Tuesday, February 11, 2014

Pengembaraan ke Marina Bay Part 3

Assalamualaikum...

Wah... semangat betul cik tuan tanah ni menyambung cerita bercuti dia yang sehari tu... Padahal esok naik kerja.. pastinya muka dah ketat balik pagi esok.. Hehehe.. Meh la kita menyambung cerita dari Pengembaraan ke Marina Bay Part 2 .. ke part 3.. Part ni sebenarnya banyak gambar daripada bercerita.. Yelah excited bila dah tiba di Marina Bay.. Jom skroll ke bawah...  

Papa pun nak interfreme juga dgn saya

tak dapat pergi EYE tapi menatap dari jauh je..

Ada nampak seperti di oversea tak??

Monday, February 10, 2014

Pengembaraan ke Marina Bay Part 2

Assalamualaikum...

Inilah cerita dari episod lepas Pengembaraan ke Marina Bay Part 1 .. Kali ni nak bersambung ke episod seterusnya.. Ha!! Bersambung berkenaan majlis perkahwinan yang kami pergi tu.. Sebenarnya kami memang la segan nak pergi, kita tak kenal pengantin mahupun ahli keluarga pengantin.. Macam pelik je bila kami berpakaian sebegitu pergi majlis kahwin.. Kan?? Gaya saya agak feminin, kira ok la.. tapi si shaffiq tu, santai na.. siap berseluar pendek.. dia sendiri segan nak pergi.. Tapi kami anggap ni suatu pengalaman yang berharga di tempat orang.. Bukan senang kita dapat join majlis orang.. Korang bole la skroll ke bawah untuk tengok apa yang sempat kami snap.. Sebelum terlupa, majlis ni di Geylang Serai.. dekat dengan area Badok juga la.. Saya pun tak pandai sangat nak cakap area mana.. tu je yang saya terperasan time lalu atas jalan raya.. Hehe.. Suka dengar papa zainol bercerita tetang singapore ni.. Mama zakiah pun tak kurang hebatnya bercerita dan banyak info yang saya dapat mengenai kerja beliau dan saya rasa malu bila berbicara dengan beliau.. 



Tema majlis ni, hijau, biru dan putih.. siap ada muzik ala jawa.. pemakaian baju pengantin pun seakan-akan jawa.. suatu kelainan la yang kami dapat tengok.. satu lagi, dieorang buat majlis di kolong apartment tau.. ni kira save bajet juga.. Papa bilang di singapore, minimum orang buat majlis kahwin lebih kurang 20k dollar SG.. itu kalau di tukar ke RM, maunya cecah 50K tau.. so, orang singapore, kena betul2 bajet untuk kahwin.. Hehehe.. Papa ni business man juga, sama macam mama, wedding planner tau.. so, majlis kahwin saya pula coming soon.. bole dapat diskaun kalau mama jadi wedding planner saya.. Hehehe.. 

Pengembaraan ke Marina Bay Part 1

Assalamualaikum...


*Cik tuan rumah memegang bulu ayam dan sedang membersihkan segala habuk dan kuman yang berlumut dalam ruang ni... *

Ok... dah bersih pun laman taman cik tuan tanah ni... *Senyum puas*... Hai semua!!! Eh, ada lagi ke yang membaca blog kita ni... Hehe.. Al-maklum la, dah berkurun lamanya tak terupdate... Ni yang semangat nak update sebab baru balik dari bercuti... Yeah!! Semangat!!!

Semalam saya pergi ke Singapore.. nawaitu memang nak datang menziarahi papa dan mama angkat di sana.. Semenjak berkenalan di USS, last year asyik tak berkesempatan je nak ke sana.. Tapi masih berhubung la cuma tidak terlalu kerap.. Dah alang2 ke sana, saya pun plan dengan shaffiq a.k.a kwn USS tu merayap ke Marina Bay.. Teringin sangat nak tengok lion muntah yang tak pernah nak berhenti.. bapa lion dah tengok last year.. 

Bak kata orang, "sambil menyelam, minum air", asalnya kami plan nak pergi tahun lepas, tak jadi, plan ke 2, raya cina hari tu, pun tak jadi.. Now, kami nekad pergi juga ahad lepas.. 

So, papa pun kata ok.. No prolema.. Kami pun go on je la... kami pun bergerak dari JB, dalam pukul 9.30 pagi.. Time ni takde la ramai sangat orang keluar masuk kastam.. Sebab hari minggu dan dah lepas waktu orang bekerja bagi rakyat johor.. 

Saje nak tunjuk pasport tu.. huhu

So far, perjalanan kami ke imegresen johor dan masuk ke singapore, berjalan lancar yang bukan seperti trafik di atas jalan raya.. sebab kami just guna public transport lagi mudah dan cepat.. dari imegresen singapore kami terus ambil bas ke Kranji.. Kami follow jer arahan daripada papa kami.. Kami pun tiba di MRT Kranji untuk ke Khatib.. Lagi elok naik MRT, tak jem macam naik bas.. So, setibanya di Kranji, pergi la beli tiket MRT ke Khatib yang berharga 2 dollar SG.. 

Tuesday, July 23, 2013

USS saya datang,.... part 2

Assalamualaikum...


Maaf la anda semua yang gambar semua ni tak tersunsun mengikut jadual perjalanan kami.. Hahaha.. Sebelah petangnya kami banyak rest.. Lengguh kaki ni berjalan.. *psss.. nak bagitahu ni, ruang solatnya kurang memuaskan.. Masa saya masuk tu, surau perempuan hampir banjir dengan air takungan yang tersumbat.. kiranya, saya ni orang terakhir guna surau tu.. orang lain tu ada juga solat di luar surau.. kat area mumia.. sedihnya saya tengok pengurusan bahagian surau tu.. Kalau bole bagi la kemudahan yang adil untuk yang beragama islam ni.. Harap2 pihak berkenaan bole ambil tindakan segera la.. *cewah.. dah macam menulis karangan pula ayat2 saya ni... huhu..*

Berbalik kepada story mory di sana la.. bila dah merehatkan diri seketika, kami pun berjalan lagi dan membuat 1 pusing berjalan untuk menjadi lubuk snap pic yang menarik.. Tak nak nanti tetiba tertinggal pula tempat tu yang sebenarnya memang ada dalam USS.. So, masa rehat tu, makan la sikit biskut dan minum air sebelum memulakan kembali pengembaraan kami... 

Di suatu sudut rumah mumia...

Pintu gerbang mercu tanda saya berada di sini... 

Bersama orang tertinggi di belakang tu...

USS saya datang.... Part 1

Assalamualaikum...


Entri yang baru nak up.. Padahal dah lame tersimpan dalam draff post.. Kalau entri ni kuih, dah bole terbantut tau... Hahaah.. Bangun pagi je muka pelik... saya ada dekat mana ni??? *terlupa yang aku masih dalam mood percutian...* Tengok jam dah pukul 5.30 pagi... Awal betul bangun... Semangat nak travel hari ni... *Tersenyum seseorang.....* buat persiapan diri dengan semangat yang membara ni.. Nak ke oversea tu... 1st time nak guna pasport tu... 1st time nak ke singapore tu... *budak jakun ni namanya...* Hahaha... sambil menunggu ketibaan kawan saya di bawah hotel, sempat la membaringkan diri kejap.. tak terlelap ea... tepat 7 am, saya pun turun, member pun dah ada di bawah... Senang duduk hotel ni sebab angensi yang saya guna perkhidmatannya cuma selang 2 lot kedai je... *see.. tepat pemilihan hotel..* nama agensi ni Edrwin Travel & Tours Sdn Bhd.. Bukan setakat ke USS je malah ke tempat lain pun ada juga.. Kami gerak dalam pukul 7.45 am la.. menunggu pelacong lain sekali yang ikut trip ni.. 

© . | Blogger Template by Enny Law