Monday, February 10, 2014

Pengembaraan ke Marina Bay Part 1

Assalamualaikum...


*Cik tuan rumah memegang bulu ayam dan sedang membersihkan segala habuk dan kuman yang berlumut dalam ruang ni... *

Ok... dah bersih pun laman taman cik tuan tanah ni... *Senyum puas*... Hai semua!!! Eh, ada lagi ke yang membaca blog kita ni... Hehe.. Al-maklum la, dah berkurun lamanya tak terupdate... Ni yang semangat nak update sebab baru balik dari bercuti... Yeah!! Semangat!!!

Semalam saya pergi ke Singapore.. nawaitu memang nak datang menziarahi papa dan mama angkat di sana.. Semenjak berkenalan di USS, last year asyik tak berkesempatan je nak ke sana.. Tapi masih berhubung la cuma tidak terlalu kerap.. Dah alang2 ke sana, saya pun plan dengan shaffiq a.k.a kwn USS tu merayap ke Marina Bay.. Teringin sangat nak tengok lion muntah yang tak pernah nak berhenti.. bapa lion dah tengok last year.. 

Bak kata orang, "sambil menyelam, minum air", asalnya kami plan nak pergi tahun lepas, tak jadi, plan ke 2, raya cina hari tu, pun tak jadi.. Now, kami nekad pergi juga ahad lepas.. 

So, papa pun kata ok.. No prolema.. Kami pun go on je la... kami pun bergerak dari JB, dalam pukul 9.30 pagi.. Time ni takde la ramai sangat orang keluar masuk kastam.. Sebab hari minggu dan dah lepas waktu orang bekerja bagi rakyat johor.. 

Saje nak tunjuk pasport tu.. huhu

So far, perjalanan kami ke imegresen johor dan masuk ke singapore, berjalan lancar yang bukan seperti trafik di atas jalan raya.. sebab kami just guna public transport lagi mudah dan cepat.. dari imegresen singapore kami terus ambil bas ke Kranji.. Kami follow jer arahan daripada papa kami.. Kami pun tiba di MRT Kranji untuk ke Khatib.. Lagi elok naik MRT, tak jem macam naik bas.. So, setibanya di Kranji, pergi la beli tiket MRT ke Khatib yang berharga 2 dollar SG.. 

Tuesday, July 23, 2013

USS saya datang,.... part 2

Assalamualaikum...


Maaf la anda semua yang gambar semua ni tak tersunsun mengikut jadual perjalanan kami.. Hahaha.. Sebelah petangnya kami banyak rest.. Lengguh kaki ni berjalan.. *psss.. nak bagitahu ni, ruang solatnya kurang memuaskan.. Masa saya masuk tu, surau perempuan hampir banjir dengan air takungan yang tersumbat.. kiranya, saya ni orang terakhir guna surau tu.. orang lain tu ada juga solat di luar surau.. kat area mumia.. sedihnya saya tengok pengurusan bahagian surau tu.. Kalau bole bagi la kemudahan yang adil untuk yang beragama islam ni.. Harap2 pihak berkenaan bole ambil tindakan segera la.. *cewah.. dah macam menulis karangan pula ayat2 saya ni... huhu..*

Berbalik kepada story mory di sana la.. bila dah merehatkan diri seketika, kami pun berjalan lagi dan membuat 1 pusing berjalan untuk menjadi lubuk snap pic yang menarik.. Tak nak nanti tetiba tertinggal pula tempat tu yang sebenarnya memang ada dalam USS.. So, masa rehat tu, makan la sikit biskut dan minum air sebelum memulakan kembali pengembaraan kami... 

Di suatu sudut rumah mumia...

Pintu gerbang mercu tanda saya berada di sini... 

Bersama orang tertinggi di belakang tu...

USS saya datang.... Part 1

Assalamualaikum...


Entri yang baru nak up.. Padahal dah lame tersimpan dalam draff post.. Kalau entri ni kuih, dah bole terbantut tau... Hahaah.. Bangun pagi je muka pelik... saya ada dekat mana ni??? *terlupa yang aku masih dalam mood percutian...* Tengok jam dah pukul 5.30 pagi... Awal betul bangun... Semangat nak travel hari ni... *Tersenyum seseorang.....* buat persiapan diri dengan semangat yang membara ni.. Nak ke oversea tu... 1st time nak guna pasport tu... 1st time nak ke singapore tu... *budak jakun ni namanya...* Hahaha... sambil menunggu ketibaan kawan saya di bawah hotel, sempat la membaringkan diri kejap.. tak terlelap ea... tepat 7 am, saya pun turun, member pun dah ada di bawah... Senang duduk hotel ni sebab angensi yang saya guna perkhidmatannya cuma selang 2 lot kedai je... *see.. tepat pemilihan hotel..* nama agensi ni Edrwin Travel & Tours Sdn Bhd.. Bukan setakat ke USS je malah ke tempat lain pun ada juga.. Kami gerak dalam pukul 7.45 am la.. menunggu pelacong lain sekali yang ikut trip ni.. 

Terbaru dari Hafiz Hamidun.. New baby born...

Assalamualaikum semua!!!


Korang sihat tak? selamat menjalani ibadah puasa... dah masuk ramadhan yang ke 13, baru terdetik dihati nak buat entri baru... huhu... masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa... jangan puasa yang yang yok sudah la...

Entri kali ni lebih berfokuskan kepada pembelian album baru... yeah!!! dalam pasaran album industri tempatan yg kurang memberangsangkan, Hafiz Hamidun *ikon dan salah satu calon bakal suamiku..#menggatal sekejap... huhu... telah memasang strategi pemasaran yg bijak... beliau telah pun melahirkan album terbaru iaitu Zikir Terapi Diri 2... Alhamdulillah... Saya buat oder melalui online je.. lagi mudah dan yang penting ada tandatangan Hafiz... Tu yg penting, nak request nama saya sekali tapi dah terlambat pula... *sadis jap...
Ni la Album beliau.. Tu name card kak anis salwati (kakak hafiz)

Thursday, June 27, 2013

Sesi Pertama - Bermalasan Di Dalam Bilik

Assalamualaikum....


Halooooo!!! Fuh!! Fuh!!... Banyak betuk habuk kat blog saya ni.. Al-maklum ladah berkurun lamanya tak mengupdate entri baru... Semenjak 2 3 menjak ni semangat hyper-aktif berblogging ni semakin merundum pulak... Tak tahu atas dasar apa perasaan nak terasa dengan rasa ni... huhuhu.. *bagi pelempang sikit kat tuan tanah sebab banyak sangat nak rasa*...



Berbalik pada tajuk utama kita... awal bulan hari tu saya pergi bercuti... Sesaja membawa diri yang sebelum ni busy sangat..sangat la... busy... so ambik jalan mudah untuk bercuti tanpa gaji.. *sigh... pemalas...* 


Percutian yang pada mulanya melibatkan dalam 5-6 orang akhirnya menjadi 2 orang sahaja... Tapi 1 bas la trip tu cuma yang saya kenal seorang je.. kawan sebelah saya... hahaha... Planning ni memang dah lama semenjak awal tahun ni cuma last2 minit ramai pulak yang men-cencal-kan diri mereka atas sebab2 tertentu la.. Fikir punya fikir.. Bincang punya bincang.. Keputusan diambil dengan meluluskan pemergian bercuti ni berdua sahaja.. Ok.. Fine.. Relax je pi dengan kawan lelaki... *See... Gatalkan aku ni..* Hahahaha... member pun sempoi je... takde la nak merisaukan diri mana pun.. Sehari jer pun... Hehe..

Sesi ni saya memperkenalkan hotel yang saya tinggal sementara waktu.. Biasa la hidup diperantauan kan... *perantauan sangat la kan....* Namanya Kozi Hotel... Terletak di Dangan Bay.. tapi bukan betul2 tapak Danga Bay la... sederet dengan Tune Hotel tu... Cuma hotel ni kecil je... saya pula ambik single bad... Duduk sesorang sambil mensave bajet... Tak salah pun nak tempah bilik yang takde tingkap.. *tak dapat tengok orang kat luar*... Hotelnya simple je... just guna bangunan deretan lot kedai... 



© . | Blogger Template by Enny Law