Sunday, January 23, 2011

Perkahwinan Pihak Perempuan Fasa 1

Assalamualaikum.. 


Selepas aktiviti saya menjadi seorang guru sambilan selama 3 hari.. Cewah... Berbangga kejap la.. Sila link  INI untuk mengetahui apa maksud 'seorang guru' saya... Huhuhu.. Kini saya bertukar jabatan lain, menjadi pembantu kepada seorang wedding planner.. Fuh!! Kerja nak hebat je cik sue ni kan??? Cukup-cukup la dengan ilmu yang tak seberapa nak ditunjukkan tu.. Tapi serius la my readers, saya membantu akak saya dalam menyiapkan barangan hantaran serta sedikit sebanyak keperluan untuk perkahwinan abang saya.... Tetttttttttt... Bukan perkahwinan saya la... Tak percaya ke? Meh saya menjemput anda dengan kad jemputan yang bukan VVIP punya... 


Kad jemputan VVIP....


Alhamdulilah... Semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa barangan hantaran yang dibuat last minit... Akhirnya sempurna juga kerja sambilan saya... Tadaaaaaaaaa!!! Hantaran dari pihak lelaki serba serbi warna SILVER... Idea datang khas dari kakak saya sendiri... Sila katakan ianya kreatif.. Jika tidak _____________....... Faham-faham sendiri ok...



Majlis akad nikah pun, berjalan lancar.. Jantung abang saya seperti mahu keluar berdegup kencang sekencang angin puting beliung... Hahaha... Resah gelisah nak berjumpa dengan tok kadi la katakan... Tetapi akhirnye dengan SEKALI LAFAZ, abang saya sudah pun bergelar dan berstatus 'SUAMI' kepada Salizza Sarimin.. LOGIN ke fasa baru... Seronoknya.. Tetiba rasa nak kawin juga la... Hahaha.. Gambar akad nikah tiada sebab saya sedang merakam detik-detik yang membuat jantung dup... dap... dup... dap... Lebih 100 kali..

Sebelum akad nikah.. Risau bebenor abang saya ni.. 

Upacara membatalkan air sembahyang dan pertukaran cincin permata

Akujanji penyerahan anak dan tanggungjawab suami isteri

Turunkan autograf kat letter nikah..

Bapa dan mak saya sempat lagi nak bergambar

Nie masa malam berinai.. Abang, mak, kakak dan saya pun merenjis tapi ke mana hilangnya gambar saya..... Sadis masa ni..

Pihak lelaki yang ikut hantar rombongan.. Saya???

Sebagai jurugambar, saya terpaksa mengorbankan diri untuk tidak turut serta dalam ini gambar... Sadis sikit la... Tapi apakan daya, kalau menyuruh orang lain ambik kan, tak cun la... kabur la... tak pandai snap la... Huhuhu.. Sambungan akan dilakukan malam ni juga untuk majlis persandingan, makan beradab dan uparaca memotong kek... Sila nantikan... Adios amigos..

p/s : Sesiapa yang ingin melihat lebih dekat dan jelas gambar tersebut, sila la ke FB saya.. Tak kuasa saya nak mengupload beribu-ribu gambar... Hehehe

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law