Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Kahwin lagi

Assalamualaikum...


Buenas tardes everyone.. !Hola!.. Dalam kesibukkan saya sedang melatih diri untuk bercakap dalam bahasa spanish, tetiba diri terpanggil untuk menaip entri.. sebelum ni dah banyak entri pasal kahwin, kali ni pun sama... Wink...wink.. Tak sempat nak masukkan cerita yang ni dalam entri lain.. Nanti tak syok.. 

Tanggal 5/2 yang lepas, saya sememangnya sibuk dengan agenda tersendiri terutamanya agenda majlis kahwin abang saya.. Tapi tak dilupakan kawan saya, Juliza Jum or nama kampung glamour dia, manja, telah melangsungkan perkahwinan.. Majlis dia saya dapat pergi walaupun sekejap je.. Dah petang pulak tu saya datang, time dia tengah wat agenda memotong kek.. Saya ingatkan tak sempat nak salam and jumpa face to face dengan dia, tapi alhamdulillah.. Dapat juga bersalam dengan dia.. Kata orang nak ambik berkat pengantin.. Hahaha.. Saya pergi pun bersama mak and abah saya.. Takde kawan yang nak diajak, so bawak la sekali mak abah.. nampak sikit yang saya ni anak manja.. Haha.. 


Suap ju, jangan tak suap.. Romantika betul..

Tahniah ya ju, walaupun saya takde bagi apa-apa hadiah kecuali menyumbang sedikit wang, tapi saya sentiasa doakan kebahagiaan rumahtangga ang berkekalan ke akhir hayat.. Cepat-cepat dapat anak tau.. Hehehe... Bile pulak turn aku ea???? 
Tiada motif...

Dah.. dah.. nak pi sambung hafal skrip.. Pakar pemakanan akan menjelma tidak lama lagi.. Adios...

Perkahwinan Pihak Lelaki

Assalamualaikum..


Salam 1 Malaysia my readers.. Entri sebelum ni ada cerita pasal abang saya kahwin kan?? Sila baca DI SINI dan DI SINUN untuk keterangan lebih lanjut.. Setelah merehatkan diri selama 1 hari di rumah, saya pun mula la menyebuk kan diri dengan segala persiapan perkahwinan abang saya.. Kali ni bertempat di rumah mak ayah saya.. Majlisnya ringkas je.. Cuma sibuk mempacking segala berkat untuk para tetamu dan mengemas rumah serta merewang makanan.. Tang merewang makanan yang saya suka.. Makan!!

Pagi jumaat, 4/2, mak andam dah mai rumah, menyiapkan pelamin.. Ada cerita kelakar kat sini.. Kan abang long saya dulu kawin simple je.. Wat kenduri biasa je.. Takde pelamin segala.. Tup.. Tup.. Mak saya kalau bole, nak tengok abang long dan kak ipar saya sanding sekali... Hahaha.. Tergelak saya dibuatnya.. Apa lagi, abang long saya pun berkata 'TIDAK'.. Dia mana suka bab-bab bersanding ni.. So, musnah la harapan mak saya.. Abang long saya pun dah berkahwin hampir 12 tahun kot.. Tetiba suruh bersanding pulak.. Lawak betul la.. Hehehe..



Sabtu malam ahad, mak saya hanya buat majlis berzanzi je.. Al-maklum la, rumah pengatin lelaki takde la semeriah rumah pengantin perempuan.. Alhamdulialh, semua berjalan lancar.. Sampaikan saya takde keje nak dibuat..Tapi tugas say pada ketika itu, hanya bagi cenderhati kepada tetamu.. Tak sempat la nak snap gambar sebab duduk dalam bilik je... Hahaha..

Takde keje.. Bilik akak pun dah jadi stor..

Perkahwinan Armin & Yani

Assalamualaikum...

Morning semua... Wah....Sudah lama rasanya tak update blog dengan isu-isu semasa kehidupan saya... Sadis seketika... Hehe.. Minta maaf ye, kadang kala kesibukkan melanda diri, ditambahkan pulak dengan kekeringan susunan ayat sampaikan banyak entri yang tertinggal dan tak diedit lagi... Huhu... Ok, su kena move sekarang sebelum mengarut lebih lama lagi.. Push!!

29/01/2011 yang lalu, kawan sekampung+ 1 sekolah rendah+ 1 sekolah menengah  dari form 1 until form 6, dia KAHWIN! Alhamdulillah... Dah lepas kawan saya seorang ni.. Saya tak dapat pergi ke majlis tu.. Maaf ye yani.. Kebetulan ptptn tak masuk, tiket saya dah beli 1hb 2, so, kiranya membazir la kalau saya beli tiket lain kan?? Memang rasa macam kecewa juga la, sebab kawan yang dah lama kenal, bila dia kawin, saya pulak tak datang... Sadis lagi la.. Tapi kawan baik yani, merangkap kawan saya juga ada di sana.. At least dapat juga la saya melihat foto-foto dia kawin.. Sila skroll ke bawah..


Elly dan yani (best friend ni)

Dan husband dia pulak kawan kami juga.. Umur sebaya la katakan.. Husband dia dulu-dulu time kanak-kanak rebina (sekolah rendah), suka sangat mengejek nama bapak orang.. Ish, memang nakal la.. Tapi itu semua dulu kan armin??? Hehe.. Muka ang sama je mcm kanak-kanak dulu, tak berubah pun.. Macam takde seri la masa nak kawin... Huhu.. Saya bercanda je, jangan marah la pengatin baru.. 


Malam berinai.. Pasangan yang memang padan

Sunday, January 23, 2011

Perkahwinan Pihak Perempuan Fasa 2

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia dan Salam walimaturus dari pihak pengantin.. Cewah.... Perkahwinan pihak perempuan fasa 1 sudah ke udara.. Kini, fasa 2 sedang berkumandang di blog ni.. 

Keesokkan petangnya, saya masih lagi menjalankan tanggungjawab serta tugasan yang harus dilakukan dengan sebaik mungkin... Kerja apa lagi, menjadi jurufoto bagi majlis berikutnya.. Tanggal 16hb januari 2011, abang saya pun melangsungkan persandingan yang disaksikan ramai orang... Pelbagai dugaan yang harus abang saya tempuhi sebelum sampai ke 'ISTERI' yang baru dinikahinya malam 15hb januari 2011... Sila view gambar di bawah yang menunjukkan bukti kukuh terdapat 3 tol yang harus diberikan rasuah... Tol pertama, siap berbesen-besen.. Tol kedua, menghalang pintu masuk rumah pengantin.. Tol ketiga pulak, mak andam pun nak disuap juga... Tak cukup lagi ke dengan bayaran yang diberikan??? Huhuhu


Perkahwinan Pihak Perempuan Fasa 1

Assalamualaikum.. 


Selepas aktiviti saya menjadi seorang guru sambilan selama 3 hari.. Cewah... Berbangga kejap la.. Sila link  INI untuk mengetahui apa maksud 'seorang guru' saya... Huhuhu.. Kini saya bertukar jabatan lain, menjadi pembantu kepada seorang wedding planner.. Fuh!! Kerja nak hebat je cik sue ni kan??? Cukup-cukup la dengan ilmu yang tak seberapa nak ditunjukkan tu.. Tapi serius la my readers, saya membantu akak saya dalam menyiapkan barangan hantaran serta sedikit sebanyak keperluan untuk perkahwinan abang saya.... Tetttttttttt... Bukan perkahwinan saya la... Tak percaya ke? Meh saya menjemput anda dengan kad jemputan yang bukan VVIP punya... 


Kad jemputan VVIP....


Alhamdulilah... Semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa barangan hantaran yang dibuat last minit... Akhirnya sempurna juga kerja sambilan saya... Tadaaaaaaaaa!!! Hantaran dari pihak lelaki serba serbi warna SILVER... Idea datang khas dari kakak saya sendiri... Sila katakan ianya kreatif.. Jika tidak _____________....... Faham-faham sendiri ok...



© . | Blogger Template by Enny Law