Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Shopping satu troli

Assalamualaikum...


Entri yang sepatutnye dipublishkan last week telah tergendala.... Hahaha... Kasian kamu... Last week (Tuesday) kami berlima telah menjalankan satu aktiviti yang kurang sihat untuk diamalkan sewaktu musim duit tengah membuat tarian dalam wallet.. Tak kisah la kalau korang nak pilih tarian jazz, tradisional, rock kapak, ballet dan sebagainya mengikut berapa banyak RM korang dalam wallet tu.. Hahaha.. Cik Su, sila move.... 

Kami telah melangkah pergi dengan jayanya ke C-Mart, Changlun, Kedah untuk membeli barangan dapur rumah persiapan untuk presentation Spanish kami... Sambil menyelam minum air, so, kami pun rela hati terjah mencari mangsa-mangsa bahan masakkan dan keperluan kami yang semakin darurat di bilik... Hehehe... 


Kalau korang semua ingat, selasa lepas kan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul,so ramai la yang turun padang ke C-Mart untuk berbelanja... Sampaikan nak ambik barang pun susah.. Belum cerita nak membayar barang-barang... Kalau anda hanya hendak membeli sebotol minuman, saya nasihatkan lebih baik beli di kedai runcit biasa... Sebabnya hanya kerana sebotol air, lebih kurang 20 minit kena tungggu giliran... Tu pun kalau orang depan anda tak banyak barang seperti kami...  Sebanyak mana barang kami???? Tadaaaa!!!!

Sila amati betul-betul, ada something di troli tu..
© . | Blogger Template by Enny Law