Thursday, December 8, 2016

Seoul -> Busan - Day 7 Ihwa Mural Village & Dongdaemun City Wall Park

Assalamualaikum..

Sepatutnya entri ni keluar dulu sebelum entri ke Insadong..Tu la akibant mengejar masa nak menaip kan dah terlupa nak cari draf entri ni.. Pagi ni kami keluar takde la awal sangat.. macam biasa stand by umbrella sebab ikutkan ramalan cuaca memang akan hujan.. dan memandangkan jadual perjalanan hari ni banyak main di luar..
Perjalanan dimulakan...

Setelah berbincang malam tadi, kami buat keputusan tak jadi pergi Iteawon memandangkan nak elakkan menaiki anak bukit yang tinggi.. hahaha.. dari pengalaman kami berdua telah sampai di Iteawon.. dan terus ke Ihwa Mural Village.. first time ke sini.. macam biasa ikut buku rujukan.. dan baru tahu nak ke sini pun mendaki bukit juga.. hahaha.. baik2 nak elak naik bukit kat Iteawon, tersasar nak bukit kat sini pula.. nasib baik masa tu hujan renyai2 je.. kami sampai lebih kurang pukul 9 lebih pagi.. rata2 kedai belum buka lagi dan ada la beberapa cafe yang dah buka...

tak dapat merasa daun maple, so merasa daun gugur je la..

Target kami adalah mencari anak tangga yang ada lukisan ikan.. tu merupakan landmark kat Ihwa Mural Village ni.. meh kita teruskan dengan misi mencari..



Lava tu comel.. ok..bye..

anak tangga ni jer yang jumpa..

Ihwa Mural Village ni antara tempat tarikan pelancong juga.. tempat yang istimewanya adalah lukisan dinding dan beberapa cafe yang comel2 ada di sini.. selain di dinding, ada juga corak yang cantik dilukis pada anak tangga.. kat sini pun banyak juga dijadikan lokasi penggambaran korean drama.. kena pandai cari check point la.. hehe




set location korean drama..

before i die.......... i want travel a round the world..




comel je tuan rumah display corak2 tergantung tu..

Jalan2 dan pusing2 juga mencari anak tangga tu..tapi akhirnya tak jumpa juga... sesat ke lain pun ada.. patah balik cari check point pun tak jumpa anak tangga tu... last2 kami give up.. krik....krik...krik...

Dalam masa mencari anak tangga tu, terjumpa 1 cafe ni yang ada kat luar papan tanda beberapa lokasi yang korea drama ada buat di sekitar Ihwa ni.. so, kami lagi la teruja mencari lokasinya.. pastu apa lagi mesti la nak snap gambar kan... hahaha


senyum sampai ke telinga..

ni rumah pengambaran korea drama "Doctors"..








selepas dah penat ulang alik mencari anak tangga ikan tak ketemu, kami pun keluar la dari Ihwa Mural Village ni sebab nak ke tempat lain.. kang membuat masa lama2 kat sini, tak ke tempat lain pula jadinya.. pergi ikut jalan lain, keluar kami ikut jalan lain.. hahaha... tu la jauh sangat berjalan sampai mencari Dongdaemun Station jadinya.. tapi takpe... jalan kaki sambil menikmati keindahan di situ.. ada juga tempat yang tak dijangka kami lalu... kebetulan lalu depan Dongdaemun City Wall Park..




Bole jer kalau nak singgah situ, tapi kami ada agenda lain.. tu yang terus ke Dongdaemun Station.. sempat la snap gambar sebagai kenangan..


Dah penat terpusing2 kat sini, kami terus gerak ke Insadong... ingat nak lunch sekali kat sana.. nanti takde la terkejar2 kan... lunch kat cafe je nak jimat... hahaha... tapi jimat ke??? ok.. ke mana kita lepas ni???

1 comment:

Anonymous said...

Ikan tu dah tak da dah..diaorg dah padam..sbb area tu tourist suka buat bising (mmg pun dulu g..kecoh sungguh student diorg ..yg besar2 semua dia padam

© . | Blogger Template by Enny Law