Wednesday, October 3, 2012

Baru Jer Cakap

Assalamualaikum........


Baru beberapa hari yang lepas saya mention tentang gaya hias rumah berkonsepkan inggeris.. Tup... Tappp.... Tuppp.. Dah keluar di surat khabar baru yang menceritakan konsep ni.. Hehehe... Kali ni keluaran News Paper Metro bersamaan hari sabtu lepas yang bertarikh 29.09.2012... Ni nak kata macam bilik saya pun kena bertukar rupa ni... Hehee..

Dekorasi ruang yang berlatarkan perabot dan aksesori gaya inggeris yang memberikan keindahan luar dan dalaman sesebuah kediaman.. Sambutan terhadap tata hias ni menampakkan pertumbuhan yang pesat bagi pendapat saya.. Mungkin disebabkan pemilihan perabot yang semakin banyak dipasaran dan keperluan untuk penataan gaya ini turut diberi pendedahan yang banyak di media cetak (macam dalam gambar di bawah), media elektronik seperti join group di mana-mana sesawang sosial..  *Kan dah macam pengaraca pulak*




Gambar kali ni takde la banyak mana macam yang lepas sebab ni sebenarnya post ekpress untuk membantu meramaikan pembaca blog saya.. Hahaha.. Sungguh tidak sopan kelakuan cik tuan tanah ni.. Saya sekadar berkongsi pendapat dan minat kepada anda semua.. 

Kadang kala perubahan di dalam rumah amat diperlukan kerana ianya turut membantu mahluk yang mendiaminya berasa selesa dan nyaman.. Bak kata pepatah dahulu kala.. "Rumahku, Syurgaku"... Kan indah dan harmoni sekiranya rumah kita dihiasi cantik seperti salah satu gaya ini.. Adios...

Saturday, September 29, 2012

Pandangan Pertama

Assalamualaikum..........


Korang mesti pernah dengar CINTA PANDANGAN PERTAMA kan??? Tak pun dah pernah alaminya sendiri.. Hehehe.. Kenapa la saya tetiba jer nak cerita pasal ni kan... Biasa la dah lewat malam ni, suka pulak melayan perasaan yang tengah merindui seseorang... Cewah... Statement terangkat sudah.... Huhuhu..  

Terus terang saya katakan buat masa ini, ketika ini, minit ini, saat ini.. Saya masih belum mengalaminya... Yelah, umur pun baru 20++++, muda lagi tu... Hehehe.. Walaupun orang lain akan mengagak saya masih 16 tahun jika tidak mengenali saya.. Muka awet muda memang macam ni, orang selalu akan salah anggap kejap.. So, di usia sebegini, ada juga di antara rakan2 saya sudah berumah tangga dan beranak pinak.. Tu sudah jodoh mereka dan mungkin siapa tahu diantara mereka pernah melalui cinta pandangan pertama ni.. 

Saya cuma pernah merasai SUKA PANDANGAN PERTAMA... Suka dan cinta memang meupakan 2 perkara yang berbeza.. Semua orang sudah sedia maklum kan??? Macam mana boleh terjadinya suka tersebut??? Semua itu berlaku secara tak sengaja.. *tak sengaja lagi cik tuan tanah ni*... Saya terkesima pada seseorang lelaki di dalam satu dewan kuliah semasa belajar di IPTA dulu.. Kenapa terkesima??? Hensem sangat ke??? Bergaya sangat ke?? Kaya ke mahasiswa tu?? Bijak pandai ke dia??? Berperwatakkan menarik dan berimejkan yang sangat smart ke??? Soalan yang TIADA JAWAPAN............

               

Tata Hias Part 2

Assalamualaikum... Hai semua!!!!

Sejak beberapa hari ni saya macam bersemangat jer nak up entri banyak-banyak... Kiranya ia berita gembira la pada si follower kerana tak menyesal menfollow blog saya.. hahaha.. *sila mendermakan pelempang pada cik tuan tanah ni yang suka sangat berperasaan dia glamour*.... Ok... Sedang mereka asyik membicarakan tentang Belanjawan 2013, saya pun sudah memenuhkan diri sendiri dengan info2 terkini yang sememangnya semua rakyat Malaysia sudah tahu... Eh! Bukan bermaksud saya tak ambil tahu langsung, saya tahu point yang penting la sebab dah penuh kat muka buku dan si tweet bercerita ditambah lagi informasi ditv.. walaupun saya tak melihatnya secara live di skrin tv petang tadi, bukan bermakna saya tak tahu apa2 ok... Cuba la test... Hehehe.. *kang dieorang test kau, menggelabah nanti cik tuan tanah ni*.. Ok....

SKIP....................

Nampak tak tajuk yang terbaik di atas tadi??? Sebenarnya sebelum ni kan saya pernah bercerita pasal rumah idaman dan tata hias kediaman saya suatu hari nanti... Berharapkan ianya akan menjadi kenyataan yer.. Nak dijadikan short story ---------------> Senang asyik saya sibuk duduk bersenang lenang macam bujang senang kat office, mata saya sempat la menjeling ke arah satu majalah wanita ni.. Keluaran terbaru bulan 10 rasanya.. Majalah tu kepunyaan Kak Lala yang telah menjadi ibu kepada 2 orang anak yer.. Dah tak payah nak soal siasat saya dia dah kahwin ke belum.. Saya pun menyelak dengan penuh lemah lembut bagi membazirkan waktu yang sangat terluang tanpa memikirkan kerja di atas meja.. Duk sibuk menyelak, ada la 1 artikel ni yang menceritakan tata hias kediaman berkonsepkan "Gaya Inggeris".... Saya suka!!! Saya suka!!!! Tu dia gambar akan dikeluarkan sebenar lagi... bersabar yer...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Friday, September 28, 2012

Adakah dia???

Assalammualaikum....
Pagi-pagi buta dah nak up entri.. Apa kes ni cik tuan tanah??? Ntah la.. tetiba teringat kat someone yang terjumpa secara tak sengaja... Hehehe.. Tu yang membuatkan saya tidak boleh tido... Siapakah??? Siapakah gerangan orangnya??? Huhuhuhu...

Nak rahsiakan tapi macam tak best pulak sebab tak dapat meluahkan apa yang terbuku di hati ni.. Cewah.. ayat dah mula la tu nak berbunga-bunga... Hehe... Saya terjumpa dia di dalam satu majlis ilmu juga la.. Dia nampak comel tau dengan kemeja putih biru tu.. dah bersongkok.. sangat memukau pandangan mata saya pada masa tu.. Tapi sayang lidah kelu seribu bahasa untuk bertegur.. 

Nak dijadikan cerita pendek, saya terjumpa muka tak berapa nak buku la kat laman sesawang ni.. Terus plus dia sebagai rakan di alam maya ni.. Walaupun tak kenal antara satu sama lain tapi kami dalam komuniti dan persatuan yang sama... Cuma............... nak tutup muka kejap bole tak???? *bukan malu tapi sadis kejap*............. saya dapat tahu dia dah berpunya... T___________T....
Bukan suami or tunangan orang tapi gf jer pun... Bila-bila masa boleh putus... Cis!!! Ada niat sangat jahat ni.... 

Korang nak tahu ke 'dia' tu siapa???? Jap yer....




Maaf yer gambar tak boleh jelas... nanti kantoi saya suka tengok muka dia yang comel tu...

*Jadi secret admired dia jer la jawabnya......Adios...

Wednesday, September 26, 2012

Kadar Berblogging Semakin Merundum!!

Assalamualaikum...
Hohohohoho..... Saya dengan ini mengumumkan bahawasanya saya cik tuan tanah memohon beribu-ribu kemaafan kepada readers tersayang kerana terlambat up entri lagi.. Bukan disebabkan penyakit M tapi dek kerana menguruskan hal-hal yang terpenting dalam masa hadapan kehidupan... Hehehe... 

Gambar???? Jap... nak cari dulu... *nampak sangat curi-curi taip entri kat pc office*... diam-diam yer... hehehe.. Jangan terkejut dengan gambar di bawah ni yer...



© . | Blogger Template by Enny Law