Tuesday, October 9, 2012

Percubaan Yang Memberangsangkan

Assalamualaikum....


Halooooooooo!!! Bertemu lagi kita di dalam sebuah cerita blogger yang agar merundum khidmat penulisannya semenjak 3, 4 bulan yang lalu.. Kini, cik tuan tanah itu bermula dengan susah payahnya untuk menambahkan entri yang dapat menambat semula hati para pengikutnya di alam maya. Hehehe.. Ini kisah bermula apabila cik tuan tanah mula risau akan persiapannya untuk berada di dalam majlis bersejarah dan membahagiakan beliau sendiri..

Dah mula la tu saya nak merepek akibat dah lama tak makan kerepek.. *Ada kene mengena ke??* Sila la memberikan sedikit pelempang kepada saya untuk disedarkan diri seketika... Dengan itu, maka tercetus la idea yang sangat kreatif dari kepal otak yang sedang berserabut ni.. Terima kasih yer readers sebab dah bagi satu kesedaran pada cik tuan tanah... Hehehe..

Percubaan yang dimaksudkan adalah saya mencuba untuk menambahkan dan mengasahkan ketajaman otak saya dengan kreatif dan inovasi yang saya cuba sampaikan.. *entah berapa banyak cuba la*...  Dengan menjimatkan bajet untuk majlis tu, saya kena la belajar menjadi kreatif.. *kreatif lagi**.. blurrrrrrr... Ni la, saya terus terang tak beli pun kasut baru untuk majlis tu, so ambil kasut lama yang dah ditinggalkan akibat malas nak menyarungkan kaki, menjadikan ianya nampak lebih cun la beb... Hehehe.. 

Sebelum ni kasut tu takde mata silver.. ianya kosong... kosong... jer..


Ianya akan menjadi seperti di bawah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAAAAAAAAAAA!!!!


Pandangan lebih dekat....

Kreatif tak kepala otak saya ni??? Hahahaha... Kenapa warnanya tak memberangsangkan dan nampak lebih terang??? Sebab dalam majlis tu, kena warna gelap sikit agar tak melebihi orang-orang kenamaan.. Huhuhu.. Bersederhanaan itu kan lebih baik... Hehehe... Mana saya dapat idea sebegini??? Of couse la otak yang tengah beserabut akan mendatangkan hasil yang lumayan.. *Ceh! Perasan je cik tuan tanah ni kan???*... Ni la sebabnya saya dapat idea inovasi seperti kasut tu.. Mutiara tu saya tampalkan guna gam uhu, TAPI diINGATKAN cuba la gam tembak.. Gam uhu tak kuat sebab mudah tanggal apabila anda lasak sedikit.. Ini hanya percubaan saya dan ianya membantu saya ketika dalam majlis tersebut.. Hehehe.. Design itu kreativiti sendiri la... Yang saya buat simple sangat dan mudah ikuti..
CUN KAN???
News paper bulan lepas kalau atak silap saya.. Ternampak memang glamour bangat la kasut tu, yang biasa2 menjadi LUAR BIASA... Dengan itu, saya menjadikan ianya sebagai bidang terjun dek kerana nak berjimat.. Mutiara-mutiara tu pun tak sampai RM10 bergantung kepada corak yang diidamkan la.. Saya buat simple jer sebab digunakan ketika dalam majlis agak formal.. 

Kasut yang kosong hanya ditambah bunga jer di tepi, sudah nampak elegan kan??

Kesimpulannya, kita haruslah bijak dalam menjimatkan duit.. Hahaha... Kreatif dalam mencari suatu yang baru.. Tak salah menjadikan sumber sebagai rujukan dan kita mencipta suatu yang baru hasil idea kita.. Walaupun kasut saya tak semegah kasut tinggi hampir 5 inci kot, tapi saya berpuas hati.. Ianya bertahan juga walaupun hampir 4, 5 biji mutiara tu tertanggal dan tertinggal di dalam dewan... Masih mampu meninggalkan jejak di UUM, korang mampu???? Hahaha... Apa-apa pun selamat mencuba la kepada sesiapa yang ingin mencuba... Adios.......

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law