Saturday, September 29, 2012

Tata Hias Part 2

Assalamualaikum... Hai semua!!!!

Sejak beberapa hari ni saya macam bersemangat jer nak up entri banyak-banyak... Kiranya ia berita gembira la pada si follower kerana tak menyesal menfollow blog saya.. hahaha.. *sila mendermakan pelempang pada cik tuan tanah ni yang suka sangat berperasaan dia glamour*.... Ok... Sedang mereka asyik membicarakan tentang Belanjawan 2013, saya pun sudah memenuhkan diri sendiri dengan info2 terkini yang sememangnya semua rakyat Malaysia sudah tahu... Eh! Bukan bermaksud saya tak ambil tahu langsung, saya tahu point yang penting la sebab dah penuh kat muka buku dan si tweet bercerita ditambah lagi informasi ditv.. walaupun saya tak melihatnya secara live di skrin tv petang tadi, bukan bermakna saya tak tahu apa2 ok... Cuba la test... Hehehe.. *kang dieorang test kau, menggelabah nanti cik tuan tanah ni*.. Ok....

SKIP....................

Nampak tak tajuk yang terbaik di atas tadi??? Sebenarnya sebelum ni kan saya pernah bercerita pasal rumah idaman dan tata hias kediaman saya suatu hari nanti... Berharapkan ianya akan menjadi kenyataan yer.. Nak dijadikan short story ---------------> Senang asyik saya sibuk duduk bersenang lenang macam bujang senang kat office, mata saya sempat la menjeling ke arah satu majalah wanita ni.. Keluaran terbaru bulan 10 rasanya.. Majalah tu kepunyaan Kak Lala yang telah menjadi ibu kepada 2 orang anak yer.. Dah tak payah nak soal siasat saya dia dah kahwin ke belum.. Saya pun menyelak dengan penuh lemah lembut bagi membazirkan waktu yang sangat terluang tanpa memikirkan kerja di atas meja.. Duk sibuk menyelak, ada la 1 artikel ni yang menceritakan tata hias kediaman berkonsepkan "Gaya Inggeris".... Saya suka!!! Saya suka!!!! Tu dia gambar akan dikeluarkan sebenar lagi... bersabar yer...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah penat skroll kr bawah la tu... Yelah, dah tak nak main2 lagi..

Sempat lagi pen tu menemani saya



Mungkin ada sesetengah pendapat mengatakan gaya konsep ni agak merimaskan mata sebab terlalu banyak motif bunga di setiap sudut.. Tapi bagi saya, kita kena pandai gunakan konsep 'mix and macth' juga.. Sekurang-kurangya konsep inggeris tak lari dan pemandangan rumah menjadi sejuk mata memandang.. Tak gitu... Pemilik rumah ni pun mengatakan begitu.. Macam yang korang tengok kat picure tu, pemilik rumah ini bijak mix and macth kan perabot jati dengan  perabot yang dihiasi dengan corak bunga.. Ada juga dari sumber lain yang menyatakan gaya inggeris ni menyerlahkan imej kewanitaan.. Yelah, semuanya bermotifkan bunga dan benda2 yang comel2 belaka.... 

Zaman sekarang sudah banyak kedai-kedai yang menjual perabot gaya ni dengan harga yang berpatutan.. Rumah itu umpama syurga bagi sesebuah keluarga.. Oleh itu, memang haruslah kita mereka gaya tersendiri bagi keselesaan rumah kita, keluarga kita dan masyarakat.. Kepada yang sedang berangan-angan nak mencari gaya rumah baru, kena la study dulu supaya apa yang anda hajati akan terlaksana seperti yang dirancang... 

Alamak!! Dah berceramah pulak saya ni.. Hehehe... Sebagai panduan juga tu untuk masa hadapan... Adios....

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law