Wednesday, January 13, 2016

Fans KPOP???? Yes!! I'm!! It's me... Part 2

Assalamualaikum.. Halooo..

Bersambung pula kita hari ni.. Yang part ni nak story pasal Infinite Merchandise jer.. Semenjak aku menggilai Infinite, pantang aku buka IG, mesti akan search barang kpop.. Hehehe.. Mula2 tu memang la teruja sangat sebab sebelum ni mana pernah ada hobi sebegini rupa.. Tapi  sekarang makin slow la sebab nak kumpul semula duit.. Nak pergi travel ke Korea semula.. Tu yang kena pandai berjimat..

First barang yang aku beli adalah pencil case dan t-shirt yang aku design sendiri.. Memandangkan masa tu masih kurang penjualan t-shirt infinite yang aku suka.. So, design sendiri dan minta supplier cetak.. Sila tengok gambar di bawah bagaimana rupanya baju tu..
Second barang aku beli calender, stokin, stiker dan paper stand.. Geram tengok dan usha kat IG, tu yang terus terpengaruh.. Hahaha.. Berpuas hati la dengan apa yang aku beli..stokin tu ada la juga pakai tapi time tidur.. Sayang nak pakai untuk berjalan, nanti cepat lusuh.. Huhu.. Pastu yang paper stand tu aku simpan jer, tak bole letak di meja, kang anak buah balik, habis semua barang tu dia main.. Barang pun made in Korea.. 
Third koleksi aku pula adalah hoddie yang special berlatarbelakangkan nama Sungyeol, botol air (2 botol, berbeza design), penutup lubang earphone (tak ingat nama english) dan beberapa keping photo card.. Hoddie tu aku pakai setiap hari pergi kerja sebab duduk office sejuk.. dan badan aku ni pun tak tahan sejuk.. Botol air pun selalu guna.. nak bagi semangat untuk diri ni banyakkan minum air masak.. Hahaha.. (aku memang tak suka minum air masak).. dan yang photo card tu aku pilih 8 jer untuk hias dalam bilik aku.. buat macam gantung2 gambar.. Saje deco2 bilik sendiri..
Sesi ke 4 pula aku beli t-shirt lagi dan lampu kecil.. T-shirt tu aku berkenan sebab koleksi logo Infinite dari mulanya dieorang debut hingga la come back yang dieorang keluar dengan lagu 'Back'.. aku rasa dalam hujung tahun 2014 or awal tahun 2015.. Lupa dah bila usia semakin meningkat ni.. Yang lampu tu pula, aku ingatkan besar la.. bole buat lampu meja sekali dapat.. Hampeh.. kecil jer dah macam gelas.. so, menjadi simpanan la jawabnya.. sebagai kenangan.. 
Sesi ke 5, aku beli album OGSR Infinite tu, beli la sekali sticker.. Tengok! Sticker again.. Yang kali ni stand sticker.. yang ni made in Korea ok.. Suka tengok sticker tu sebab ada muka comel2 7 budak ni... Hahahaha.. Cute sangat.. *datang dah gedik tu*... Sticker ni pun aku tak guna juga.. simpan buat koleksi.. sayang nak guna dan tak tahu nak guna dan tampal kat mana... Hehehe 
Bila dah ada album OGSR tu, apa lagi usha la benda lain.. Tup2 jumpa pula t-shirt OGSR tu.. Simple jer tapi tetiba datang 1 idea.. hahaha.. Apa idea?? Nanti tunggu penghujung entri.. Lepas tu terbeli pula jam yang ada logo Infinite (Dilemma 2015) dan sticker yang ada bentuk lips 7 orang budak tu.. Sticker aku memang sentiasa berlainan setiap kali aku beli.. Jam tu masih bole digunakan cuma kena tukar bateri.. Hehehe.. Yang sticker tu aku guna 1 jer.. Lips Sungyeol tampal kat belakang handphone.. 
Sesi ke 7 pula, aku beli electronic sign Sungyeol... Nak tampal kat belakang handphone.. Seolah2 sign real gitu.. beli 2 sticker sekali.. lepas guna yang 1 tu, terpatah time aku nak betulkan.. sadis tau.. so, kena la korbankan 1 lagi sticker... lagi pun memang dah tak jumpa sticker Infinite ni... Kalau EXO tu memang la berlambak..
Sesi ke 8, fuh.. semput nak menaip..Yang kali ni memang betul2 beli sticker habis2an... Last aku beli ok.. dan juga photocard.. ni pun last aku beli.. sebab dah terlalu banyak sampaikan aku bagi kepada kawan inspirit yang lain... Tak jual.. sedekah jer.. hahaha..
Sesi ke 9, kali ni usha beg pack pula dan mp3 design yang aku nak... Beg ni pun aku guna lagi cuma jarang2 jer.. sama juga mp3 tu.. Mahal kot beli.. letak picture yang aku nak pastu mp3 tu 4GB memori.. Masa mula2 nak guna memang blur sangat.. macam mana nak on.. nak cas, nak masukkan memori card.. sekali tanya supplier, rupa2nya cas macam handphone dan dah tersedia dalam tu memori card 4GB.. Just aku masukkan lagu jer melalui USB yang diberikan... Guna juga cuma jarang2 sebab bateri tak tahan lama.. dalam 4 jam jer bila guna terus menerus.... So far semuanya ok..

Sesi ke 10, mengumpul koleksi L pula.. Memandangkan ada budak yang nak jual buku L's Bravo Part 1, aku pun teruja la nak beli.. Sebab buku ni pun dah out of stock.. tak kisah la if dapat second hand.. Yang penting dalaman buku dalam keadaan yang baik... Even tak faham, sekurang2nya masih bole belajar mengeja.. Hahaha..
Bila dah ada Part 1, mesti la ada Part 2 kan.. Nasib baik ada orang jual ready stock lagi even buku L's Bravo ni dah out of stock di Korea.. Bole la tambah koleksi buku.. Buku ni takde poster tapi ada special buku nota siap ada gambar dieorang bertujuh dan ada poscard juga..
Sesi ke 12, T-shirt again.. Hahaha.. ni terpengaruh sebab comel jer fans art Sungyeol dan L tu.. Hahaha.. Majoriti t-shirt yang aku beli semuanya putih kan.. Hahaha.. Putih itu bersih lagi suci habak ang.. Forever support Lee Sung Yeol and Kim Myung Soo.. Saranghae!!!
Sesi ke 13, botol air juga ni.. Botol ni pun yang last aku beli.. lepas ni dah takde nak beli2 lagi.. suka botol ni sebab dapat beg kain sekali.. tu motif utama beli.. Hahaha.. dan yang pasti tertulis 'My Yeol Bootle'.. so, jangan sesiapa berani ambil.. senang aku nak tangkap siapa yang ambil botol aku ni.. 
Dan yang terakhir merchandise aku beli untuk Infinite adalah di Korea.. memang rambang mata la nak beli.. macam2 ada.. sampaikan aku rasa nak jer beli semua tapi memandangkan duit tak banyak, kena la batalkan niat dan beli apa yang patut.. ada juga barang kiriman inspirit lain.. kebanyakkan bukan official punya.. Just official ballpen dan memo pad... Tu pun ambil yang paling murah... Faham2 jer la bila barang official ni memang mahal..
Ballpen L(Offcial).. buy at Woollim Enter.
Calender untuk kawan.. tapi jelez juga tak beli sekali..
Ni aku punya.. Passport keeper..
Sticker tu untuk kawan.. aku ambil ballpeb jer..
Gold sticker ni wajib beli.. nak tampal belakang handphone..
Ballpen L untuk kawan, Ballpen Yeol untuk aku..
Sekali seumur hidup ni jer aku beli barang official.. Hehehe

Memandangkan aku ni kaki selfie juga, maka ada la beberapa keping gambar aku dengan barang menchandise aku ni ha... sajer nak tunjuk.. *ceh..riak dah tu....*.. Takde la nak menunjuk.. just nak share kebahagian sikit dengan kawan2 inspirit lain...
Kapal terbang tu memang tak tinggal..
Infinite saranghayeo..
nasib baik tak pakai baju Infinite.. kalau tak semua nak infinite..

Walking with Infinite spirit..
Baju dan album yang sama..
Ha!! Memandangkan tak faham, so buat buku ni untuk cepat mengantuk..


Ok.. rasanya dah sampai masanya aku out.. Banyak kan barang infinite ni.. sampaikan bila masuk dalam kotak pun tak muat.. tu belum lagi cerita poster setiap kali dapat album.. Part poster tu memang akan terkubur di kotak jer la.. takdenya aku nak tampal2 kat dinding.. Kan bernanah telinga dengar leteran mak tu.. Sedangkan aku minat kpop ni jer pun dah bising2.. Sabar jer la.. orang tua susah nak berfikiran terbuka sikit.. Buat selamber dek jer la ye.. Bye2..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law