Kini saya kembali lagi untuk menyerikan blog cik tuan tanah yang dah hampir hilang serinya.. Hehee.. Biasa la semenjak hilanganya internet di rumah, kini saya beralih arah kepada internet office.. Tapi bukan semudah yang disangka apabila kesibukkan di pejabat menjadikan terbantutnya niat murni untuk menambah cerita yang dah tak berapa nak panas ni..
Ok!! Berbalik kepada topik cerita ni.. korang rasa, korang tahu tak apa itu KEPAK?? Bukan kepak ayam, bukan kepak itik dan bukan kepak burung.. serius saya katakan ini kepak sangat diminati oleh semua orang.. Sebabnya????? Saya pun turut serta dalam KEPAK ni.. ok.. ok.. saya dah tak merapu lagi... KEPAK 2012 ni merupakan program Karnival Kerjaya Perniagaan Kemahiran a.k.a KEPAK yang dianjurkan bersama MARA.. Siapa yang tak kenal MARA tu, tak tahu la.. Hehehe..
Apa fungsi dan peranan saya dalam KEPAK ni??? Ok, baiklah.. saya ditugaskan oleh PMD Kluang untuk menjaga booth MARA.. Saya takde la nak serves sangat bab-bab menjaga booth ni sebab saya dah ada pengalaman berniaga di bazar dan karnival.. Cuma berbezanya, dulu saya berniaga dan menjual produk tapi kali ni saya memberi perkhidmatan mulut.. Kiranya memberi khidmat nasihat dan tempat orang ramai ingin tahu apa peranan MARA dalam membantu usahawan BUMIPUTERA SAHAJA ok.. Pengisian yang diberikan ialah dalam perniagaan, kerjaya, peluang pekerjaan dan pendidikan..
Di atas tu bukan gambar nak possing lebih-lebih atau control cun ke apa kan??? Cuma terasa perlukan gambar untuk menunjukkan saya bertugas di KEPAK sambil mempromosikan KEPAK dengan button yang besar tu... hehe.. Gambar di bawah ni pulak sepanjang bertugasnya saya dan rakan sepejuangan saya (budak praktikal a.k.a kawan sekos, seblok dan seuniversiti saya).. dan tak lupa juga bersama-sama staf MARA yang lain.. Terutamanya, PMD, PPMD dan PT....




