Monday, January 31, 2011

HAQ.....

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia... Hanya entri ringkas je... Hehehe... Petang semalam pergi menonton wayang.. Agenda yang tidak diduga oleh saya.. Mentang-mentang la duit PTPTN dan masyukkkkk, pekena wayang setiket memang best... Hehehe.. Nak tahu wayang ape???? TADAA!!




Ni la filemnya... HAQ... Sudah berada dipanggung seluruh Malaysia bermula 27 januari lalu... Hehehe... Sinopsis???? Meh saya ceritakan... Filem Haq menceritakan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Filem ini berkisarkan tentang Haq {Lakonan Zul Huzaimy}, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) {Lakonan Ady Putra} yang merupakan seorang yang bijak dan adik angkatnya. Haq mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu boleh mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Tiba-tiba, satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang pesat. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar di luar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.

Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa terus berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina {Lakonan Raja Fara} ke Kuala Lumpur lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.



Di Kuala Lumpur, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra {Lakonan Nanu Baharudin} yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.





Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama-lamanya.




Ok... Pada saya, filem ni kurang menarik.. Aksi dan grafik memang bagus tapi kurang berkomunikasi dan hanya menunggu masa untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya... Nak tahu penghujungnya, sila la rajinkan diri ke panggung berdekatan dengan anda... Apabila kuasa digenggam, ke mana arah hati manusia?  Adios....

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law