Tuesday, October 13, 2015

Ketibaan di balai berlepas KLIA2 - Icheon Aipport - Jeju Airport

Assalamualaikum semua.. Apa khabar?? 

Lama kan cik tuan tanah ni tak update cerita terbaru dia.. Hehe.. Tak tahu nak cerita apa sebab setiap hari bekerja dari pagi hingga lewat petang.. pastu malam dah penat dengan life sendiri.. dah rupa macam orang ada anak sibuknnya bukan main lagi… Ok la.. tak nak celoteh panjang sebab tajuk pun dah jelas, kang tak pasal-pasal ada pula readers bosan.. Hehe

Bermulanya detik 14 September 2015, bermula la perjalanan aku ke bumi sonata, Korea!!! Yeah!! Itulah antara impian paling besar dan sukar ditunaikan.. aku sendiri pun macam tak percaya yang aku mampu untuk terbang dan melihat sendiri budaya, masyarakat, kehidupan negara luar terutamanya Korea.. Kenapa aku memilih Korea?? Sebab utama aku peminat kepada drama dan kpop fans (INSPIRIT-INFINITE). Sebab lain adalah lama tak melancong ke oversea dan membawa diri dengan hati yang lara.. cewah.. hahaha..
                                                                               Tiket fly ke TBS je..                                                                
     Kena transit ke KLIA2

Perjalanan bermula dari Kluang to TBS to KLIA 2.. Flight pukul 1 pagi 15hb tapi aku dah terpacak kat KLIA 2 pukul 6 ptg.. Nampak tak TERlebih Excited di situ??? Hahaha.. Bukannya apa, lebih baik awal daripada terlambat.. dan lagi 1, first time aku nak naik kapal terbang.. Jakun sikit.. dan first time aku ke TBS, pastu nak transit ke KLIA 2.. Mulanya memang la risau, tak bole nak bayangkan bagaimana suasana kat sana.. pastu aku keseorangan pula, kawan yang lain lambat.. dalam pukul 8 lebih baru mereka sampai.. Alhamdulillah, so far xde apa masalah pun cuma penat sikit sebab bawa beg besar 30kg tu.. nasib pergi bawa sikit brg je..

 
Xde member nak bergambar, so selfie je la yang mampu.


Ni time menunggu kapal terbang.. Bosan + tak tahan sejuk, tu yang merayap ke luar..

Bila flight awal pagi, mata mula la buat perangai..sudahnya menahan mengantuk tapi terpaksa besarkan mata.. confirm lepas settle dalam kapal tu, aku terus tido.. tak tahu la seat aku ni dapat sebelah tingkap or tak.. actually teringin duduk sebelah tingkap, sebab nak tengok sendiri awan dan melihat ke bawah.. gayat tak aku bile tgk keadaan macam tu?? Hehe.. tunggu je la nanti..
 
Muka mamai bangun tido.. 

Ni before terbang dan tidur, pastikan keselamatan didahulukan.. Akhirnya  bangun pagi tengok luar tingkap. Tadaaaa!!! Cantik bila di atas awan ni.. Sila tengok picture yang sempat snap di waktu pagi.. ni kiranya jam 6 lebih pagi.. dah nak sampai ke Incheon Airport.. Alhamdulillah selamat mendarat..
 

 
Masa tengok bawah tu, jantung dup dap.. dup dap.. 

Maaf gambar kat Incheon Airport tak sempat ambil sebab berkejaran nak ke imigresen dan ambil bagasi tu.. panas punggung 6 jam dalam flight pun tak hilang lagi.. lepas settle kat Incheon Aiport terus berlari ke Subway untuk ke Gimpo Airport.. first time tengok, aku kagum dengan airport ni.. kedua pandang still kagum juga dengan sistem train dieorang ni.. Senang cakap, lebih maju berbanding kat Malaysia.. walaupun ianya hanya pengakutan awam.. tak lama perjalanan ke Gimpo Aiport tu.. dari sina aku take flight ke Jeju Island..

    Di Incheon Aiport     

 
                                                                             Nak reload T-Money dulu   

Sebelum naik subway, kena la topup T-Money dulu.. korang mesti tak faham apa itu T-Money.. Actually T-Money ni macam ‘Touch and Go’ yang biasa korang guna tu.. kat sini nak naik subway or bas, memang guna benda ni.. dah takde main tiket lagi.. touch je kat mesin dia.. kebiasaanya mereka guna kad tapi aku ni guna kad special sikit.. edisi terhad T-Money Big Bang.. saje untuk buat kenangan dan kegunaan masa akan datang.. InsyaAllah akan ke Korea lagi.. *berangan je lebih..
T-Money special edition Big Bang 

 
Keadaan dalam subway.. masih kosong.. kang sat lagi penuh.. huhu..

Sampai je kat Gimpo Airport terus check in luggage dengan perut yang meronta-ronta kelaparan.. masa check in tu, aku perhatikan je staff Eastar Jet tu.. Cun2 semuanya.. putih gebu.. Hahaha.. Terlupa sekejap perut lapar.. Settle je hal luggage, terus pusing2 1 Gimpo Airport cari makanan yang bole dimakan.. memang la rasa lapar tahap dewa dah.. sebab nak jimat duit punya pasal dalam flight.. sementara menunggu flight ke Jeju, kiteorang pun makan.. So, no choice, makan kat Lotteria.. ni fast food ok.. berani ambil burger udang sahaja.. sedap.. Aku tak pernah makan benda ni kat Malaysia pun.. masih jakun lagi.. 
Melantak dulu.. Oder burger udang je.. 
Sebagai kenangan dah jejak kaki di sini

Muka kurang nur....

Macam ni la gayanya bila dah bosan menunggu.. huhu.. sempat la mengambil beberapa picture sebagai kenangan yang aku dah jejak kaki kat Gimpo Airport ni.. hehe.. aku naik Eastar Jet je.. Kapal terbang tambang murah.. bukan Korean Air.. tak mampu la nak naik kapal sebesar tu hanya untuk perjalanan sejam sahaja.. So far, perjalanan ok je.. tak rasa pun tapi yang bestnya guna perkhidmatan Easter Jet ni dapat jus oren Jeju Island.. Fresh betul dari Jeju.. sebelum ni hanya mampu tengok dalam tv je..Oppa hensem?? belum jumpa lagi setakat ni...
 
Ni la Orange Jeju.. Sedap sangat.. memang lain rasanya dgn orange biasa



 Sampai dah di Jeju International Airport dengan selamatnya

Dengan pak Dolharubang.. 

Jakun kejap naik kenderaan ni.. 

Alhamdulillah.. Kami dah selamat sampai.. Nevous jantung pun dah hilang bila dapat hirup udara segar Jeju ni.. Feeling ala-ala pergi bercuti selama-lamanya.. Excited tengok orang korea dan melihat kenderaan di sana... macam la kat negara sendiri takde kenderaan.. podaaah la minah sorang ni.. Huhu..

Sila ke next entry untuk suasana di Jeju dan destinasi ke mana percutian aku.. Annyeong!! Nak usha oppa Jeju sekejap.. 

Monday, October 12, 2015

Jeju Island PART 1 - Tapdong Square & Yongduam Rock

Assalamualaikum... Annyeonghaseo..

Selepas ecxited naik kenderaan mewah tu, apa ntah nama pun dah lupa.. kami pun pergi la ke hostel.. Hostel yang kami menginap adalah Hostel Korea.. harga 1 malam, 15,000 Won.. Kami duduk 1 bilik, 3 katil dan 1 bilik air.. nak save bajet.. lagipun untuk tidur sahaja.. yang penting ada TV..
dalam perjalanan ke hostel

Tempat tinggal kami selama 3D2N

Korang mesti perasan kan kenapa ada banyak patung batu tu? Ha! Nak cerita ni, patung batu tu namanya Dolharubang. Patung batu ni sebagai simbol dewa pelindung atau penjaga Pulau Jeju mengikut sejarah dan kepercayaan mereka di sana.. Mengikut kepercayaan mereka lagi, Dolharubang ni juga simbol kepada kesuburan.. Lebih lanjut kenapa, try la google ye.. aku tak minat sejarah.. hehe..

Selepas letak barang dan beg, kami pun bergerak ke destinasi pertama iaitu Tapdong Square (Tapdong Sreet). Ianya  adalah kawasan utama pelancongan utama di Bandar Jeju.. Tak jauh pun dari hostel kami.. Kiteorang just berjalan kaki sahaja untuk ke Yongduam Rock.. berjalan sambil ditemani angin laut yang sempoi2 bahasa dalam cuaca petang yang tak panas, sangat mendamaikan.. relax je .. *berfeeling lagi budak ni..* .. Jalan punya jalan sampai tak sedar dah nak penghujung jalan.. Tapdong Street ni agak panjang la tapi bila berjalan memang terasa sekejap sebab angin lautnya yang cukup menyegarkan.. Dating kat sini pun ok apa.. Hehehe..
Jeju here I come to you!!!
Jauh lagi perjalan kami..
Turun tangga tu, terus air laut tau.. Jangan ada yang terjun pula

Seterusnya perjalanan ke Yongduam Rock, sepanjang jalan akan nampak banyak kedai makanan dan restoran seafood.. Makanan laut yang fresh memang terkenal di sini.. Hotel mewah pun berada di sepanjang kawasan nak ke Yoongduam... 

Sila membelok ke kanan

Turun naik bukit tau.. bukan jalan rata sahaja..

Memang aku akui la kawasannya bersih, dijaga, dan memang sebiji la macam dalam drama korea tu.. Sambil berjalan, tangan tak henti snap picture tempat yang cantik.. mata pun melilau la tgk oppa.. kot2 terjumpa yang hensem… hahaha.. Tapi tetap terpaku memandang keindahan alam semulajadi di Jeju Island ni.. Restoran pun ada yang design biasa, ada juga design mewah dan comel.. ok.. tengok daripada luar je.. huhu..
  Cantik alur sungai yang membawa air ke laut..
Menyeberangi ke sebelah kanan melalui jambatan gantung


Perjalanan di teruskan lagi ke Yongduam Rock.. Yongduam bermakna “Batu Kepala Naga” kerana bentuknya mirip kepala naga yang muncul dari air laut. Ianya terletak di kawasan Bandar Jeju.. Nak ke sana, kami berjalan kaki sahaja sambil mengambil angin laut.. Mengambil masa lebih kurang 30 minit bila berjalan santai dari hostel kami..


Sampai pun di Yongduam Rock..
Nampak tak kepala naga??

Dolharubang lagi.. tak sah kalau takde patung tu..



MasyaAllah… sangat cantik lautnya.. terbentang luas.. dengan angin laut yang menyejukkan badan.. hati tak berhenti memuji keindahan alam yang tiada gantinya.. batu di sini memang semuanya hitam.. takkan jumpa di tempat lain.. Only at Jeju.. Deruan ombak yang memukul batu tepian laut.. serius mendamaikan.. lagi best bila lepas balik kerja, stress dengan kerenah di office, terus datang tempat ni, terus jadi relax.. free je, tak perlu bayar.. huhu.. kalau la aku kerja kat sini, memang seronok la.. setiap petang akan mencari ilham dan ngeteh depan air laut ni..


aku tak pasti apa org ramai buat di situ..

Dah penat berjalan.. perut pun dah lapar sebab hirup angin laut je.. kami pun mencari restoran seafood yang tiada masak daging.. only seafood.. and kami pun jumpa.. First time nak makan makanan Korea ni.. risau juga if tak bole telan.. tapi bedal je la kalau dah namanya lapar.. menu utama adalah ikan bakar.. sedap dan sangat segar..  cara hidangan di korea memang berbeza dgn cara kita.. makanan sampingan tu dah di masak dahulu, sebab tu sejuk.. tapi makan dengan nasi panas dan sup panas, memang terbaik la.. makanan sampingan yang aku ingat adalah kimchi kubis, kimchi lobak putih, sayur tauge digoreng, telur goreng, terung macam masak sambal, ketam tak tahu masak apa, dan sotong pun tak tahu masak apa.. huhu.. Alhamdulilah… kenyang makan.. air?? Minum air masak je la.. hehe.. harga murah.. asalnya nak tengok menu je, tapi ahjumma tu terus bagi harga murah.. kami pun rembat la.. haha..




Selesai makan, kami pun pulang ke hostel.. rasanya dah malam.. dalam pukul 8 lebih.. macam mana pulang?? Ikut balik jalan masa kami pergi tadi petang.. berjalan kaki again?? Yup.. malam lagi sejuk anginnya.. sampai rasa ke tulang.. meriah je melihat kedai yang petang tadi sunyi.. jumpa adjuma ramai2 dengan kawan2.. pergi makan rasanya.. masyarakat korea, mak cik2 ni suka keluar dengan kawan2.. pergi minum berjalan kaki je.. aku jadi suka tengok cara kehidupan dieorang.. bebas je.. tak takut pun malam2 keluar duduk tepi laut sorang2..


Sampai je kat hostel dekat pukul 10 juga la.. penat tu memang tak dinafikan tapi berbaloi dengan kepenatan.. tidur lambat sebab upload gambar kat ig pastu call mak abah di malaysia lagi.. last2 dekat pukul 12 baru tidur.. esok sambung story lagi.. bye dari Jeju Island.. Anyeong.. 

Special Review For Travelkaja

Assalamualikum semua.. Annyeonghaseo!!

Setelah beberapa minggu berlalu dan berehat, kini kembali la aku dengan kesibukkan bekerja untuk mencari sesuap nasi.. Cewah.. Ayat mendalam tu.. Hehe.. Padahal bercuti baru 2 week je..


Ok, tak nak cakap banyak, kali ni entry pasal perkhidmatan Travelkaja sebagai pemandu pelacong aku sepanjang perjalana di Korea.. Alhamdulillah, aku bersyukur dapat kenal dengan owner agensi ni, iaitu Kak Hamizah a.k.a kak Emi.. Kak emi ni seorang yang friendly, ramah, suka menolong, banyak cerita, muka comel macam baby face dan yang penting kak emi pandai jaga aku dengan kwn2 aku sepanjang percutian kami.. Senang cakap, perkhidmatan yang diberikan tip top la pada aku.. Nak kenal siapa kak emi ni?? Meh, aku perkenalkan..

 Logo agensi Travelkaja
Tu la orangnya pakai tudung biru gelap.. baby face kan?

Sepanjang perjalanan aku di Korea, kak emi ni la tempat kami bergantung sebab akak ni bole berbahasa Korea walaupun tak mahir seperti orang korea.. Hehe.. Tapi jangan pula bertubi-tubi tanya dia dalam bahasa korea, kang berpeluh-peluh pula kak emi nak menjawab.. Kak emi ni memang ramah orangnya, senang nak berurusan, bole menerima pendapat kita, sporting dan sangat menjaga kami dengan baiknya.. Tu dari segi personaliti kak emi sebagai tour guideline kami.. Takdenya nak segan2 minta tolong ambilkan gambar or minta kak emi transelatekan bahasa korea.. Hahaha..

Monday, August 10, 2015

Lama Menyepi => Ke Korea Ke Kita

Assalammualaikum...


Lama sudah saya menyepikan diri kan.. Hehehe.. Sejak habis belajar ni, mood nak berblogging semakin merundum semangatnya.. Bukannya tiada talian internet, tapi tahap KEMALASAN berlipat kali ganda macam lemak-lemak tepu kan perut.. Hehe.. *Gurau je*.. 

Kenapa tetiba saya nak menulis blog ni kembali??? Why??? Wae??? Sebab saya bahagia.. Bakal menjejakkan kaki ke Bumi Sonata.. Yup!! Yup!! Next month saya akan bercuti ke Korea.. Mesti ramai yang blur kenapa cik tuan tanah tetiba nak ke Korea??? 

Korang yang jawab mesti sebab : 

1. Peminat KPOP Idol ni..
2. Peminat Drama Korea ni..
3. Sila ulang kembali jawapan no 1..
4. Sila ulang kembali jawapan no. 2..

Ni la picture terbaru cik tuan tanah.. Alhamdulillah.. 

Hahaha.. Actually memang tu la jawapan saya.. Sejak bila minat?? Sejak setahun yang lepas.. Niat hati asalnya memang nak bercuti ke luar negara tahun ni cuma tak terjangka destinasinya ke Korea.. Planning asal just nak travel ke Bali or Khrabi je, ni pula dah tersasar jauh.. 

Saya memang minat travel tapi bukan kaki travel.. Lagipun dengan keadaan ekonomi negara kita ni memang kena cut bajet dalam semua hal.. Nafsu memang sentiasa kena kawal tapi saya masih belajar mengawal nafsu shopping.. Hahaha.. 

Bagaimana saya bole terbabit dalam planning ni?? Disebabkan minat or obses terhadap Korea, maka dengan minda yang waras, saya pun buat keputusan nak travel ke sana.. Nak melihat sendiri kehidupan reality mereka.. Adakah sama seperti dalam lakonan??? dan saya memang suka dengan budaya mereka dan kepesatan membangun negara mereka.. Ni kiranya melancong sambil belajar budaya hidup mereka.. Mana tahu tup2 saya dapat jodoh orang sana.... Maunya saya tak melonjak kegembiraan.. Hehehe.. 

Next entry la akan update lagi.. ni update pun just nak hilangkan rasa boring dan menyapu habuk yang sudah bergunung-ganang dalam blog ni ha.. Ye.. saya janji nnti saya update dari semasa untuk entry istimewa travel ke Korea ye... 

Adios..Anneyong... Assalamualaikum.. 


© . | Blogger Template by Enny Law