Monday, December 20, 2010

Indah

Assalamualaikum...


Petang guys.... Indahnya petang isnin nie apabila berada di kampung halaman tercinta.. Menghirup udara yang segar seperti berada di kawasan pergunungan Kinabalu.. Eh? Kenapa saya terdengar pelbagai bunyi yang bising-bising macam berada di atas jalan raya? Ooo... Kembali sedar yang saya berada di rumah mak cik saya... Cececewah..  

Entri sebelum ni berkisar tentang kerjaya saya sebagai guru sambilan kan? Setelah 3 hari mengharungi pelbagai kerenah anak murid saya pelajar yang ambik exam SPM Ekonomi Asas (EA), saya rasa sangat seronok.. Melihat gelagat mereka yang kerisauan, terpancar kemahiran untuk menjawab paper ni, dengan pelbagai soalan yang tak faham-faham.. Sangat comel2 gelagat mereka semua.. Huhu... 

Dari kiri : Faezah, Ayu, saya and my teacher, ckg Asrul

First Day : Kami membuat program dalam bilik mesyuarat.. Hari pertama mereka semua wat latih tubi yang banyak tu.. Tapi hari pertama fokus untuk konsep EA.. Masa ni saya ala-ala meow-meow gitu... Masih kekok dengan suanana menjadi bakal cikgu... Huhu.. Tapi ada la membantu sikit.. Ianya agak sukar sebab nak memantau pelajar dengan meja yang bersimpang siur.. Seperti tiada hala tuju...Huhu.. Namun, semuanya berjalan dengan lancar... Pelajar yang datang pun, boleh tahan ramai lebih kurang 30 orang kot.. Alhamdulilah... Sebelum move ke hari berikutnya, Jom layannnnnnnnnnn gambar-gambar ni..Huhu..

Fokus ckg saya mengajar
Kanak rebina Antara pelajar lelaki  yang rajin datang

Second Day : Kali ni tak buat kat bilik mesyuarat sebab bilik tersebut sedang dinaik taraf untuk kebersihan... Huhu.. So, ckg saya mengambil keputusan untuk menyambung di kelas 5 Emas... Pelajar so far, berkurang sikit dari hari pertama tapi still ok la.. lebih kurang 20 orang yang datang.. Alhamdulilah.. Dieorang fokus untuk keluk dan pengiraan.. Saya dah bole sesuaikan diri... Yuhuuu! Asyik ulang alik dekat round board ruang meja.. Senang nak memantau... Alhamduliah.. Saya melaksanakan tugas dengan jayanya... Sorry, gambar tak sempat nak ambik, sebab busy membuat rondaan... Huhu

Third Day : Ermm... Hujan lebat pagi ni... Plan memang tak jadi nak sambung tugas sebab rasa-rsanya bole tewas dengan selimut... Tapi apa kan daya saya, semangat kental lebih maju ke hadapan.. Dalam suasana hujan renyai-renyai, saya pun bergegas ke sekolah.. Sebelum ni, memang dah bagitahu kat ckg yang MAY BE saya tak datang untuk hari ke 3, tapi disebabkan hal tersebut bole bertolak ansur, so, saya pun join untuk kali terakhir.. Dengan suasana yang sungguh nyaman dan sejuk, mula-mula tak ramai yang datang, Alhamdulilah setelah 1 jam  berlalu, ada juga pelajar yang mahu datang.. Tahniah ckg... Fokusnya menyambung pengiraan cukai, imbangan dagangan dan pertukaran asing.. Wah, bersemangat dieorang membuat latih tubi tersebut.. Seronok saya tengok.. Semuanya berjalan lancar dan kelas oun berakhir.. Tak semoat nak ambik gambar ramai-ramai.. Hehe.. Sebab masa tu saya tengah TERmenung... Eh?? Ye ke? Tak ingat la.. Sila la view gambar yang macam takde kaitan pun... Hehe

Dah lama mengidam nak berpossing kat sini..

Tak tahu kenapa saya nak possing macam ni?? 

Baiklah.. Maka berakhir la segala tugas saya membantu ckg saya.. Semua nie memberi kenangan indah dan manis dalam hidup saya walaupun hanya sekejap je.. Pengalaman yang tak kan saya lupakan.. Terima kasih untuk ckg Asrul Fadhli Yailani@Jailani sebab sudi memberi peluang kepada saya untuk berbakti kepada sekolah... Tak lupa juga kepada kawan lama saya, Faezah dan kawan baru saya, Idayu.. Sweet memories dengan korang berdua.. Lepas nie bole la keluar date together-gether... Huhu... Adios..Daaa...

P/S : Kepada sesiapa yang berminat nak saya membantu dalam mengajar Ekonomi Asas.. Sila hubungi saya... Hehe...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law