Friday, December 4, 2015

Dah tiada geng KPOP

Assalamualaikum...

Termenung seketika depan pc ni nak menaip apa sebenarnya.. Mencuri masa bekerja untuk update blog sebab bila dah balik rumah, dah takde life.. Hahaha.. Sebenarnya entri kali ni, untuk kawan baik merangkap menceria aku dalam office.. Jodoh kami tak panjang atas sebab kerja..

Budak ni beza 5 tahun daripada aku, bole dipanggil adik juga la.. *pssstt.. nnanti dia perasan pula.. hehe..* Namaya Qila.. biasa la bila jadi rakan sekerja ni macam2 perangai kita jumpa.. ada yang baik dan ada yang kurang.. tapi so far, sepanjang aku kerja di company ni, takde la yang buruk2.. Qila ni kalau orang tak rapat dan kenal dia, memang nampak dia macam pemalu dan pendiam.. *Sama perangai macam aku*.. Hehehe.. Tapi bila dah rapat, riuh sekampung budak ni.. 


Dia ni la penyebab aku minat dengan KPOP.. dulu ada la minat masa zaman belajar tapi takde la sampai ke tahap parah macam sekarang.. Dia la yang memperkenalkan aku dengan dunia Inspirit dan mengenali INFINITE.. dan dunia Korean Drama.. dan Variety Show Korea.. Kiranya virus dunia korea la yang di bawa sampaikan aku sanggup terbang ke korea.. Hahaha.. Thanks very much my dear.. awak la yang menceriakan hidup akak sepanjang awak bekerja dengan akak.. Banyak kenangan dan story yang dapat dicipta bersama.. 

Tapi malang sekali jodoh kita bekerja 1 bumbung tak panjang.. Confirm la lepas ni takde la nak dengar suara akak yang merdu ni update pasal entertainment korea.. Sob..sob..sob.. dah takde la kamu nak dapat drama2 korea baru dari akak... tak dapat la akak nak gedik2 santai dengan kamu bila cerita pasal Infinite dan Inspirit... Huaaaaa.. Meraung daku.. *macam jauh sangat je kita ni kan Qila.. *.. Thanks sebab bagi hadiah untuk akak masa birthday akak.. Terharu la sebab dah dah tua2 ni mana la ada orang nak bagi akak hadiah.. even benda tu kecil tapi sangat bermakna tau.. 


Akak doakan kamu berjaya mengejar cita2 dan impian kamu dan InsyaAllah, nanti ada masa kita date ye... Baru beberapa hari kamu takde, dah rasa rindu.. sayu je tengok meja kamu tu kosong tanpa penyeri.. dan jangan lupa kahwin nanti inform awal2.. Akak tak nak la cakap panjang lebar tapi point takde.. Cuma akak nak bagitahu teman kpop akak dah takde 1 office tak bermakna kita lost contact, akak akan still story mory dengan kamu anything about kpop.. mana tahu kalau dapat tengok konsert Infinite together2... hahaha.. *macam la Infinite ada nak buat World Tour Infinite Effect kat Malaysia*.. 


Dan akhir kata, Jangan dilupakan daku dan apa yang kamu belajar semasa bekerja di office lama.. Tu semua pengalaman dunia pekerjaan sebenar.. dan pengalaman tu la yang menguatkan lagi diri untuk menjalani kehidupan masa depan.. Mana tahu Qila akan dapat kerja yang lebih baik daripada sebelum ni..  Dan ingat yang kamu penyebar dunia kpop kepada akak.. Hehehe... Miss u every night dan love u always.. Sarangahae.. Haeng-unel bileoyo.. Josimhaeyo.. Jal gayo..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law