Friday, September 28, 2012

Adakah dia???

Assalammualaikum....
Pagi-pagi buta dah nak up entri.. Apa kes ni cik tuan tanah??? Ntah la.. tetiba teringat kat someone yang terjumpa secara tak sengaja... Hehehe.. Tu yang membuatkan saya tidak boleh tido... Siapakah??? Siapakah gerangan orangnya??? Huhuhuhu...

Nak rahsiakan tapi macam tak best pulak sebab tak dapat meluahkan apa yang terbuku di hati ni.. Cewah.. ayat dah mula la tu nak berbunga-bunga... Hehe... Saya terjumpa dia di dalam satu majlis ilmu juga la.. Dia nampak comel tau dengan kemeja putih biru tu.. dah bersongkok.. sangat memukau pandangan mata saya pada masa tu.. Tapi sayang lidah kelu seribu bahasa untuk bertegur.. 

Nak dijadikan cerita pendek, saya terjumpa muka tak berapa nak buku la kat laman sesawang ni.. Terus plus dia sebagai rakan di alam maya ni.. Walaupun tak kenal antara satu sama lain tapi kami dalam komuniti dan persatuan yang sama... Cuma............... nak tutup muka kejap bole tak???? *bukan malu tapi sadis kejap*............. saya dapat tahu dia dah berpunya... T___________T....
Bukan suami or tunangan orang tapi gf jer pun... Bila-bila masa boleh putus... Cis!!! Ada niat sangat jahat ni.... 

Korang nak tahu ke 'dia' tu siapa???? Jap yer....




Maaf yer gambar tak boleh jelas... nanti kantoi saya suka tengok muka dia yang comel tu...

*Jadi secret admired dia jer la jawabnya......Adios...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law