Sunday, January 23, 2011

Perkahwinan Pihak Perempuan Fasa 2

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia dan Salam walimaturus dari pihak pengantin.. Cewah.... Perkahwinan pihak perempuan fasa 1 sudah ke udara.. Kini, fasa 2 sedang berkumandang di blog ni.. 

Keesokkan petangnya, saya masih lagi menjalankan tanggungjawab serta tugasan yang harus dilakukan dengan sebaik mungkin... Kerja apa lagi, menjadi jurufoto bagi majlis berikutnya.. Tanggal 16hb januari 2011, abang saya pun melangsungkan persandingan yang disaksikan ramai orang... Pelbagai dugaan yang harus abang saya tempuhi sebelum sampai ke 'ISTERI' yang baru dinikahinya malam 15hb januari 2011... Sila view gambar di bawah yang menunjukkan bukti kukuh terdapat 3 tol yang harus diberikan rasuah... Tol pertama, siap berbesen-besen.. Tol kedua, menghalang pintu masuk rumah pengantin.. Tol ketiga pulak, mak andam pun nak disuap juga... Tak cukup lagi ke dengan bayaran yang diberikan??? Huhuhu


Kini tiba masanya sesi bergambar sambil merenjis air tepung tawa... Kali ni saya dah tak mahu merenjis-renjis lagi... Lagipun sekejap je sebab pengatin baru harus ke kamar untuk bersalin pakaian yang lagi mantap.... Hehe


Pelbagai gaya muka yang dilakukan... Hehe

Antara hantaran pihak perempuan ke pihak lelaki.. Serba serbi keemasan

Makan beradab pula..

Masa makan beradab ni, mulanye saya bersama adik-beradik yang lain tidak dapat penempatan.. Sebabnya, kami dahulukan mak ayah serta jiran tertangga yang mengiringi abang saya... Tak lama kemudian, tuan rumah tak sampai hati, bagi la kami tempat duduk.. Walaupun makan tak berapa nak selesa tapi disebabkan dah lapar, kami bantai je semuanya... Hahaha...

Banyak tak saya makan????

Dia ni pun nak juga...

Dasyat tak??

Upacara seterusnya adalah memotong kek... Semasa menunggu abang dan kakak ipar saya bertukar persalinana lip lap mereka, sempat la saya snap gambar anak sedara kakak ipar saya yang sedang bermain perang-perang di atas pelamin... Sampaikan salah satu kerusi raja sehari tumpang ke bumi... Tapi sayangnya saya tak sempat nak snap kerusi diraja tu tumpas... Sayang seribu kali sayang... 

Baru nak isytiharkan peperangan..

Peperang!!!!!!!!!!!!!

Potong kek dan suap menyuap...

Sebelum pulang, harus bergambar dahulu...

Selepas itu, kami pun pulang ke rumah.. Tahniah abang saya (Kamsani Saat) & Kakak ipar saya (Salizza Sarimin).. Doa adikmu, semoga berbahagia ke akhir hayat dan cepat-cepat dapat anak.. Nak tambahkan pengumpulan anak sedara yang ke 3 ni... Huhu... Adios..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law