kejutan dalam diri aku kerna tidak pernah sama sekali orang lain yang membuatnya.. Aku amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerna telah menemukan aku dengan dia.. Walaupun sebagai seorang kawan yang tidak serapat serta semesra dia dengan orang lain.... Aku akui yang aku tidak banyak membantu dia sebagai seorang kawan.. Ini disebabkan aku baru berkenalan dan baru ingin mengenali dia dengan lebih dekat.. Tetapi aku tidak faham kenapa semua ini berlaku? Seolah-olah dia ingin mengelak dan menjauhkan dirinya dariku.. 

Walaupun aku tidak pernah memahami dirinya tetapi mungkin ini akhirnya.. Pengenalan yang singkat, persahabatan yang indah, perjumpaan yang sekejap di tempat yang tidak disangka akan berjumpa... Semua itu akan aku simpan sebagai memori indah... Sekarang nie pun aku masih tergelak kerna mengingatkan kembali saat-saat aku terjumpa dengan dia.. Aku ingatkan hanya sekadar ingin menegur dengan cara senyuman tetapi tidak disangka dengan "teguran" aku memberikan reaksi dan respon yang positif.. Terima kasih kawanku kerana sudi menegur aku dengan cara yang begitu baik walaupun aku tahu yang kamu tidak pernah berbuat demikian kepada orang-orang yang kamu tidak mengenali dengan rapat.. Terima kasih sekali lagi..

Sekarang... Aku sudah faham... Walaupun dia tidak memberikan kata-kata ataupun apa-apa perkataan tetapi melalui tingkah laku dia, aku dah boleh memahaminya.. Mungkin aku tidak sebaik mana, mungkin aku tidak berfikiran matang, mungkin aku ada kalanya menjadi menyebok untuk mengenali kamu dengan lebih dekat, mungkin aku tidak pandai berkata-kata, mungkin aku tidak mudah untuk memahami diri kamu, mungkin aku...................... Tetapi ini lah kekurang diri aku.. 

Baiklah.. Aku sebenarnya tidak mahu mengakhiri perhubungan sebagai seorang kawan dengan dia tetapi caranya membuatkan aku dalam dilema serta was-was... Disini, aku berharap agar perhubungan aku dengan dia tidak akan berakhir disini atau dengan kata lain, terputus begitu sahaja.. Semoga apa yang aku luahkan ini, dapat memberi sedikit ketenangan kepada diri aku.. Bukan untuk mengaibkan dia.. Tidak terlintas dihati dan fikiran untuk meburuk-burukan dia.. Bagiku dia adalah seorang kawan yang baik, banyak membantu aku dalam sesuatu perkara.. Cuma kadang kala dia agak poyo, sengal dan ada juga nakalnya... =)  Semoga persahabatan aku dengan dia akan berkekalan selama-lamanya... Itulah harapan aku..

2 comments:

iekabean said...

Siapakah dia?? ieka kenal ker?

sweet gurl said...

Errr... Emmmm... Rahsia....hehehe

© . | Blogger Template by Enny Law