Monday, November 2, 2015

Seoul Day 3 - PART 2 - Gwanghwamun Plaza & Cheonggyecheon Stream

Assalamualaikum.. Halo.. Halo..

Perjalanan kami diteruskan lagi ke Gwanghwamun Plaza.. Antara tempat yang popular dan dicadangkan oleh ramai pelancong.. Sebabnya ada sejarahnya tersendiri.. Di sini la ada patung King Sejong dan juga sejarah kehidupannya.. 

Sebelum ni pun aku dah mention yang aku ni tak minat sejarah, aku still nak juga tahu sejarah King Sejong ni.. Hehehe.. Di bawah patung King Sejong ni ada Sejong Story Exhibition Hall.. Maka kami pun turun la di bawah patung tu.. Tak ramai yang tahu di bawah patung besar ni ada tempat yang best.. Apa?? Jom layan gambar dulu...

King Sejong adalah raja keempat pada masa Dinasti Joseon dan salah satu dari dua raja yang mendapat gelar “The Great”. Ia memerintah pada tahun 1418 hingga 1450. King Sejong mencatat banyak prestasi besar semasa kepemimpinannya. Salah satu yang paling utama adalah ia menciptakan aksara Korea yang bernama Hangul. Sebelumnya, masyarakat kelas atas masa itu menggunakan aksara China (Hanja) untuk menulis.
The story will begin in there....
Askara Hangul.. bole buat tempat duduk lagi.. hehe

Dimulai dari perkenalan masa kecil sang raja, keperibadian dan hobi yang dimilikinya, prestasi yang ia dapatkan dalam ilmu pengetahuan, seni, serta peraturan militer. Tak ketinggalan juga yang paling penting dari semuanya adalah karya literasi Raja Sejong membuat Hangeul sebagai karakter huruf yang digunakan masyarakat Korea hingga sekarang. *Maaf, ayat indon sikit sebab aku google je sejarah King Sejong ni...*
Cara menyebut setiap huruf hangul
Jam besar yang dicipta oleh King Sejong...
Bukan sahaja menunjukkan masa dan hari, malah menunjukkan musim juga..
 Kreatif sangat dieorang buat macam ni..
 Siap ada perputakaan mini lagi..
 Buku lama yang masih terpelihara tulisannya..
Di bawah ni korang bole tengok beberapa alat yang digunakan pada era King Sejong tu.. Nama benda tu, tak sempat nak snap.. If snap pun, agak kabur sebab terbias dengan pencahayaan cermin dan lampu..
Selain itu, King Sejong juga terkenal sebagai raja yang banyak memberikan penemuan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi, kesenian dan budaya, militer, diplomasi, pertanian, serta astronomi.. Di depan patung ini juga ada ditempatkan beberapa replika ragam penemuan pada masa pemerintahan Raja Sejong, seperti Angbuilgu (sejenis jam matahari), dan Chugugi (alat untuk mengukur curah hujan)
Angbuilgu (sejenis jam matahari)
Chugugi (alat untuk mengukur curah hujan)

Tak sah berkunjung ke Gwanghwamun Square, kalau tak ke Patung Laksamana Yi Sun-Shin. Laksamana Yi Sun Shin adalah salah seorang laksamana yang terkenal di Korea kerana kegagahannya melawan Jepun. Ada replika kapal kecil di patung Laksamana ini.
Kalau di bawah patung King Sejong terdapat Sejong Story Exhibition Hall, maka tepat di bawah patung Laksamana Yi Sun Shin di area bawah tanah, akan nampak galeri Haechi Madang. Haechi adalah simbol yang menjaga kota Seoul, diambil dari haiwan mitos perpaduan antara Unicorn dan Singa. Haechi dipercaya menjaga kota Seoul dari kekuatan roh jahat.. Tapi kami tak masuk pun.. Hehehe.. Teruskan perjalanan ke Cheonggyecheon Stream..

Cheonggyecheon Stream ni merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Pada tahun 1970, anak sungai ini pernah hilang dari bumi Seoul akibat kekurangan punca air dari gunung dan pembangunan pesat di tebing sungai. Pada tahun 2005, kerajaan Korea selatan memulakan usaha memulihara sungai ini. 

Ikhsan dari pak Google 


Benda yang orang selalu buat di sini adalah dengan merendamkan kaki.. Hahaha.. Aku ada terbaca di beberapa blog, so, alang2 dah sampai, kaki pun dah penat.. Rendam la sekejap dalam air ni.. Sejuk dan menyegarkan.. Hehee.. Jangan malu dan segan, sebab ada juga orang lain buat macam tu... Rehatkan diri, sambil merendamkan kaki di Cheongae Stream yang jernih sambil melihat gelagat orang. Suasana yang cantik dan tenang walapun di tengah bandaraya Seoul sangat menenangkan jiwa.
Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah. Kini, anak sungai cheonggyechon merupakan lokasi untuk warga Korea bersantai selepas penat berkerja. 
 
Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai.


Dah puas rehatkan diri, mula la kami bergerak semula di area Gwanghwamun ni.. Kedengaran muzik yang sangat menarik perhatian kami.. So, kami pun berpatah balik dan melihat ada event lagi.. Siap ada competetion dance lagi.. Seronok pula melihat mereka anak muda remaja dance lagu idol kpop mereka.. Sunggu bertenaga.. Jom tengok..
Chanel A.. baru tahu ada Chanel ni..
Salah satu gorup..

Agak lama juga kami berada di sini.. lebih kurang sejam.. Terpegun dengan dance2 mereka.. Hehehe.. tapi tak sempat la nak tahu group mana yang menang.. sebab nak bergerak ke tempat lain lagi..

Actually sebelum ke patung King Sejong, area Gwanghwamun plaza ni terdapat beberapa event.. Kami pun berjalan la sepanjang event tu, tengok apa yang ada.. Dan yang paling menarik, banyak booth menjual pelbagai barangan second hand dan Hanbok.. Serius aku sangat tergoda dengan booth yang menjual Hanbok.. Warna hanbok yang berwarna warni begitu menarik perhatian kami..
Tengok la banyak kan booth jual hanbok
Sangat comel hanbok untuk kanak2..

Harga?? Mulanya rasa agak mahal la sebab hanbok dah siap dengan pelbagai design kan. terfikir macam tu dan terfikir juga maybe untuk disewa.. Rupa2nya, mereka jual hanbok ni.. Plaing terbaik harga hanbok untuk kanak2 adalah 10,000 won (lebih kurang rm38.00) sahaja dan bagi hanbok dewasa adalah 15,000 won (lebih kurang rm57.00).. Mana bole dapat dengan harga sebegitu murah..
 
Aku tertarik dengan hanbok ni..

Tak plan pun nak beli, just ternampak yang comel dan nak try pakai pastu take picture.. Lagipun ni bukan keperluan.. hanya kemahuan dan kehendak hati.. Tapi bila fikir2 balik, aku geram je tengok hanbok tu.. kang tak beli mula la terbayang2 dan menyesal.. Bukan bole dapat di Malalysia.. lebih2 lagi dengan harga semurah tu.. So, keputusannya???
 Meh kita cuba dulu..
Comel tak saya??? 

Keputusannya ada di bawah.. Hahaha.. akhirnya aku beli juga hanbok ni.. Ni hanbok kanak2 memandangkan aku ni kurang ketinggian.. so, bila pakai agak singkat sikit.. kainya betul2 berada di buku lali kaki aku.. Aku tertarik dengan corak di kainnya yang ada tulisan Hangul.. dan warna kainya yang berwarna warni.. Siap ada baju lapisan luaran yang putih tu.. Alhamdulilah la, puas hati la dengan keputusan ni..
 

Bila dah sampai rumah, baru terfikir bila masanya aku nak pakai hanbok ni.. Takkan nak pakai time pi jemputan kahwin pula.. kang orang kata buang tebiat.. Last2 fikir, pakai je la time pergi office.. Hahaha.. Bole jer bah, aku ni keje swasta, pakaian bebas sikit.. Sesekali tu bole la kan.. Bye2.. Nak ke Itawon dulu..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law