Showing posts with label UUM. Show all posts
Showing posts with label UUM. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Majlis Konvokesyen ke 25 UUM

Assalamualaikum......


Wah... Lama dah tak berupdate blog ni kan... Tak tahu la dah berhabuk tahap apa ntah.. Ni nak cerita pun dah macam cerita basi tahap gaban tapi memandangkan peristiwa ni merupakan peristiwa besar dalam sejarah hidup saya, maka dengan lafaz 'aku membukanya'... Saya pun meneruskan penulisan yang tak seberapa ni.. 


Tahun lepas, tanggal 7 Oktober 2012, Bertempat Dewan Mu'azam Shah, UUM.. Saya dengan rasminya telah menjadi graduan berijazah yang diiktiraf oleh Malaysia.. Alhamdulilah... Sepanjang 4 tahun bergelumbang dengan pelbagai agenda, akhirnya berjaya juga melunaskan impian ibu bapa saya walaupun keputusan saya takde la secemerlang graduan lain.. *Tu namanya belajar main-main walaupun dah ke menara gading*... Hehehe.. 

Kad Undangan kepada Ibu Bapa

Masa dalam dewan tu, agak sebak sikit la bila ada part muzik yang menggambarkan ibu bapa di dewan... Serius, saya pun hampir menitiskan air mata... Air mata kegembiraan sebab dapat berbakti kepada ibu bapa dengan memegang segulung ijazah... Dah la, tak nak story pasal sedih ni... Kini kita beralih ke cerita luar pulak ok... Tapi sebelum itu, korang kena tatap dulu gambar-gambar di bawah.. 


Tuesday, October 9, 2012

Percubaan Yang Memberangsangkan

Assalamualaikum....


Halooooooooo!!! Bertemu lagi kita di dalam sebuah cerita blogger yang agar merundum khidmat penulisannya semenjak 3, 4 bulan yang lalu.. Kini, cik tuan tanah itu bermula dengan susah payahnya untuk menambahkan entri yang dapat menambat semula hati para pengikutnya di alam maya. Hehehe.. Ini kisah bermula apabila cik tuan tanah mula risau akan persiapannya untuk berada di dalam majlis bersejarah dan membahagiakan beliau sendiri..

Dah mula la tu saya nak merepek akibat dah lama tak makan kerepek.. *Ada kene mengena ke??* Sila la memberikan sedikit pelempang kepada saya untuk disedarkan diri seketika... Dengan itu, maka tercetus la idea yang sangat kreatif dari kepal otak yang sedang berserabut ni.. Terima kasih yer readers sebab dah bagi satu kesedaran pada cik tuan tanah... Hehehe..

Percubaan yang dimaksudkan adalah saya mencuba untuk menambahkan dan mengasahkan ketajaman otak saya dengan kreatif dan inovasi yang saya cuba sampaikan.. *entah berapa banyak cuba la*...  Dengan menjimatkan bajet untuk majlis tu, saya kena la belajar menjadi kreatif.. *kreatif lagi**.. blurrrrrrr... Ni la, saya terus terang tak beli pun kasut baru untuk majlis tu, so ambil kasut lama yang dah ditinggalkan akibat malas nak menyarungkan kaki, menjadikan ianya nampak lebih cun la beb... Hehehe.. 

Sebelum ni kasut tu takde mata silver.. ianya kosong... kosong... jer..

Friday, March 30, 2012

Malam Dinner

Assalamualaikum... Halo!! Halo!!

Saya sedar yang sudah lama saya tak mengupdate segala cerita di sini.. Huhu... Dah la sekarang ni sedang menjalani praktikal, so ape bole buat selain usha jer blog ni dari jauh... Hehehe.. Dah lame nak kongsikan story yang dah takde suam-suam kuku lagi.. Rasanya dah tahap lemau dan tepau.. Cerita ni berkisahkan GRAND DINNER.. Eh, bukan grand dinner macam kat tempat korang.. Ala event kecik-kecik jer der.. Sekadar nak melepaskan penutupan program business challenge.. Takkan korang dah lupe?? Mesti lupe kan... Yelah entri tahun bian la katakan... Huhuhu...

Perkongsian kemeriah yang tak seberapa best tapi bab makanannya memang terbaik... SAYA SUKA!! SAYA SUKA!! (ada nampak macam mei mei yang kawan upin ipin tak??)... Hehehe.. Korang tatap la gambar yang sempat dishoot pada malam kejadian.. Nanti pandai-pandai la korang buat kesimpulannya yer..



Terus terang saya katakan yang kumpalan saya iaitu ekspressure mendapat tempat ke 5 jer.. Tempat yang terakhir.. Saya tak malu sebab sekurang-kurang dapat juga seorang ahli RM50.00... Pengalaman yang ditimba pun cun juga.. Praktikalkan apa yang dipelajari dalam kelas ke bidang niaga sendiri walaupun tak sampai 2 minggu... Kiranya tempat last tu dapat RM500.00 untuk 1 kumpulan.. Ok kan??

Tuesday, December 20, 2011

Hadiah Last Sem

Assalamualaikum...

Motif?????

Saya dapat hadiah dari kawan-kawan saya.... Alhamdulilah, rezeki lebih la tu.. Ni baru sikit tak termasuk yang dah makan... Hahaha... Fungsinya untuk buat anda semua jeles.. Sila..sila.. yang mana tak jelez tu, buat2 jelez la.. Hehehe..

Terima kasih banyak2 kepada ain dan fadil.. Ain bagi button, love and cenderhati petak.. handmade tau... limited addition ok... Huhuhu.. Ibu kura-kura dan anak tu, Fadil bagi sebab masa dia bercuti ke Pulau Tioman... Saya punya la menggedik mintak dengan muka tak tahu malu kan... Hehehe.. Tomey kan.. Hehehe.. Adios...

Dating.....

Assalamualaikum.. 

Pagi-pagi buta ni dengan semangat yang jitu lagi unggul, saya meneruskan idea untuk up lagi entri... Hahaha.. Walaupun mata dah mengantuk, jari jemari yang lemah lembut menekan huruf tetap bersemangat waja ni... Al-kisah... Maka tersebut la kisah.. Sang puteri bersama-sama si pemaisuri telah berangkat ke cool blog... Hahaha...

Korang mesti dah pelik kan tetiba datang si pemaisuri yang turun dari kayangan mana ntah... Hehe.. Sebenarnya, petang semalam saya bersama AINI telah berdate... seperti biasa, kami hanya berdua ditemani kawan aini.. Aini tak dapat mai masa gathering ari tu, so die pun sedih lalu saya memujuknya dengan date with me... Apa lagi, si puteri aini pun happy kembali dan bersetuju.. Pada asalnya kami plan jumpa hari jumaat tapi terpaksa di tunda ke hari sabtu, tunda ke hari ahad (saya date dgn 'insan istimewa') dan akhirnya menjadi juga di petang isnin yang cuacanya mendung sambil di belai dengan angin-angin sempoi bahasa... Hehehe..


Amanah yang sudah selesai

Assalamualaikum... 

Hai semua readers... Eh, ada lagi ke yg mau follow my blog ni???? hehehe... Lame dah tak up entri... Seperti biasa, alasan biasa.. Ok, malas nak cite alasan biasa saya tu... Nak membebel panjang-panjang tapi kan saya rasa penat la hari ni walaupun cuma 2 kelas je pagi tadi (oppss!! semalam).... Huhuhu.. Ok, sila terus ke title ye tuan tanah...

Amanah??? Tanggungjawab??? Kepercayaan??? Ape ke hal semua ni??? Nape saya meninggalkan perkataan tu dengan tanda tanya?? Adakah saya yang ditanya??? Ok!! Saya pun dah ting tong, nak masuk dalam bantal la.. Hahaha.. Sebenarnya, saya telah diberi mandat  oleh YM Syeikh Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi  dan Tuan penyelia, Mohamad Faiz sebagai Pembantu Tenaga Pengajar Percubaan Silat Cekak Ustaz Hanafi di dalam kelas UUM.. Alhamdulilah, segala amanah dan tanggungjawab tersebut telah saya laksanakan dengan sebaik-baiknya.. Diharapkan apa yang saya berikan dan kongsikan dapat digunakan oleh ahli-ahli yang lain.. 


Thursday, December 1, 2011

Sintokkian's bloggers ------> Gathring!!!!

Assalamualaikum......... Halooo!!! Halooo!!! Semua......

Wah lame saya dah tak up entri baru... student life memang macam ni... Busy memanjang.. tapi entah ape yang disibukkan pun, saya tak pasti... Hahaha.. 


Pergh!!!!!!!!!!! Tanggal 29/11/2011... Saya seronok sangat sebab dapat join gathring blogger... First time der saya terlibat dengan projek besar ni... Besar la sangat... hehe.. Mesti korang pelik kan nama "Sintokkian's" tu??? Tu sebenarnya nama tempat saya belajar, Sintok, UUM.. So, nak komersialkan menjadi "Sintokkian's Bloggers"..  Tempatnya kat Coolblog, uum.. Biasa la , kami lebih suka kan perjumpaan yang santai.. Relax je dengan dieorang semua ni.. Best!!!!

Firstly, saya tak kenal mereka2 yang mai ni, sekadar kenal and bermesra dalam mukabuku je... tapi ada la 2 orang yang dah kenal awal sebab sem lepas sempat buat perjumpaan Sintokkian's ni kecik2 je.. Hehehe.. Mereka berdua adalah admin group kami.. Tabik spring la kat dieorang ni.. Terima kasih tak terhingga kat nizam sebab menjadi penganjur yang berjaya.. Walaupun hanya 18 orang tetapi saya tetap berbangga dengan kerja anda.. Huhuhu..

Semasa sesi memperkenalkan diri

Sunday, October 23, 2011

FASA 3

Assalamualaikum.... Hai semua..
Wah... Hari ni saya bersemangat pulak nak mengupdate blog kesayangan ni kan.. Yang ni punye citer agak terbaru juga.... Last week punye... Hehe.. Kepada readers yang dah baca SINI dan SINUN... Baru la korang semua akan faham kenapa title ni berfasa-fasa segala alam.. 

Ganas tak pic ni??? Hahaha

Alhamdulilah... Saya berjaya melalui ketiga-tiga fasa ni dengan tenang dan sabar, walaupun cabaran yang ditempuhi pun boleh tahan berat juga... Hehehe.. Fasa 3 ni hanya membuat laporan dan mempersembahankannya di hadapan para juri yang bijaksana... Hehehe.. Proses membuat laporan tu takde la memakan masa yang lama.. kami diberi selama 9 hari untuk menyiapkannya.. Dan pada hari terakhir program iaitu 19/10/2011, kami telah berkumpul di CeDi.. Laporan dihantar awal pada 17/10/2011.. Pada 19hb tu, kena present la readers sayang... Hehehe.. Segala macam perasaan ada pada diri saya.. Nasib baik la group saya kena present yg ke 3.. Kat tengah2... Takde la risau sangat.. Sampaikan kawan sekumpulan cakap muka saya, macam takde perasaan je... Hahaha... Saya cover cool la beb..  Meh jengah pic group kami present.. Muka saya takde sebab masa turn saya, saya tak reti duduk diam.. Last2 kawan saya rakam part tu.. Hehehe


Fasa 2

Assalamualaikum... 

Saya datang kembali untuk berkhidmat kepada blog kesayangan ni.. Hehehe.. Blog kesayangan la sangat kan sampaikan sanggup menduakan blog ni... Hahaha... Jeng.. Jeng... Kalau readers nak tahu, ce carik 1 lagi blog saya tu.. Tapi blog tu tak berapa nak hyperaktif sebab dia masih baby lagi... Hahaha.. Terus tajuk kesinambungan entri yang lepas.. Sila klik SINI.... 

Fasa 2 ni merupakan cabaran the best la untuk program ni.. Kami kena berniaga or dengan kata manja, menjual di Pesta Konvo UUM yang ke 24.. Pergh!!!! Saya tak takut, tak gementar dengan berniaga ni sebab dah pernah buat TAPI yang membuat saya naik bulu segala bulu roma adalah berniaga produk KESIHATAN.. Sebelum fasa 2 bermula, kami pergi taklimat pemilihan produk bersama usahawan-usahawan yang terlibat.. Punya la bertuah, president group kami mencabut undi produk kesihatan.. PRODUK KESIHATAN WA CAKAP SAMA LU DER.. Pergh!!!! Group kami dah risau semacam je tapi mula relax je.. Nak cover tu dari cepat melatah, bak kata wartawan gossip artis ni... Hehehe...

Nak tahu tak produk kesihatan macam mana???? Ok, nama perniagaan je dah buat saya berasa ape punye perniagaan ni... Classsic betul namanya..  Perniagaan Qurba Sdn Bhd... Anda pernah mendengarnya???? First time tahu pasal produk kesihatan ni.. Lepas menginterview usahawan berjaya tu, balik bilik terus saya study produk dan latar belakang company ni.. Kalau korang nak tahu, Jom terjah kat QURBA SDN BHD.. Malas nak citer panjang2.. 

Produk yang terdapat di gerai kami

Tuesday, October 18, 2011

FASA 1

Assalamualaikum semua...

Wah.... Lama betuk saya tak update entri... Hehehe.. Busy la katakan.. Ni pun curi masa study untuk update blog kesayangan yang dah bersesawang penuh habuk ntah apa2 dari mana2 ntah... Hehe... Terus ke story yang saya nak mory ni...

21-23/9/2011 yang lepas, saya join program Cabaran Rakan Niaga Keusahawanan.. Or lebih glamour dengan panggilan manja "Business Challenge".. Hehe... Program ni buat di Tasoh Lake Resort and Retreat, Perlis.. Program ni sebenarnya ada 3 fasa tau... Pergh!!! Penat kot nak tunggu sampai fasa 3, tapi disebabkan diri saya ni suka kan cabaran dan ingin menjadi usahawan, segala program nak join.. 

Dalam Fasa 1 ni, kami diberikan bengkel selama 3 hari 2 malam.. macam-macam aktiviti yang saya tempuhi.. Kebanyakkan aktivinya adalah aktiviti lasak yang memerlukan daya tahan fizikal yang sangat tinggi.. Walaupun saya tak berapa nak tinggi... Huhuhu.. Aktiviti sebegini memang tak sah kalau tak dipecahkan kepada beberapa kumpulan.. Nasib badan tak baik.. Choi!!! Saya tak dapat 1 group dengan my best friends... Terpaksa la terkontang kanting keseorang dalam aktiviti kumpulan... Akhirnya saya kena nyatakan yang kumpulan saya pun BEST!!!! Hidup EKSPERESSURE!!!! Huhuhu... Apa la aktiviti yang saya asyik sebut-sebut tu kan??? Meh terjah ke roll di bawah.... 

Merangkak ala baby yang masih tak pandai berjalan....

Penjualan robot... Mai beli.... 2 RM 1... 

Wednesday, May 4, 2011

Jamuan SCUH UUM

Assalamualaikum

Mood : Sedang mencari-cari mood untuk study.. "Fuh!! Ku seru semangat untuk aku study for final exam hingga hujung bulan 5 ni.. Mai la wahai semangat study..." Tetiba je saya nak menyeru semangat yang semakin pudar lepas pulang ke kampung halaman 5 hari yang lepas.. Hehehe.. Tu la batak sangat nak balik kampung, sampaikan lupa diri nak final exam.. Sila move dari merepek dan jampi serapah ye cik tuan tanah... 

Tanggal 27/4 yang lepas, iaitu selepas saya bersama-sama my BFF menjalankan aktiviti datang dan pergi, petangnya pula saya ada jamuan SCUH UUM.. Dah menutup tirai kelas silat saya untuk sem ni.. Best bila dah masuk peringkat tamat ni.. Macam-macam ilmu yang saya dapat.. Tu belum cerita pasal majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu..Jom view picture kat bawah ni dulu.. Nanti saya sambung cerita lagi ye.. Eh! Bukan bersambung esok, tapi sat lagi je..

Tuesday, May 3, 2011

Muncul Kembali

Assalamualaikum..


Pergh!!!!! Dah lama der saya tak update blog ni.. Diri blog saya dah tak hairan dengan ketiadaan entri baru.. Dia dah lali dengan tabiat saya ni.. Alasan yang biasa diguna pakai oleh saya ialah sibuk + malas = idea kering... Hehehe.. Seperti biasa, story morry memang banyak nak dikongsikan, dari cerita awal bulan 4 until menutup tirai bulan 4 juga.. "Ce citer.. Ce citer", bak kata Ucop Wilca (mesti aku salah eja)., bantai je la, bukan masuk exam pon.. Hehe

Kedatangan bulan 4, menjadikan kehidupan negara saya tonggang terbalik, huru hara tak serta merta ditambah sedikit garam tugasan.. Tugasan tu jangan ditanya berapa banyak, tetapi harus ditanya kenapa saya tak sempat nak update blog.. hahaha.. First story pasal Drama Spanish yang saya sertai, saya hanya watak sampingan sebagai nenek kepada Si Budak Merah a.k.a Caparucita Roha.. Ala cite budak merah yang nak dimakan oleh serigala jahat tu.. Sila ingat kembali ye adik-adik.. 

 Nenek Tua..

Friday, April 8, 2011

Grooming Workshop

Assalamualaikum..

Mood : HAPPY & BAHAGIA

Ok.. Mood tu tahun bian punye... Hahaha... Last month la jawapannya.. Kenapa baru sekarang saya nak postkan entri ni???? Tell me WHY!!!! Relax... Relax der.. Alasan yang menjadi tunggak hidup saya ialah sibuk dengan assgmnt, latihan drama, quiz, dan macam-macam aktiviti lain la.. Kiranya kehidupan saya sejak dua tiga empat menjak ni agak kelam kabut sikit... Ye ye ye je cik su ni kan??? Hehehe.. Bak kata orang zaman sekarang "Student Life"... Sila move ye cik su...

Last month tarikh keramat yang telah dipilih oleh saya ialah 29.03.2011.. Macam nak pilih tarikh kahwin pulak.. Hehehe.. Why this date????? WHY?? Persoalan demi persoalan timbul di kepala readers saya.. Jangan perah banyak sangat santan di kepala anda semua.. Ianya tidak akan ditanya di dalam final exam ok.. Baiklah, saya pon tak nak la membuang masa lagi, saya telah menghadiri Grooming Workshop talk by Heliza Helmi dan Hafiz Hamidun.. I tell you, mereka berdua ni memang best la bagi talk... Biasa la artis gitu.. cewah.. Hehe.. 

Tak payah dikenalkan lagi.. Hehehe



Heliza membicarakan tentang personaliti dan interview.. Talk dia lebih ke arah membina keyakinan diri di dalam personaliti serta sebelum dan semasa interview.. Banyak input dan tips yang saya dapat daripada talk dia.. Antaranya ialah 4 persediaan sebelum pergi interview (membuat penyelidikan tentang company yang hendak pergi interview, kenal pasti lokasi interview, kemaskan penampilan diri dan cara berpakaian untuk pergi interview).. Selain itu, ada juga Heliza memberitahu cara yang sesuai dan baik ketika kita menjawab soalan yang diberikan oleh penemu duga tersebut.. Kata-kata hikmat dari Heliza yang telah menjadi pegangan dia selama ini ialah 'Jika kita ingin mencapai kecermelangan, kita mesti mencari peluang dalam setiap kerumitan bukan mencari kerumitan dalam setiap peluang'..


Talk Abang Hafiz pulak ke arah 3K (kewangan, Komunikasi dan Kebersihan).. Talk Hafiz ni sempoi dan lebih santai.. Isu kebersihan just sentuh sikit je.. Isu yang menjadi fokus utama ialah kewangan.. Bagaimana mengurus kewangan, aset yang biasa dibeli oleh fresh graduan (kereta), lepas tu cerita pasal cara nak loan duit dari bank untuk membeli kereta atau rumah.. Ynag menarik masa talk Hafiz ni, ada seorang student yang dalam hidup die, memang tak terfikir untuk membeli kereta.. Wah.. "Memang tak pernah saya jumpa" kata Abang Hafiz.. Komunikasi pulak seperti biasa English mesti ok dan mahir.. Skill juga penting.. Apa-apa pon, nyanyian Abang Hafiz "Enjit enjit semut" .. Memang TERBAIK la.. Hehehe.. 


Dan peristiwa yang THE BEST bagi part saya ialah senyuman Abang Hafiz kat saya.. Cewah.. Memang terpikat dan terpesona seketika.. Saya kan suka dengan lesung pipit mahal Abang Hafiz tu.. Hehehe.. Kebetulan masa dia nak keluar dewan, as usual ramai la gadis-gadis yang ingin bergambar.. Port yang dia berhenti adalah di DEPAN saya.. Ya Allah.. Bahagianya masa tu.. Betul-betul depan mata.. Walau sesibuk mana pon gadis berebut nak bergambar dengan dia, saya still maintain duduk kat kerusi depan dia sambil menatap mata, lesung pipit, senyuman dan muka Abang Hafiz..  :) Masa tu jantung saya dup.. dap.. dup.. dap... 






Selepas habis grooming tu, ada program Beramah Mesra bersama dieorang berdua ni kat Dpp Sime Darby.. Saya tak pergi pun, sebab masa tu hujan lebat dan dpp tu jauh dari dpp saya.. Sayang kan.. apa-apa pun saya jumpa juga gambar tersebut kat fb salah seorang kawan di friends list fb saya.. Hehehe


Di luar airport..


Sweet kan dieorang berdua ni..

Akhirnya.. Saya memang gembira dengan program ni.. Gambar ni semua saya ambik di fb Hidayah, kalau tak silap saya la.. Jangan marah ye.. sebab masa tu saya tak sempat nak gembar pun.. Sadis jap la.. T________T..

Monday, March 21, 2011

Kehilangan Title

Assalamualaikum..


Entri kali ni memang langsung dah takde idea nak bagi tajuk apa.. Mybe sebab kepala merangkap otak saya dah tersekat sikit dengan pembentukkan ayat assgmnt kot.. Huhu.. Ditambah pulak dengan tak tahu nak story mory apa untuk entri kali ni tapi tangan laju je menaip apa je yang terlintas difikiran... Hehe.. Jangan marah ye readers ku...

Pagi tadi saya punye kelas cuma ada 1 je sebab kelas lagi 1 tu BATAL.. Dengan semangat waja dan berjalan riang gembira nak pi daftar pratikum/pratikal.. Nasib baik time saya dan kawan-kawan saya sampai, dah tak ramai student.. Ok, pilihan tempat pratikum saya di Johor Bharu dan Batu Pahat.. Saya dah malas nak keluar jauh-jauh tapi ianya belum tentu lagi saya dapat dalam negeri Johor.. Harap-harap dapat la kat Johor.. Dah penat nak merantau jauh-jauh, tu belum fikir lagi kang kalau jodoh dapat orang luar negeri, macam mana pulak nak handle kan??? Huhu.. Nama pon daftar, tak sampai 5 minit dah siap..

Saya S.A.Y.A.N.G UUM

Monday, March 14, 2011

Time Study... Tetiba.....

Assalamualaikum...


Bukan ke beberapa hari yang lepas, cik Su tak nak update blog or blog walking sebab B.U.S.Y??? Pelik la sebab entri ni boleh terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang sekatan dari mana-mana pihak yang terlibat... Hahaha... Ntah kenapa tetiba je terasa nak buat semua tu... May be tension kot sebab bila stdy dalam kelas asyik main-main je... Terutamanya subjek yang bakal saya duduki mid sem exam.. Kalau dalam kelas, fokus pada apa yang lecture ajar adalah 15 minit je.. Kalau lagi hebat or hyper aktif 45 minit boleh fokus habis macam fokus 360 darjah... Hahaha... 

Ni tengah duk atas kerusi sambil study benda alah ni la... Tetiba tengok blog, rasa tangan ni gatai nak update.. Ditambah dengan tadi petang, tak boleh tido dan snap la 1 picture.. Lepas editing, tu yang tetiba teruja nak masuk dalam blog.. Fuh!! Penat menunggu picture ni masuk dalam mukabuku.. Ntah bila akan masuk, tu saya tak pasti... Sila la terjah di facebook saya... Hehe

Cincin???? *ada something tu*

Lepas ni saya MAYBE tak berblog seperti selalu... *Ayat dah merepek*.. Adios

Sunday, March 13, 2011

Mid Exam di Bulan Sibuk

Assalamualaikum...

Readers ape khabar??? Hehehe.. Ni update ringkas je.. Minggu ni and next week, saya betul-betul busy dengan mid exam dan assgmnt.. Tu belum kira lagi pasal event mangement yang nak diuruskan dan oral spanish... Fuh!!! Bole tension juga dibuatnya... Biasa la kata korang Campus Life.. Hehehe..



Tengok je la senarai homework/assgmnt, mid term exam dan aktiviti lain... Belum termasuk hal remeh temeh seperti meeting ntah apa-apa program... Hehehe...  Tarikh keramat dan bulan kritikal betul la..

Teddy tu buah tangan dr Genting tau... 
Thank You Very Much To NADIA...

Akibat kesibukan melanda bulan mac ni, saya pon terpaksa mengurangkan BW dan mengudapte segala cerita... Kalau nak update pon, mesti masa tu dah stress gileer dengan campus life.. So, masuk la zone alam maya dan blogging... hehehe... Adios...
© . | Blogger Template by Enny Law