Monday, November 2, 2015

Seoul Day 3 - PART 4 - Yeouido Hangang Park

Assalamualikum... Halo.. Halo..

Memandangkan masih di waktu petang, kami decide nak pergi sungai Han.. Nak bersantai2.. Tapi tup2.. keluar je dari subway station, nampak la satu taman ni penuh dengan orang ramai.. Actually tak tahu ni taman apa.. Bila dan sampai sana baru tahu ni lah Yeouido Hangang Park.. Depan taman tu memang Sungai Han yang sangat popular di Seoul..

Han River adalah sungai terbesar di Bandar Seoul dan menjadi tumpuan masyarakat Korea.  Mereka datang ke Han River untuk beriadah dan menenangkan fikiran. So, memang kena la masa kami di sini.. dan kebetulan hari sunday, memang ramai la orang korea beriadah..
Senang nak cuci mata.. Hehehe
Begitu ramai kan..
Antara aktiviti yang seronok dilakukan di sini ialah berbasikal. korang boleh menyusuri persisiran sungai Han (Han River) dengan berbasikal kerana sungai ini sangat panjang dan taman yang sangat luas.. Kami tak berbasikal pun.. Just jalan2 sambil melihat masyarat di sini..
Siap bawa khemah lagi tu..

Bukan setakat keluarga jer yang datang, ada juga yang couple, kawan2 sekolej, kawan2 sekolah dan kawan2 office.. Yang mana aku nampak, ada group office ni pakai pakaian formal la.. Di sini korang dapat lihat pelbagai aktiviti di Sungai Han dan sepanjang taman ni.. Sangat relax berada di sini..
Siap baring lagi di rumput..
Pun ada yang main layang2..
Taman Yeouido ni adanya kawasan Building 63, Conrad Hotel, dan banyak bangunan pencakar langit di Seoul. Di sini, Sungai Han memenuhi latar belakang kosmopolitan ritziest. Kemudahan yang luas dan sesuai merupakan sebahagian daripada faedah di taman ni..
Ferry yang setiasa popular di Han River
Jejaka penat berbasikal.. Hehehe
Di sini pun ada, tak perlu ke pantai..
Bangunan yang popular di kawasan ni..

Pada aku di sini, memang menyeronokkan.. even kami hanya berjalan kaki, terasa sangat relax dan santai.. Melihat gelagat orang ramai.. Melihat anak anjing dan kucing yang comel, melihat aktiviti mereka bersama keluarga dan kawan2.. Aku dapat rasakan dieorang sangat menghargai hari minggu dengan mengisi masa teluang di sini..


Pemandangan di sini pun cantik.. terdapat pelbagai bunga di taman ni.. Dan aku rasa tak nak balik hostel.. Hahaha.. ntah bila la dapat ke sini lagi.. main basikal di sini pula la next time.. *dah berapa banyak word next time aku ni*..
Comel jer couple tu berbasikal..
Muka dah relax dan santai di sini
Ahli keluarga semua beriadah bersama2..
Korang yang ke Seoul ni memang aku mencadangkan ke taman ni sebab seingat aku di kawasan ni terdapat bangunan 63 tingkat tu.. Cuma aku tak tahu di area mana.. Hehe.. Memandangkan hari pun dah nak gelap, kami pun cepat2 la balik... Nak ke cafe pula.. cafe mana??? tunggu la entri seterusnya ok.. Bye2..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law