Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

Pengembaraan ke Marina Bay Part 3

Assalamualaikum...

Wah... semangat betul cik tuan tanah ni menyambung cerita bercuti dia yang sehari tu... Padahal esok naik kerja.. pastinya muka dah ketat balik pagi esok.. Hehehe.. Meh la kita menyambung cerita dari Pengembaraan ke Marina Bay Part 2 .. ke part 3.. Part ni sebenarnya banyak gambar daripada bercerita.. Yelah excited bila dah tiba di Marina Bay.. Jom skroll ke bawah...  

Papa pun nak interfreme juga dgn saya

tak dapat pergi EYE tapi menatap dari jauh je..

Ada nampak seperti di oversea tak??

Tuesday, July 23, 2013

USS saya datang,.... part 2

Assalamualaikum...


Maaf la anda semua yang gambar semua ni tak tersunsun mengikut jadual perjalanan kami.. Hahaha.. Sebelah petangnya kami banyak rest.. Lengguh kaki ni berjalan.. *psss.. nak bagitahu ni, ruang solatnya kurang memuaskan.. Masa saya masuk tu, surau perempuan hampir banjir dengan air takungan yang tersumbat.. kiranya, saya ni orang terakhir guna surau tu.. orang lain tu ada juga solat di luar surau.. kat area mumia.. sedihnya saya tengok pengurusan bahagian surau tu.. Kalau bole bagi la kemudahan yang adil untuk yang beragama islam ni.. Harap2 pihak berkenaan bole ambil tindakan segera la.. *cewah.. dah macam menulis karangan pula ayat2 saya ni... huhu..*

Berbalik kepada story mory di sana la.. bila dah merehatkan diri seketika, kami pun berjalan lagi dan membuat 1 pusing berjalan untuk menjadi lubuk snap pic yang menarik.. Tak nak nanti tetiba tertinggal pula tempat tu yang sebenarnya memang ada dalam USS.. So, masa rehat tu, makan la sikit biskut dan minum air sebelum memulakan kembali pengembaraan kami... 

Di suatu sudut rumah mumia...

Pintu gerbang mercu tanda saya berada di sini... 

Bersama orang tertinggi di belakang tu...

Thursday, June 27, 2013

Sesi Pertama - Bermalasan Di Dalam Bilik

Assalamualaikum....


Halooooo!!! Fuh!! Fuh!!... Banyak betuk habuk kat blog saya ni.. Al-maklum ladah berkurun lamanya tak mengupdate entri baru... Semenjak 2 3 menjak ni semangat hyper-aktif berblogging ni semakin merundum pulak... Tak tahu atas dasar apa perasaan nak terasa dengan rasa ni... huhuhu.. *bagi pelempang sikit kat tuan tanah sebab banyak sangat nak rasa*...



Berbalik pada tajuk utama kita... awal bulan hari tu saya pergi bercuti... Sesaja membawa diri yang sebelum ni busy sangat..sangat la... busy... so ambik jalan mudah untuk bercuti tanpa gaji.. *sigh... pemalas...* 


Percutian yang pada mulanya melibatkan dalam 5-6 orang akhirnya menjadi 2 orang sahaja... Tapi 1 bas la trip tu cuma yang saya kenal seorang je.. kawan sebelah saya... hahaha... Planning ni memang dah lama semenjak awal tahun ni cuma last2 minit ramai pulak yang men-cencal-kan diri mereka atas sebab2 tertentu la.. Fikir punya fikir.. Bincang punya bincang.. Keputusan diambil dengan meluluskan pemergian bercuti ni berdua sahaja.. Ok.. Fine.. Relax je pi dengan kawan lelaki... *See... Gatalkan aku ni..* Hahahaha... member pun sempoi je... takde la nak merisaukan diri mana pun.. Sehari jer pun... Hehe..

Sesi ni saya memperkenalkan hotel yang saya tinggal sementara waktu.. Biasa la hidup diperantauan kan... *perantauan sangat la kan....* Namanya Kozi Hotel... Terletak di Dangan Bay.. tapi bukan betul2 tapak Danga Bay la... sederet dengan Tune Hotel tu... Cuma hotel ni kecil je... saya pula ambik single bad... Duduk sesorang sambil mensave bajet... Tak salah pun nak tempah bilik yang takde tingkap.. *tak dapat tengok orang kat luar*... Hotelnya simple je... just guna bangunan deretan lot kedai... 



Wednesday, April 24, 2013

Berjaya Menjejakkan Kaki Ke Sini!!!

Assalammualaikum....

Halo!!!! 
Lama betul dah tak update kat blog tercinta ni.. ni la padahnya bila cik tuan tanah dah mula busy-kan diri dengan hal yang tentu hala... Ni pun nak cerita yang agak berbasah basi juga la dikatakan oleh saya... Huhuhu... ok.. straight to the point la.. kang readers kata saya ni suka mengarut ntah apa2 pulak kan??? 

2 bulan yang lepas... *kan dah kata cerita basi... - sila gelakkan saya ok-....* after saya pergi tengok KZTD Hafiz Hamidun... *yang mana tak faham tu sila la baca entri ini dulu ok...* KZTDHH  Saya pun planning la dengan 2 orang bff nak pergi melancong ke mana... fikir punya fikir... antara 2 pilihan, sama ada mau pi Legoland or Pearl Hebour (Hello Kitty punya rumah)... Dan the result.. Kami pun pergi ke LEGOLAND!!!!! Sebab memandangkan cuaca cerah dan mendamaikan, dah tentu best main game kat Legoland kan?? Memang excited giler la sebab first time ke sana dan memandangkan kawan saya, si nad tu staff di situ, mudah la kami mendapat separuh harga tiket... Hehehehe... ni la manfaatnye bila ada kawan bekerja di tempat pelancongan yang mahal tiketnya... Ok, masa tu memang tak ramai orang la sebab bukan waktu kemuncak or cuti awam.. hanya hari minggu biasa jer... so, senang la kami nak bergambar2 tanpa ada rasa segan dan malu... Sila skroll ke bawah.. Malas nak cerita panjang...


Saya di cover Legoland
Sempat la menatap snake yang terpanjang ni walaupun legonya ada yang dah berterabur...

Wednesday, September 26, 2012

Kadar Berblogging Semakin Merundum!!

Assalamualaikum...
Hohohohoho..... Saya dengan ini mengumumkan bahawasanya saya cik tuan tanah memohon beribu-ribu kemaafan kepada readers tersayang kerana terlambat up entri lagi.. Bukan disebabkan penyakit M tapi dek kerana menguruskan hal-hal yang terpenting dalam masa hadapan kehidupan... Hehehe... 

Gambar???? Jap... nak cari dulu... *nampak sangat curi-curi taip entri kat pc office*... diam-diam yer... hehehe.. Jangan terkejut dengan gambar di bawah ni yer...



Friday, July 15, 2011

Update Terpantas

Assalamualaikum...


Wah!!! Dah lama betul saya tak update blog ni... Tapi setakat sebulan, ape barang beb... Saya pernah tak update selama 2 bulan.. Hahaha.. Banyak story yang nak diceritakan tapi memandangkan my lappy masih di wad, terpaksa la ditangguhkan.. Tu la yang jarang on9.. 

SAYA RINDU KAT MY LAPPY!!! RINDU SANGAT!! (dalam nada serius dan bersedih seketika).. Lepas pulang dari Langkawi, my lappy terbang ke KL.. 2 minggu lebih wooo... first time hidup tanpa dia.. Terasa dunia ni macam tak lengkap je.. Tapi takpe, saya gagahkan juga untuk menereskan kehidupan... 

Kemudian nak dipanjangkan cerita, lepas saya mendapat kembali my lappy yang terbang keseorangan ke KL, saya sangat sedih... Kegembiraan dan kebahagiaan hanya sementara je sebab dia dah sakit tenat.. Dengan memikirkan kewangan dah susut sangat, suka atau tak, kena juga masukkan my lappy ke icu.. ICU tau.. Bukan wad biasa... Sampai la ni, my lappy masih ditahan dalam wad.. Mybe next week baru bole keluar.. Nasib baik my dad ada, beliau la yang menyelamatkan saya dalam menambah pembayaran untuk bil perubatan my lappy.. Terima kasih ayah!!

Buat masa ni saya akan online guna laptop my sis atau my phone.. Bukan guna iphone or samsung galaxy.. Hehehe... Saya tak kaya... Apa-apa pon, lain cerita akan diupdate kemudian... :)

Adios... Entri membosankan sikit... 

Monday, December 20, 2010

Indah

Assalamualaikum...


Petang guys.... Indahnya petang isnin nie apabila berada di kampung halaman tercinta.. Menghirup udara yang segar seperti berada di kawasan pergunungan Kinabalu.. Eh? Kenapa saya terdengar pelbagai bunyi yang bising-bising macam berada di atas jalan raya? Ooo... Kembali sedar yang saya berada di rumah mak cik saya... Cececewah..  

Entri sebelum ni berkisar tentang kerjaya saya sebagai guru sambilan kan? Setelah 3 hari mengharungi pelbagai kerenah anak murid saya pelajar yang ambik exam SPM Ekonomi Asas (EA), saya rasa sangat seronok.. Melihat gelagat mereka yang kerisauan, terpancar kemahiran untuk menjawab paper ni, dengan pelbagai soalan yang tak faham-faham.. Sangat comel2 gelagat mereka semua.. Huhu... 

Dari kiri : Faezah, Ayu, saya and my teacher, ckg Asrul

First Day : Kami membuat program dalam bilik mesyuarat.. Hari pertama mereka semua wat latih tubi yang banyak tu.. Tapi hari pertama fokus untuk konsep EA.. Masa ni saya ala-ala meow-meow gitu... Masih kekok dengan suanana menjadi bakal cikgu... Huhu.. Tapi ada la membantu sikit.. Ianya agak sukar sebab nak memantau pelajar dengan meja yang bersimpang siur.. Seperti tiada hala tuju...Huhu.. Namun, semuanya berjalan dengan lancar... Pelajar yang datang pun, boleh tahan ramai lebih kurang 30 orang kot.. Alhamdulilah... Sebelum move ke hari berikutnya, Jom layannnnnnnnnnn gambar-gambar ni..Huhu..

Fokus ckg saya mengajar
© . | Blogger Template by Enny Law