Sunday, October 23, 2011

Fasa 2

Assalamualaikum... 

Saya datang kembali untuk berkhidmat kepada blog kesayangan ni.. Hehehe.. Blog kesayangan la sangat kan sampaikan sanggup menduakan blog ni... Hahaha... Jeng.. Jeng... Kalau readers nak tahu, ce carik 1 lagi blog saya tu.. Tapi blog tu tak berapa nak hyperaktif sebab dia masih baby lagi... Hahaha.. Terus tajuk kesinambungan entri yang lepas.. Sila klik SINI.... 

Fasa 2 ni merupakan cabaran the best la untuk program ni.. Kami kena berniaga or dengan kata manja, menjual di Pesta Konvo UUM yang ke 24.. Pergh!!!! Saya tak takut, tak gementar dengan berniaga ni sebab dah pernah buat TAPI yang membuat saya naik bulu segala bulu roma adalah berniaga produk KESIHATAN.. Sebelum fasa 2 bermula, kami pergi taklimat pemilihan produk bersama usahawan-usahawan yang terlibat.. Punya la bertuah, president group kami mencabut undi produk kesihatan.. PRODUK KESIHATAN WA CAKAP SAMA LU DER.. Pergh!!!! Group kami dah risau semacam je tapi mula relax je.. Nak cover tu dari cepat melatah, bak kata wartawan gossip artis ni... Hehehe...

Nak tahu tak produk kesihatan macam mana???? Ok, nama perniagaan je dah buat saya berasa ape punye perniagaan ni... Classsic betul namanya..  Perniagaan Qurba Sdn Bhd... Anda pernah mendengarnya???? First time tahu pasal produk kesihatan ni.. Lepas menginterview usahawan berjaya tu, balik bilik terus saya study produk dan latar belakang company ni.. Kalau korang nak tahu, Jom terjah kat QURBA SDN BHD.. Malas nak citer panjang2.. 

Produk yang terdapat di gerai kami

Ni air Zafarran dan Khal Tamar... Sedap sangat.. hehe

Tu dia gerai kami....
Ni gerai jual bahulu panas dan kerepek pagoda..  Group lain.. 

Ni pulak gerai jual asesori laptop.. 

Ni la group paling happening... TN.. I LOVE U ALL... 

Ni group ni yang dapat gerai jual pakaian dan cenderahati UUM..

Tadaaaaaaa!!!!! Ni la Group EKSPRESSURE...

Sepanjang berniaga memang banyak cabaran dan pengalaman yang dapat saya kutip... Huhu.. Dengan kerenah pelanggan, dengan jadual harian yang begitu sibuk, dengan tak cukup tidonya, dengan kerenah rakan-rakan dan part yang paling best time malam kemuncak, last day tu.. Kami semua pakat2 hyperaktif berniaga... Nak habiskan stok la katakan... Akhirnya, tak habis juga... Tapi saya suka kopi ibnu sina... Sedap.. Saya je la yang pandai bancuh, kawan lain yang sama group tak pandai.. Asyik suruh saya je, katanya saya bancuh memang sedap.. Bukan banyak pelanggan rasa tapi kawan-kawan berniaga yag banyak minum... Hahaha... Dah la makan pagi, tengahari dan malam, semuanya CeDi tanggung.... Best woooo.. Jimat duit saya selama 10 hari tu... Adios semua... 

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law